Dalam
pelajaran cinta Allah ini, apakah had paling bawah bagi orang-orang awam, yakni
orang-orang yang hanya ada ilmu syariat (yang belum belajar ilmu hakikat)?
Mesti
(wajib) mencintai Allah nombor 1. Mesti (wajib) mencintai Allah melebihi yang
lain-lain. Tidak boleh mencintai sesuatu lebih daripada mencintai Allah. Bahkan
tidak boleh mencintai sesuatu setara dengan mencintai Allah. Dalam ranking
kecintaan, Allah mestilah nombor satu.
Itulah
had paling bawah yang mesti dicapai.
*Rata-rata
ahli masyarakat kita berada dalam golongan ini.
*Majoriti
umat Islam pun berada dalam golongan ini.
*Bahkan
sebahagian orang yang bergelar ilmuwan agama pun berada dalam golongan ini.
Apakah
had paling bawah bagi orang-orang syariat yang belajar dan sudah ada ilmu hakikat
pula?
Selain yang
di atas tadi, mereka mesti meyakini bahawa pada hakikatnya Yang Mencinta
hanyalah Allah, dan Yang Dicinta juga ialah Allah. Yang Mencinta dan Yang Dicinta
adalah sama, adalah satu. Hanya ada satu cinta, iaitu CINTA ALLAH. Begitulah
dari segi hakikatnya.
Yang ada
hanyalah pekerjaan Allah, tidak ada sebarang pekerjaan makhluk, pada
hakikatnya.
No comments:
Post a Comment