Thursday, May 4, 2017

Susahkan Diri, Susahkan Orang

Di akhirat nanti, orang-orang yang bersalah kerana sengaja melanggar peraturan semasa di dunia sedar yang mereka bakal dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa akhirat. Maka orang-orang ini ada yang dengan sedaya upaya mereka akan cuba untuk mengaitkan orang lain, menyalahkan orang lain dan berharap agar kesalahan-kesalahannya dilepaskan begitu sahaja.

Keadaan sebegini tidak berlaku di akhirat sahaja, di dunia ini pun sama. Orang-orang yang didapati bersalah kerana sengaja melanggar peraturan, ada yang akan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan diri sendiri daripada menanggung akibat perbuatan mereka dengan mengaitkan orang lain, menyalahkan orang lain dan berharap agar kesalahan-kesalahannya dilepaskan begitu sahaja.

Padahal jika kita turut sahaja peraturan yang ditetapkan, diri sendiri tidak susah dan tidak pula menyusahkan orang-orang lain. Janganlah kita menyusahkan diri sendiri, dan yang lebih penting lagi jangan menyusahkan orang lain. Ikut sahaja peraturan yang tersedia. Kita tidak ditimpa kesusahan dan kita juga tidak menyusahkan orang-orang lain.


1 comment:

Anonymous said...

Sifatnya mukmin ; mengaku kesalahan dan kelemahan diri, istighfar dan taubat, dan selagi berpeluang (di dunia - sebelum sakarat) berusaha memperbaiki diri dan amalan.

Sifatnya golongan kufur / para pendosa ; sentiasa menyalahkan org lain, meletakkan kesalahan pd org lain, hingga ke tahap menyalahkan takdir.

Bila saatnya sakarat, tiada lagi peluang istighfar dan taubat, tiada lagi peluang utk memperbaiki diri, tiada lagi peluang utk menyempurnakan agama, iman dan taqwa, bg org org mulia tiada lagi peluang utk meningkatkan derjat di sisi Tuhan, tiada lagi usaha dan ikhtiar dr diri kita, segalanya bergantung Rahmat Allah swt semata mata.
Sebelum tiba saatnya sakarat, ambillah peluang selagi ada ; mulakan dgn menyempurnakan kefardhuan solat, hadirkan diri berjamaah di masjid masjid dan surau surau, hadirkan diri dlm majlis majlis ilmu, bnykkan zikrullah dan selawat, lazimkan membaca dan tadabbur Al Quran setiap hari.

"Allahumma a inna 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatika" - Ya Allah ! Tolong bantulah aku utk berzikir dan mengingati Engkau, utk mensyukuri Engkau, dan perbaikilah ibadahku kpd Engkau.
"Allahumma atmimlana nurana, wa atmimlana dinana, wa atmimlanaliman wa altaqwa ilaika" - Ya Allah ! Sempurnakanlah bg kami chaya kami, sempurnakanlah agama kami, dan sempurnakanlah iman dan taqwa kami kpd Engkau.

Amiin !