Tuesday, March 29, 2016

Mengapa Dia Bukan Wahhabi Juga?

PERSOALAN :
Ada pandangan ustaz yang berfahaman Salafi Wahhabi (kita sebut sebagai Ustaz W sahaja selepas ini) yang sama dengan pandangan Ustaz S, tetapi mengapa Ustaz S tidak dikategorikan sebagai berfahaman Salafi Wahhabi juga? Sepatutnya Ustaz S pun Wahhabi jugalah.

PENJELASAN :
Ada pandangan agama Hindu yang sama dengan pandangan agama Islam. Mengapa kita tidak kata agama Islam itu juga agama Hindu?
Kerana punya pandangan tertentu yang sama bukan sandaran untuk mengatakan kedua-dua agama adalah sama.

Ada pandangan YB Lim Guan Eng (dari DAP) yang sama dengan pandangan DS Najib Tun Razak (UMNO), tapi mengapa Najib Tun Razak tidak dilabelkan sebagai DAP juga?
Kerana punya persamaan pandangan dalam isu tertentu bukan bukti kedua-dua mereka adalah dari parti yang sama.

Ada pandangan Dr Asri yang sama dengan pandangan Syeikh Nuruddin Al-Banjari, tapi mengapa Syeikh Nuruddin tidak dicop sebagai Wahhabi?
Kerana beberapa persamaan pandangan bukan bukti kedua-dua mereka adalah dari fahaman/aliran yang sama.

Pandangan Imam Asy-Syafi’i banyak yang sama dengan pandangan Imam Malik, tetapi Mazhab Asy-Syafi’I tetap tidak sama dengan Mazhab Maliki.

Maka dalam hal wujudnya pandangan-pandangan tertentu yang sama antara Ustaz dengan Ustaz S, perkara itu tidak boleh sama sekali dijadikan sandaran untuk mengatakan mereka mempunyai fahaman/aliran yang sama. Sebab itulah kita tidak mengatakan Ustaz S berfahaman Salafi Wahhabi sekalipun ada pandangan dia yang sama dengan pandangan Ustaz W.

Seseorang itu dikenalpasti sebagai berfaham Salafi Wahhabi melalui ciri-cirinya. Ada berpuluh-puluh ciri seorang Salafi Wahabi. Macam mana hendak tahu seseorang itu betul Salafi Wahhabi atau bukan melalui ciri-ciri tersebut?

a)      Seandainya orang itu mempunyai banyak daripada ciri-ciri Salafi Wahhabi itu, maka jelaslah dia seorang Salafi Wahhabi sekalipun pun dia bermati-matian tidak mengaku yang dia berfahaman Salafi Wahhabi.
b)      Seandainya orang itu mempunyai hanya sedikit sahaja daripada ciri-ciri Salafi Wahhabi itu, maka dia bukanlah seorang Salafi Wahhabi sekalipun dia bermati-matian mendakwa dirinya seorang Salafi Wahhabi.
c)       Seandainya orang itu mempunya beberapa ciri Salafi Wahhabi tetapi tidak mencapai tahap banyak, maka kita tidak dapat pastikan sama ada dia berfaham Salafi Wahhabi atau tidak. Dalam hal sebegini, kita mendahulukan sangka baik bahawa dia bukanlah berfaham Salafi Wahhabi. Sekiranya pada masa-masa akan datang berlaku perubahan dari segi ciri-cirinya (sama ada bertambah atau berkurang), barulah kita nyatakan secara jelas yang dia berada dalam kategori yang mana.

(*Yang berminat untuk mengetahui antara ciri-ciri orang yang berfahaman Salafi Wahhabi, boleh rujuk dan meneliti tulisan saya di sini http://alexanderwathern.blogspot.my/2016/03/ciri-ciri-salafi-wahabi.html . Baru 40 ciri, ada banyak lagi. Tapi yang 40 ciri ini pun sudah cukup untuk dijadikan senarai semak apabila kita mahu mengenal pasti sama ada seseorang itu berfahaman Salafi Wahhabi ataupun bukan. Pengenalpastian dibuat melalui pengesanan ciri-ciri, bukannya melalui pengakuan atau ketidakmengakuan seseorang)

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan.

Ustaz W sudah kita kenal pasti berfaham Salafi Wahhabi kerana banyak ciri-ciri Salafi Wahhabi padanya. Manakala Ustaz S, hanya ada beberapa ciri Salafi Wahhabi padanya. Maka kita mendahulukan sangka baik bahawa dia tidak berfahaman Wahhabi.

Oleh itu, kita tidak boleh mengatakan Ustaz S seorang Wahhabi juga sekalipun ada pandangan dia yang sama dengan pandangan Ustaz W.

