SEIMBAS LALU PELAJARAN TERDAHULU
Apa
punca wujudnya cinta? Dari mana cinta datang?
i)
Cinta wujud kerana sifat semulajadi kita iaitu
kita memang cinta/sayang akan diri kita sendiri.
ii)
Cinta wujud kerana sifat semulajadi kita iaitu
kita akan mencintai dan menyukai pihak yang berbuat baik kepada kita.
iii)
Cinta lahir kerana sifat semulajdi kita yang
memang menyukai dan mencintai apa sahaja yang elok, cantik, bagus, hebat walaupun
kita tak dapat apa-apa.
iv)
Cinta datang kerana mata hati kita ada
kebolehan untuk mencintai hal-hal yang ghaib (“bentuk zahiriyyah).
v)
Cinta hadir kerana ada keserasian antara dua
pihak.
Pada HAKIKATNYA :
-
Kesemua cinta datangnya daripada Allah dan
kembali kepada Allah juga.
-
Semuanya bermula daripada Allah dan kena juga
kepada Allah sendiri.
-
Dalam bahasa dalam atau bahasa sufinya : “Pada HAKIKATnya,
Yang Mencinta itulah Yang Dicinta.”
-
“Tidak ada Yang Mencinta selain Allah.”
-
“Tidak ada Yang Dicinta selain Allah.”
-
Maka orang yang berilmu hakikat dan mencapai ma’rifat,
cintanya menembusi makhluk lalu kena pada Allah.
Untuk
mudahkan pemahaman, kita imbas kembali HAKIKAT PUJIAN :
i)
Allah puji Allah (puji Qadim bagi Yang Qadim) =
pujian itu kena pada Allah.
ii)
Allah puji makhluk (puji Yang Qadim bagi yang
baharu) = pujian itu kena pada Allah juga.
iii)
Makhluk puji Allah (puji yang baharu bagi Yang
Qadim) = pujian itu kena pada Allah juga.
iv)
Makhluk puji makhluk (puji yang baharu bagi
yang baharu) = pujian itu jatuh pada Allah juga.
Kesimpulannya
:
-
Segala pujian hanya untuk Allah iaitu “Alhamdulillah”.
-
Semua puji-pujian itu pada HAKIKATNYA datang
daripada Allah dan kena pada Allah sendiri.
-
Dalam bahasa sufinya : “Pada HAKIKATNYA, Yang
Memuji itulah Yang Dipuji.”
Ulangkaji
HAKIKAT “terima kasih” :
i)
Pada HAKIKATNYA, yang menggerakkan orang lain
buat kebaikan kepada kita tidak lain ialah Allah.
ii)
Oleh itu, ucapan terima kasih kita dari segi HAKIKATNYA
tidak kena langsung pada orang yang berbuat baik itu, tetapi kena pada Allah
jua.
iii)
Pada HAKIKATNYA, tidak ada yang berjasa selain Allah.
iv)
Orang yang berilmu hakikat dan mencapai ma’rifat,
terima kasihnya menembusi makhluk lalu jatuh pada Allah sahaja.
v)
Namun begitu, adab-adab dari segi SYARIAT tetap
mesti dipelihara.
***Cuba
kita imbas ulangkaji ini dengan konsep cinta di atas tadi. Insya-Allah akan
nampak lebih jelas.
Apakah
antara punca ketidakhadiran cinta akan Allah?
i)
Kerana kita tidak mengenal Allah.
ii)
Kerana kita mungkin ada juga mengenal Allah,
tetapi belum cukup kenalnya.
iii)
Kerana keindahan Yang Maha Indah itu masih
terhijab kepada kita, belum terbuka lagi.
Hendak
cinta mestilah kenal.
Hendak
kenal mestilah tahu.
Hendak
tahu mestilah mencari tahu.
Manakan
boleh datangnya cinta jika tidak mengenal.
Manakan
boleh datangnya kenal jika tidak tahu.
Manakan
bisa mencari tahu jika tidak mencari tahu.
Mencari
tahu biar sampai tahu.
Tahu
biar sampai kenal.
Kenal
biar sampai cinta.
Cinta…
biar kekal selamanya.
Tazkirah
FB Abu Zulfiqar no. 196 (Oktober 7, 2015)
PERKONGSIAN UNTUK MALAM INI
(ms 426)
Bahawa yang mustahak bagi kecintaan ialah Allah Tuhan Yang Maha Esa.
Bahawa
orang yang mencintai selain Allah, tidak dari segi hubungannya kepada Allah,
maka yang demikian itu kerana kebodohan dan keteledorannya pada berma’rifah
kepada Allah Taala.
