SOALAN :
Benarkah jika seseorang itu wali Allah, dia mestilah tidak bekerja kerana
tawakkalnya kuat dan rezekinya datang tanpa diduga? Benarkah juga dakwaan
mengatakan bahawa jika seseorang itu bekerja, maka tawakkalnya lemah dan tidak
layak menjadi wali Allah?
JAWAPAN
: Tentunya tidak! Ramai auliya’ (para wali) yang bekerja mencari nafkah seperti
:
i.
4 orang dalam Khulafa’ ar-Rasyidin. Merekalah
wali-wali paling afdhal selepas Rasulullah saw.
ii.
Huzaifah ibnu Yaman (bekerja sebagai Gabenor
Kufah, Gabenor Parsi).
iii.
Abu Hurairah (bekerja sebagai Gabenor Bahrain,
Gabenor Madinah).
iv.
Khalifah Umar Abdul Aziz (bekerja sebagai Khalifah,
bahkan menjadi Gabenor Madinah pada zaman Hajjaj Yusuf As-Saqafi jadi Gabenor
Iraq).
v.
Imam Asy-Syafi’i (pernah bekerja sebagai Mufti
Yaman dan Menteri Najran).
vi.
Imam Al-Ghazali (bekerja sebagai pengetua
Madrasah Nizamiyah).
vii.
Imam Ahmad al-Ghazali (bekerja sebagai pengetua
Madrasah Nizamiyah).
viii. Sultan Muhammad
Al-Fateh (Khalifah Turki Uthmaniyyah).
ix.
Syeikh Shamsuddin al-Wali (bekerja sebagai penasihat
di istana Sultan Al-Fateh).
x.
Salahuddin al-Ayyubi (bekerja sebagai Gabenor
Mesir, Perdana Menteri Daulah Islam).
Dan
ramai lain.
Adakah
mereka semua tidak kuat tawakkal dan tidak layak menjadi auliya’ Allah?
Ilmu
tasawuf , ilmu haqiqat, ilmu ma’rifat, ilmu mukasyafah ini adalah ilmu yang
halus-halus lagi seni-seni. Oleh itu, cara syaitan hendak menGgelincirkan kita
pun halus-halus dan seni-seni juga. Sebab itu ramai juga orang-orang yang
tersalah jalan. Kita mestilah sangat berhati-hati.
No comments:
Post a Comment