Antara punca Baghdad jatuh ke tangan tentera Monggol adalah kerana wujudnya tangan-tangan yang memudahkan dan melancarkan proses penaklukan tersebut, iaitu orang-orang tertentu di Baghdad sendiri, yang dalam kalangan orang Islam sendiri. Bolehlah dikatakan bahawa hal ini memang sudah dimaklumi semua. Orang-orang ini dikutuk zaman-berzaman dan memang patut menerima hukuman pun.
Sangat tidak bijak jika kita hendak pertahankan dan membela musuh-musuh dalam selimut lagi kuat taqiyyahnya ini atas alasan :
1. Mereka bukan tentera Monggol, mereka orang Islam macam kita.
2. Mereka bukan Monggol, mereka bersyahadah, bersolat dan berpuasa sama macam kita.
3. Mereka baca dan ajar kitab-kitab Islam, bukan ajar agama Monggol pun.
4. Kalau mereka itu Monggol, barulah kita boleh ambil tindakan.
Hendaklah difaham, mereka itu terpaksa ditolak bukan kerana mereka sama dengan tentera, fahaman atau agama Monggol, tetapi kerana progarm-program mereka telah memudahkan, melancarkan dan melicinkan kerja-kerja tentera Monggol menjatuhkan wilayah umat Islam, sekalipun mereka beragama Islam sama dengan kita, belajar dan mengajar baca Al-Quran sama macam kita, berkhatan sama macam kita dan sebagainya.
Hendak tunggu mereka beragama Monggol, ajar aqidah Monggol, mengaku sebagai berfahaman Monggol baru boleh kita menolak mereka? Jadi, perbuatan mereka memudahkan tentera Monggol membunuh umat Islam di Baghdad itu perlu diterimakah?
Contoh ini adalah untuk memudahkan pemahaman sahaja, bagi yang berakal fikiran.
Abu Zulfiqar
8 Jun 2017
Selamatkan umat daripaad Virus V6
Selamatkan umat daripaad Virus V6
No comments:
Post a Comment