Wahai diri!
Ketahuilah, engkau bukan siapa-siapa dan bukan
apa-apa. Engkau hanyalah sebutir debu kepada debu kepada debu………… dalam
kerajaan-Ku yang sangat luas ini.
Jika engkau Aku ketepikan atau Aku hapuskan daripada kerajaan-Ku
ini, tidak ada apa-apa pun yang kurang dalam alam makhluk yang sangat luas ini.
Jika Aku tidak menciptakan engkau pun, engkau tidak ada sebarang
hak untuk menuntut (mendakwa) atau meminta.
Kehadiran atau ketidakwujudan engkau dalam kerajaan-Ku ini,
sedikit pun tidak menambahkan atau mengurangkan kehebatan Aku dan kerajaan-Ku.
Tetapi… engkau lihatlah seberapa besarnya perhatian-Ku terhadap
dirimu yang tidak ada apa-apa nilai itu selama ini.
Daripada engkau tiada wujud, Aku adakan.
Daripada engkau tiada hidup, Aku hidupkan.
Daripada engkau lembik dan serba lemah, Aku kuatkan tubuh badanmu.
Daripada engkau tiada lahir, Aku yang lahirkan daripada (rahim
ibumu, yang ibumu itu sendiri adalah) kepunyaan Aku.
Daripada engkau kecil, Aku yang besarkan.
Daripada engkau bodoh jahil tanpa ilmu, Aku yang ilmukan.
Jika bukan kerana Aku (yang punya pekerjaan), tidak ada sesiapa
pun yang akan menyayangimu.
Jika bukan kerana Aku, tidak ada sesiapa pun yang mahu memelihara
dan membesarkanmu.
Jika bukan kerana Aku, tiada makhluk yang akan memandangmu,
menghargaimu dan memuliakanmu.
Ingatlah dan kenanglah sekiranya engkau termasuk ke dalam golongan
hamba-hamba-Ku yang bersyukur.
Engkau lapar, Aku yang beri makan.
Engkau sakit, Aku yang beri penawar dan kesembuhan.
Engkau perlu, Aku yang berikan segala keperluanmu.
Engkau ada kehendak, Aku juga yang memenuhi kehendakmu.
Engkau berseorangan, Aku yang berikan keluarga, teman dan
masyarakat kepadamu.
Semuanya kerana Aku (iaitu Rabb-mu) Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
Apakah nikmat-nikmat-Ku yang hendak engkau dustakan? Beranikah
engkau sedemikian?
Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului murka-Ku.
Jadilah engkau abdi-Ku yang banyak bersyukur lagi mencintai Aku.
No comments:
Post a Comment