FAHAMI PERMAINAN MEREKA

Apakah strategi para penganut fahaman Wahhabi, mereka yang cenderung kepada fahaman Wahhabi dan mereka yang sudah terkena virus Wahhabi (sama ada sudah disedari atau tidak) dalam permainan ini?

Antaranya, ada orang yang berfahaman Wahhabi tetapi dia mahu mengelak daripada terkena label Wahhabi. Dia mahu menunjukkan bahawa label Wahhabi yang ditujukan kepadanya itu adalah satu kesilapan dan tidak benar.

Oleh itu, dia cuba mencari-cari ustaz-ustaz lain yang tidak diakui sebagai Wahhabi oleh masyarakat dan ustaz itu pernah mengatakan sesuatu yang sama dengan yang dia pegang.

Apabila sudah ditemuinya (dalam perbicaraan kita ini kita contohkan sebagai Ustaz S sahaja), maka dia akan buat kenyataan : “Ada pandangan saya yang sama dengan pandangan Ustaz S. Tapi mengapa Ustaz S tidak diakui sebagai Wahhabi juga?”

Maka sebahagian orang awam akan mudah terjerat dalam permainan ini. Kata sebahagian orang awam : “Betul jugak ye? Ustaz S tak pula masyarakat kata dia Salafi Wahhabi! Yang Ustaz W, orang kata Wahhabi. Padahal ada pandangan mereka yang sama je.”

Hasilnya, orang awam yang jahil dalam hal ini akan membentuk keputusan dalam jiwa mereka, contohnya :
a)      Label Wahhabi ke atas Ustaz W adalah fitnah semata-mata, atau
b)      Ustaz W terbukti bukan Wahabi, atau
c)       Orang yang mengakui Ustaz W sebagai Wahhabi tu tak tahu apa itu Wahabi, atau
d)      Kalau macam tu, Wahhabi ni baguslah sebab Ustaz S kan ustaz yang bagus?
Dan sebagainya.

Begitulah taktik yang mereka gunakan. Taktik ini sudah dibongkar sejak tahun 1999 dan ditulis sudah banyak kali. Namun sampai ke hari ini, masih ada sahaja orang-orang yang terpedaya dengan mudah. Harap-harap inilah kali terakhir saya menulis tentang bahagian ini.

Wallahu’alam.

Abu Zulfiqar

29 Mac 2016

2 comments:

Sunni said...

Seseorg itu dikenali dgn ciri cirinya, sebgmn seorg Muslim dikenali dgn ciri ciri keislamnya, seorg mukmin dikenali dgn ciri ciri kemukminannya dan seorg yg bertaqwa dikenali dgn ciri ciri ketaqwaannya, begitulah juga dgn penganut wahabiyah ni dpt dikenali dgn ciri ciri kewahabiyannya.
Hanya sahaja menjadi prinsip pegangan kita ASWJ tidak bermudah mudah menghukum atau menuduh sesat sesuatu golongan, yg mana soal sesat atau tidaknya seseorg atau sesuatu golongan kita serahkan kpd pihak berwajib atau pihak berautoriti.

Ciri penganut wahabiyah ;
1.Mengaku berfahaman salaf atau ahlul hadis, tak mengaku wahabi.
2.Ego taksub dgn keilmuan dan pendapat sendiri dan golongan sesamanya, yg selainnya semuanya jahil, tak faham, bahkan sesat.
3.Ayat ayat Quran dan Hadis hadis difahamkan dgn makna zahir semata mata, ikut tafsiran sendiri masing masing.
4.Apa yg Nabi saw tak buat, semuanya dianggap bid'ah yg sesat, walau pun jelas kebaikannya dan tiada nas larangan, semata mata dgn penafsiran mrk terhdp hadis bid'ah yg selalu mrk dendangkan.
5.Bg yg totok wahabiyah, setiap kuliah, ceramahnya mesti dimulakan dgn khutbatul hajah diikuti dgn dendangan hadis bid'ah dholalahnya.
6.Tokoh tokoh pujaannya ; Ibnu Taimiyah, Ibnul Qayyim, Albani, Ben Baz, Sh Utsaimin.
7.Anti tareqat, tawassul, tahlil, Maulid, Istighasah, Tabarruk.

Itulah antara ciri ciri utamanya utk kita jadikan panduan agar berhati hati dgn individu berkenaan.
Fitnahnya wahabiyah ni, partial true, hingga sgt mudah golongan yg kurang berpengetahuan terpengaruh. Yg baru mengenal agama mmg sgt mudah terikut ikut, tp bila semakin bertambah ilmu, semakin memahami dgn jujur dan merendah diri disamping menyedari akan kelemahan diri, pasti ditemui kejanggalannya fahaman wahabiyah ni.

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Alhamdulillah, syukur. Terima kasih tuan atas pengisiannya. Semoga diberkati Allah segala usaha2 kita untuk menyelamatkan diri sendiri dan umat manusia yang lain.