Cinta
kepada Rasulullah saw itu terpuji. Kerana itu adalah kecintaan kepada Allah
Taala.
Seperti
demikian juga, kecintaan kepada para ulama dan orang-orang yang taqwa. Kerana
dicintai orang yang dicintai itu dicintai. Rasul bagi Yang Dicintai itu
dicintai. Dan yang mencintai yang dicintai itu dicintai.
Semua
yang demikian itu kembali kepada kecintaan pokok. Maka ia tidak
melewatinya kepada yang lain. Tiadalah yang dicintai pada hakikatnya
pada orang-orang yang bermata hati, selain Allah Taala. Dan tidak ada
yang mustahak untuk dicintai selain Dia.
Penjelasannya
ialah dengan kita kembali kepada sebab yang lima, yang telah kami
sebutkan dahulu. Dan kami jelaskan bahawa sebab-sebab yang lima itu
terkumpul pada Allah Taala secara keseluruhannya.
Dan
tidak didapati pada yang lain daripadaNya, selain satu-satu dari sebab-sebab
itu. Sebab-sebab itu hakikatnya adalah pada Allah Taala.
Adanya
pada yang lain dari Allah Taala itu adalah sangkaan dan khayalan. Dan itu majaz
(tiada hakikat) semata-mata, yang tiada hakikat baginya.
Manakala
telah tetap demikian, nescaya tersingkaplah bagi setiap orang yang mempunyai
mata hati, lawan apa yang dikhayalkan oleh orang-orang yang lemah akal dan hati,
daripada kemustahilan kecintaan Allah Taala pada hakikatnya.
Dan
jelaslah bahawa pada hakikatnya itu menghendaki, bahawa anda tidak mencintai
seseorang, selain Allah Taala.
(ms 427)
Adapun sebab pertama iaitu cintanya insan akan dirinya, kekekalannya
dan kesempurnaannya, kekekalan terus adanya dan bencinya bagi kebinasaannya,
tiadanya, kekurangannya dan terputus-putus kesempurnaannya.
Maka ini
adalah sifat bagi setiap yang hidup. Tiada tergambar akan terlepas daripadanya.
Dan ini menghendaki akan penghabisan kecintaan adalah bagi Allah Taala.
Orang
yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya, nescaya sudah pasti ia mengenal, bahawa ia
tiada mempunyai wujud bagi dirinya.
Bahawa
wujud dirinya, kekekalan wujudnya dan kesempurnaan wujudnya itu, dari Allah,
kepada Allah dan dengan Allah.
Dialah
Pencipta yang mengadakannya. Dialah yang mengekalkannya. Dialah yang menyempurnakan
bagi adanya, dengan menciptakan sifat-sifat kesempurnaan, menciptakan
sebab-sebab yang menyampaikan kepadanya dan menciptakan petunjuuk kepada
pemakaian sebab-sebab itu.
Jikalau
tidak maka hamba itu dari segi dirinya, tidaklah ia mempunyai wujud akan
dirinya. Bahkan ia hapusan semata-mata dan tidak ada semata-mata, jikalau
tidaklah kurnia Allah Taala kepadanya dengan penciptaan.
Dia akan
binasa di belakang adanya, jikalau tidaklah kurnia Allah kepadanya dengan
mengekalkan terus hidupnya. Dan itu kekurangan sesudah wujud, jikalau tidaklah
kurnia Allah kepadanya, dengan penyempurnaan bagi kejadiannya.
Kesimpulannya, bahawa tidak adalah pada wujud
ini sesuatu yang berdiri sendiri, selain Yang Berdiri Sendiri, Yang Hidup,
Yang Berdiri Dengan ZatNya.
Setiap
yang lain daripadaNya itu berdiri dengan sebabNya. Maka jikalau orang yang
berma’rifah mencintai dirinya dan adanya dirinya itu memperoleh faedah dari
yang lain, maka dengan secara mudah, orang yang memperoleh faedah itu mencintai
bagi wujud dirinya dan mencintai yang mengekalkannya, jikalau dikenalnya akan
Pencipta, Yang Mewujudkan, Yang Menjadikan, Yang Mengekalkan, Yang Berdiri
Sendiri dan Yang Mendirikan bagi lainNya.
Jikalau
ia tidak mencintaiNya, maka itu kerana kebodohan dirinya, dengan dirinya dan
dengan Tuhannya.
Cinta
itu buah ma’rifah. Maka cinta itu menjadi tiada, dengan tiadanya ma’rifah. Menjadi
lemah kerana lemahnya ma’rifah dan menjadi kuat dengan kuatnya ma’rifah.
