Ada
ke salafi wahhabi (wahabi) ni?
Ada.
Apa
yang kita tolak daripada ajaran/fahaman salafi wahabi itu? Keseluruhannyakah
yang kita tolak?
Kita
hanya menolak APA YANG SALAH dan APA YANG MELEMAHKAN AGAMA & UMAT ISLAM
sahaja.
APA YANG
BENAR daripada ajaran/fahaman salafi Wahhabi, tidak pernah kita tolak, malah
kita sokong 100%.
Macam
mana kita nak kenal orang tu salafi wahabi ni?
Kita nak
kenal apa sahaja pun, adalah melalui CIRI-CIRINYA. Sama juga, nak kenal salafi
Wahhabi adalah melalui ciri-cirinya.
·
Kalau ada banyak ciri-ciri salafi
wahhabi padanya, wahabilah itu sekalipun dia tidak mengaku dirinya wahabi.
·
Kalau ada sangat sedikit ciri-ciri
wahabi padanya, bukan wahabilah tu sekalipun dia mengaku dirinya wahabi.
·
Kalau ada beberapa ciri wahabi padanya,
tak dapalah dipastikan. Boleh jadi wahabi, boleh jadi bukan.
Contoh :
Seorang anak kecil yang belum pernah melihat itik secara berdepan, datang
beritahu ada ternampak seekor haiwan dan dia rasa-rasa haiwan itu ialah sejenis
itik.
Bagaimana
kita nak tahu betul itik ke tidak?
Mestilah berdasarkan ciri-cirinya.
Mestilah berdasarkan ciri-cirinya.
Jika ada
banyak ciri-ciri itik, maka betullah itik, sekalipun ia bermati-matian tidak mengaku dirinya itik tetapi buaya, ketam, pacat atau sebagainya.
Jika ada
sangat sedikit ciri-ciri itik, maka bukan itiklah tu sekalipun ia bermati-matian mengakui dirinya Wahabi.
Jika ada
beberapa ciri itik, maka belum pasti. Boleh jadi itik dan boleh jadi
bukan itik.
Anak
kecil itu pun beritahu ciri-ciri haiwan yang ditemuinya :
·
Badan berbulu pelepah macam burung.
·
Jalannya terkedek-kedek lambat.
·
Ada sayap
·
Tidak terbang.
·
Suka menyudu-nyudu.
·
Ada paruh yang lebar, bukan macam paruh ayam.
·
Berbunyi kuek kuek.
·
Kakinya dua.
·
Kakinya macam kasut penyelam.
·
Boleh berenang terapung-apung di atas air.
·
Anak-anaknya berwarna kuning berbaris mengikut
ibunya.
Macam
mana kalau haiwan tu tak mengaku dirinya itik tetapi buaya?
Dia
tetap itik, kerana dia punya begitu banyak ciri-ciri itik dan sangat sedikit
ciri-ciri buaya.
Apakah
ciri-ciri seseorang itu berfahaman salafi Wahhabi?
Ada
banyak. Antaranya :
1.
Biasanya TIDAK SUKA melakukan doa qunut
ketika solat subuh (tetapi tidak semestinya yang tidak berqunut itu wahabi).
2.
Biasanya SUKA untuk tunjukkan kepada orang lain
yang dia tidak buat qunut subuh.
3.
Biasanya SUKA untuk mengajak agar orang lain
jangan buat qunut subuh.
4.
Biasanya TIDAK SUKA kepada tasawuf,
sufi, tariqat dan yang sewaktu dengannya (tetapi tidak semestinya yang menolak
tasawuf, sufi, tariqat dll itu wahabi).
5.
Biasanya SUKA menghukum BID’AH SESAT DAN KE
NERAKA kepada tasawuf, sufi, tariqat dan sebagainya.
6.
Biasanya SUKA mengajak orang lain agar menolak
dan menentang ajaran tasawuf, sufi, tariqat dll.
7.
Biasanya sewaktu solat berjemaah, SUKA terkangkang
lebih dan mengenakan tepi kakinya dengan kaki orang di sebelah kiri dan
kanannya (tetapi tidak semestinya yang suka terkangkang sebegitu wahabi).
Sepatutnya berdiri lurus, bukan terkangkang.
8.
Biasanya SUKA mengajak orang lain untuk solat
terkangkang kaki.
9.
Biasanya TIDAK SUKA berzikir dan berdoa
beramai-ramai selepas solat fardhu (tetapi tidak semestinya yang tidak buat
itu wahabi).
10.
Biasanya SUKA mengajak orang lain agar tidak
berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu
11.
Biasanya TIDAK SUKA pelajaran tauhid/usuluddin Sifat
20, aliran usuluddin Asya’irah dan Maturudiyyah.
12.
