Persoalan :
Tentang kata-kata orang bahawa “Kita pandang ke mana pun kita “nampak”
Tuhan.”
Penjelasan : Ya, ini pelajaran dan pengamalan
dalam hal hakikat. Kita “melihat” semuanya (daripada) Allah.
Orang di peringkat ini akan “terpandang” sifat dan af’al
Allah di mana-mana pun pandangan mata kepala atau pandangan mata hatinya (mata
qalbu) mengarah.
Kebanyakan orang Islam tidak sampai ke peringkat ini. Dan
jika mahu dibawa ke peringkat ini, mestilah dengan jalan berhikmah lagi
lemah-lembut, lambat-lambat dan tertib. Peringkat ini tidak boleh dikejan-kejan
atau digesa-gesa kepada orang awwam untuk menguasainya. Dikhuatiri yang
terburu-buru itu biasanya akan tersimpang dan apabila sudah tersimpang, untuk
mengubati ad-diinnya kembali itu sangat sukar. Kena sangat berhati-hati kerana
selalunya ketika tersimpang itu, kita tidak menyedarinya pun.
Oktober 2019
No comments:
Post a Comment