Pengajian
Kitab Cinta ini sangat sesuai buat mereka yang belum tahu bahawa :
i)
cinta makhluk kepada Allah itu memang ada.
ii)
cinta Allah kepada makhluk pun memang ada.
iii)
cinta akan Allah itu wajib, bukan boleh
dipilih-pilih.
iv)
jika tidak cinta akan Allah, keadaan itu
dimurkai Allah, berdosa.
v)
cinta akan Allah ini ada jalannya dan ada
sukatan pelajarannya.
vi)
cinta akan Allah wajiblah melebihi cinta kepada
yang lain. Cinta akan Allah wajiblah nombor satu.
vii)
pada peringkat yang lebih tinggi, kita mestilah
mencintai Allah sahaja.
viii)
pada peringkat yang lebih tinggi lagi, yang
sebenar-benar ada hanyalah cinta Allah sahaja.
ix)
cinta Allah adalah maqam tertinggi dalam
perjalanan kerohanian.
x)
cinta akan Allah sangat mustajab untuk mengurangkan
bahkan menghilangkan stress, lalu membahagiakan rohani dan jasmani.
Insya-Allah
dengan mengikuti pengajian Kitab Cinta ini, segala maklumat di atas dapat kita
ketahui, kita fahami, kita sedari, kita amalkan, kita hayati dan kita usaha
capai.
Kepada
yang sudah sedia ada segala yang di atas, maka tidaklah menjadi keperluan untuk
mengikuti kuliah Kitab Cinta ini, tetapi bagus juga sebagai ulangkaji dan
pemantapan. Mungkin ada juzuk-juzuk halus yang selama ini kita terlepas
pandang. Wallahua’alam.
Abu
Zulfiqar
15
Oktober 2015
No comments:
Post a Comment