Biasanya SUKA menghukum BID’AH SESAT KE NERAKA
pelajaran Sifat 20, aliran usuluddin Asya’irah dan Maturudiyyah.
13.
Biasanya belajar dan mengamalkan ajaran Tauhid
3 Serangkai iaiatu Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rabbubiyyah dan Tauhid Asma wa
as-Sifat (tetapi tidak semestinya yang berpegang dengan ajaran Tauhid 3
Serangkai ini ialah wahabi).
14.
Biasanya SUKA mempromosikan Tauhid 3 Serangkai.
15.
Biasanya ANTI Imam Al-Ghazali dan kitab Ihya’
‘Ulumuddin (tetapi tidak semestinya yang anti Imam Al-Ghazali dan Kitab Ihya’
itu ialah wahabi).
16.
Biasanya SUKA mengajak orang lain untuk menolak
Imam Al-Ghazali dan kitab Ihya’.
17.
Biasanya TIDAK SUKA buat solat sunat terawih
20 rakaat.
18.
Biasanya SUKA buat solat sunat terawih 8
rakaat.
19.
Biasanya mereka sangat SUKA mengikut dan mempromosikan pegangan-pegangan Ibnu
Taimiyyah dan Ibnu Qayyim al-Jauzi (tetapi tidak semestinya yang
suka ambil pandangan2 Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim itu wahabi).
20.
Biasanya sangat SUKA mengambil
pegangan-pegangan Muhammad bin Abdul Wahhab, Al-Albani, Utsaimin,
Fauzan, Ben Baaz dan lain-lain.
21.
Biasanya MENOLAK jemaah-jemaah Islam seperti
Tabligh, Ikhwanul Muslimin, Naqsyabandiyyah, Al-Ghazaliyyah, Ahmadiyyah
Idrisiyyah, parti-parti politik Islam dan lain-lain.
22.
Biasanya mengumpan orang-orang baru dengan mempamerkan
diri mereka sebagai penentang Syiah dan ajaran-ajaran sesat.
23.
Biasanya tidak mampu membezakan yang mana
ajaran syiah dan yang mana ajaran tasawuf sufi. Mereka merasakan kedua-duanya
sama.
24.
Biasanya TIDAK SUKA kepada keturunan
Rasulullah saw (keturunan ahlul bait, para habaib, para sayyid dll).
25.
Biasanya TIDAK BOLEH MENERIMA keputusan khilaf.
26.
Biasanya TIDAK mengikut mana-mana mazhab
fiqh sama ada Hanafi, Maliki, Syafi’i atau Hanbali.
27.
Biasanya mereka tidak bermazhab, atau bermazhab
tokoh-tokoh pujaan mereka, atau bermazhab campur-campur, atau bermazhab ikut
fikiran diri sendiri. Maka ada sangat banyak mazhab.
28.
Biasanya menghukum BID’AH SESAT KE NERAKA akan
sambutan Maulidur Rasul, qasidah, talkin, tahlil dan lain-lain.
29.
Biasanya hanya terima hadis sahih. Mereka tolak
hadis hasan dan hadis dhaif . (tetapi tidak semestinya yang menolak hadis hasan
dan hadis dhaif itu wahabi).
30.
Biasanya orang-orang yang menolak apa yang
salah dan apa yang melemahkan daripada ajaran mereka, mereka akan cuba kaitkan
dengan syi’ah atau ajaran sesat.
31.
Biasanya bid’ah dianggap seolah-olah salah satu
hukum, semua bid’ah adalah berdosa dan akan ke neraka, tidak ada bid’ah yang
baik (bid’ah hasanah).
32.
Biasanya cenderung untuk memahami ayat-ayat
Al-Quran, hadis2 Nabi dan kata-kata ulama berdasarkan zahir teks ayat,
sedangkan apa yang di sebalik teks diabaikan.
33.
Biasanya menganggap lafaz “usolli…” sebelum
solat adalah bid’ah yang berdosa.
34.
Biasanya menganggap perlakuan menyapu muka
dengan tangan selepas solat sebagai bid’ah yang berdosa.
35.
Biasanya menganggap zikir dan selawat yang
dilaungkan antara solat terawih adalah bid’ah yang berdosa.
36.
Biasanya menganggap perlakuan bersalam-salaman
selepas solat adalah bid’ah yang berdosa.
37.
Biasanya menganggap solat sunat qabliyyah
sebelum fardhu Jumaat sebagai bid’ah yang berdosa.
38.
Biasanya menganggap kebiasaan umat islam
membaca Surah Yaasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang berdosa.
39.
Biasanya menganggap perlakuan berzikir dengan
menggunakan tasbih adalah bid’ah dan berdosa.
40.
Biasanya menyokong tokoh-tokoh salafi Wahhabi
tempatan.
No comments:
Post a Comment