Alhamdulillah,
syukur……setakat hari ini Allah mudahkan urusan makan dan minum saya. Satu
nikmat yang sangat besar dan mesti banyak disyukuri.
Di
rumah, hidangan makan berat saya cukup mudah untuk disediakan. Hanya nasi putih
dan sayur kobis goreng, ini sudah cukup untuk membuka selera dan mengeyangkan. Lagi
pun saya memang jenis yang tidak makan banyak.
Kobis
gorengnya pun sangat ringkas. Hanya memerlukan sedikit minyak masak, sedikit
bawang, sedikit garam, mungkin sedikit air, dan sayur kobis. Tidak perlu perasa
tambahan, kicap, potongan cabai, serbuk kunyit dan lain-lain. Mudah kan? Cuma jika
isteri saya memasak, dia akan buat lauk-lauk lain untuk dirinya dan anak-anak. Takkanlah
mereka nak makan macam hidangan saya. Jadi, saya pun tumpang-tumpang jugalah
lauk-lauk yang ada. Kebetulan isteri saya ni pandia juga memasak. Jika tidak
ada pun, saya tidak berasa kurang, kerana sayur kobis goreng sudah cukup. Mudah
dan cepat untuk disediakan. Harap-harap Allah terus berikan kemudahan ini
kepada saya.
Tadi
cerita makan berat, ini cerita makan ringan pula. Maksud makan ringan ni ialah
sarapan, minum pagi, minum petang, atau pada bila-bila yang hidangannya tidak
seberat makan tengah hari atau makan malam.
Setakat
hari ini (untuk masa akan datang wallahua’lam lah), saya tidak main order
dengan isteri, apatah lagi dengan anak-anak. Makan minum ringan untuk diri
sendiri ni (untuk tetamu/orang lain, lain kiralah), semua saya buat sendiri,
kecuali pada waktu tidak sihat. Setahun sekali pun rasanya susah nak dapat
keadaan yang saya order : “kopi satu”, “tolong buatkan teh”, “tak buat apa-apa
kuih ke?”, “abang berasa nak makan sekian-sekian le”, “tak dak ka cucoq2 ka apa
ka?”, “buatkan mi goreng”, atau sebagainya. Apa yang saya nak minum, saya buat
sendiri. Apa yang saya nak makan, saya ambil sendiri atau buat sendiri. Lagi
pun biasanya saya hanya makan dan minum apa yang tercapai tangan dalam masa
yang cepat seperti roti, biskut, air kosong, kopi segera, koko dan sebagainya.
Pernah
beberapa kali isteri saya bertanya, yang saya ni tak mahu ke minta dia buatkan
apa-apa hidangan ringan atau minuman? Selagi saya boleh bangun buat, tidak
terlantar sakit, insya-Allah semua saya buat sendiri. Nak seronokkan isteri,
mungkin setahun sekali saya order le jugak. Makanan yang ringkas-ringkas sahaja
pun macam cucur tepung manis. Ye lah, sifat rata-rata isteri, sesekali mereka
berasa rindu untuk menyediakan sesuatu hidangan kepada suami mereka.
Makan
malam dan tengah hari memang kena minta jasa baik orang rumah memasaklah,
kerana saya tidak punya kesempatan. Pada zaman-zaman punya kesempatan dulu,
selalu jugak saya buat walaupun sekadar lauk yang mudah-mudah. Lagi pun kami
jarang makan tengah hari bersama kerana masing-masing bekerja. Malam pula
kadang-kadang sahaja makan berat. Biasanya sama ada beli makanan di kedai
ataupun makan di kedai. Hari cuti pula memang biasanya keluar dan akan singgah
makan di mana-mana.
Beberapa
tahun lepas, pernah seorang hamba Allah bertanya, mengapa saya suka sediakan
sendiri, tidak order-order? Bagi dirinya, biasa sahaja dia minta kopi, kuih,
goreng-goreng dan lain-lain kepada isterinya. Hal itu bukanlah suatu kesalahan
malah perkara biasa sahaja dalam masyarakat kita.
Saya
mengiyakan kata-katanya. Hal itu bukan satu kesalahan pun. Tapi sebenarnya,
saya membiasakan diri berbuat demikian kerana saya lebih suka jika masa yang
digunakan oleh isteri saya untuk menyelesaikan order-order saya itu
digunakannya untuk :
a)
urusan-urusan
agama untuk dirinya (seperti membaca dan membuat nota buku-buku agama,
menyelesaikan zikir-zikir harian, menonton kuliah-kuliah agama, membaca
Al-Quran dan membaca maksudnya, menambah hafazan, menambah amal-amal sunat,
berlatih perubatan nabawi dsb), dan
b)
urusan-urusan agama untuk umat Islam (seperti menyebarkan
dakwah melalui media-media, merancang pengisian program usrah, menguruskan
dokumen-dokueman gerak kerja, menguruskan akaun gerak kerja, mentarbiyyah
anak-anak dsb).
Makan
minum saya, usah khuatir. Saya boleh cari sendiri. Lebih baiklah masa itu
digunakannya untuk hal-hal yang lebih berfaedah di atas. Saya tidak ada berasa
kecil hati, bahkan sangat gembira.
Hamba
Allah itu tidak memberi sebarang respon setelah mendengar jawapan saya. Nak kata
ya pun tidak, tidak pun tidak. Angguk pun tidak, geleng pun tidak. Tak tahulah
bagaimana penerimaan dia. Selepas terdiam beberapa lama, perbualan kami pun
berpindah ke topik lain.
Saya
bercerita ini bukannya apa, sejak kecil dah banyak pengalaman tengok suami yang
jenis order-order ni. Sampaikan kita lihat isterinya dah macam tukang masak
atau tukang bancuh air kedai kopi. Kita pulak yang kesian. Yang si isteri pun,
menurut sahajalah walaupun kadang-kadang tu tengah dalam kepayahan. Tak dilayan, suara di suami mula nak meninggi
pulak.
Sudah
lama tak jumpa situasi ini, tapi baru-baru ini ada terjumpa, suami yang asyik
oooorder pagi petang malam. Dari situlah timbul ilham hendak menulis ni. Order-order
tak salah, cuma kena berpatut-patutlah. Kan gitu?
Abu
Zulfiqar
24 Mac
2016
No comments:
Post a Comment