Kerana
itulah Hasan al-Basri berkata : “Siapa yang mengenal Tuhannya, nescaya
dicintainya. Siapa yang mengenal dunia, nescaya ia zuhud di dunia.
Bagaimana dapat digambarkan, bahawa insan itu
mencintai dirinya dan tidak mencintai Tuhannya. Yang dengan Dia itu dirinya
dapat berdiri?
Dan
sebagai dimaklumi, bahawa orang yang mendapat percubaan dengan panasnya
matahari, manakala ia menyukai naungan, maka dengan mudah difahami ia menyukai
pohon-pohonan, yang dengan pohon-pohonan itu tegaknya naungan.
Dan semua dalam wujud ini, dengan dikaitkan
kepada qudrah Allah Taala, maka adalah seperti naungan dengan dikaitkan kepada
pohon kayu dan cahaya dengan dikaitkan kepada matahari.
Bahawa
semua itu dari bekas qudrahNya dan wujudnya setiap sesuatu itu mengikuti kepada
wujudnya. Sebagaimana adanya cahaya mengikuti bagi matahari. Adanya naungan
mengikuti bagi pohon kayu.
Bahkan contoh ini benar, dengan dikaitkan
kepada dugaan orang-orang awam. Kerana mereka mengkhayalkan bahawa cahaya itu
bekas matahari, terpancar daripadanya dan adanya disebabkan matahari. Ini
adalah salah semata-mata.
Kerana
telah tersingkap bagi orang-orang yang mempunyai matahati, dengan penyingkapan
yang lebih terang daripada penyaksian penglihatan mata, bahawa cahaya itu hasil
dari qudrah Allah Taala, sebagai ciptaan ketika terjadinya berhadapan antara matahari
dan tubuh-tubuh yang tebal.
Sebagaimana cahaya matahari, dirinya, bentuknya dan
rupanya, juga hasil dari qudrah Allah Taala. Akan tetapi, maksud dari contoh-contoh
itu untuk memberi pengertian sahaja. Maka tidaklah dicari padanya akan hakikat-hakikat.
Jadi,
jikalau adalah cintanya insan itu akan dirinya merupakan hal yang dharuri
(mudah difaham), maka cintanya insan kepada Tuhan, yang mula pertama berdirinya
dengan Dia dan yang kedua, kekekalannya, pada asal-usulnya, sifat-sifatnya, zahirnya,
batinnya, jauhar dan ‘aradhnya, juga dharuri, bahawa ia mengenal yang demikian,
seperti yang demikian.
Siapa
yang terlepas dari cinta ini, maka adalah kerana ia menyibukkan dirinya dengan
dirinya sendiri dan nafsu syahwatnya, lupa kepada Tuhannya dan Khaliqnya.
Maka
tidak dikenalNya dengan ma’rifah yang sebenarnya. Ia bataskan pandangannya kepada
nafsu syahwatnya dan yang dirasakan oleh pancainderanya sahaja.
Iaitu alam
syahadah (yang dapat disaksikan dengan mata kepala), yang berkongsi insan
dengan haiwan pada menikmatinya dan berlapang-lapang padanya. Tidak alam
malakut, yang tidak dipijakkan buminya, selain oleh makhluk yang mendekati
kepada keserupaan dengan malaikat. Maka ia memandang padanya dengan kadar
dekatnya pada sifat-sifat malaikat. Dan berkurang daripadanya, dengan kadar
turunnya kepada lembah alam haiwan.
Bagaimana
engkau hendak serasi dengan Allah
dalam
keadaan engkau tidak serasi dengan kalamNya iaitu Al-Quran?
Bagaimana
engkau hendak serasi dengan Allah
sedangkan
engkau tidak serasi dengan rumah-Nya yakni masjid surau?
Bagaimanalah
engkau akan serasi dengan Allah
padahal
engkau tidak serasi dengan hukum-hakam, undang-undang dan
peraturan-peraturan-Nya?
Macam
manalah engkau mahu serasi dengan Allah
Memandangkan
engkau tidak serasi pun dengan orang-orang-Nya
Iaitu
para ulama?
-
Tazkirah FB Abu Zulfiqar no. 199 (Oktober 7,
2015)
*Semua 148 kali syarahan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin di surau
ini boleh diulang-ulang dengar/tonton di Youtube. Tuliskan “syarah ihya” atau
“kitab cinta ihya” pada carian Youtube. Selamat mengulangkaji.
No comments:
Post a Comment