Monday, September 21, 2015

Nota Kuliah Kitab Cinta 3




DALIL2 SYARA’ TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA’ALA

Mencintai Allah Taala itu disepakati wajibnya.

Tak kenal, maka tak cinta.
Setelah kenal, barulah ada rasa nak cinta.

Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

Umumnya manusia akan mentaati sesiapa yang dicintainya.

Oleh itu, salah satu kaedah untuk membuatkan diri kita, manusia dan jin seluruhnya taat kepada Allah ialah dengan mewujudkan cinta kepada Allah.

Dalil-dalil (sandaran-sandaran/hujah-hujah) Syara’ tentang Cinta Hamba kepada Allah

: “Dia (Allah) mencintai mereka, dan mereka pun mencintai-Nya.”
 (Al-Maidah : 54)

“Orang-orang yang beriman itu sangat cinta kepada Allah.”
(Al-Baqarah : 165)

Abu Razin Al-‘Uqaili bertanya : “Ya Rasulullah, apakah iman itu?”
Rasulullah saw menjawab : “Allah dan Rasul-Nya lebih kamu cintai daripada yang lain-lain.” (Ahmad)

Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya itu lebih dicintainya daripada yang lain.” (Bukhari, Muslim)

 “Tidak beriman seorang hamba sebelum aku lebih dicintainya daripada isterinya, hartanya dan manusia semuanya.” (Bukhari, Muslim)

Pada satu riwayat : “Dan dari dirinya sendiri.”

(ms 411) Dan Allah Ta’ala berfirman : “Katakanlah : Kalau bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudarakamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, kekayaan yang kamu peroleh, perniagaan yang kamu khuatiri menanggung rugi, dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjuang pada jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintahNya. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.” (At-Taubah : 24)

Seorang lelaki berkata : “Ya Rasulullah, bahawa aku mencintaimu.”
Beliau lalu menjawab : “Bersedialah untuk (menghadapi risiko) miskin.”
Orang itu lalu mengatakan : “Sesungguhnyaaku mencintai Allah Ta’ala.”
Maka Nabi saw menjawab : “Bersedialah untuk menghadapi dugaan.” (Turmizi)

(ms 413)  Seorang Arab desa datang kepada Nabi saw seraya bertanya : “Ya Rasulullah, bilakah Kiamat?”
Nabi saw menjawab : “Apa yang telah engkau sediakan bagi menghadapi Kiamat itu?”
Arab desa itu menjawab : “Tiada aku sediakan untuk Kiamat itu dengan banyak bersolat dan berpuasa. Hanya aku mencintai Allah dan RasulNya.”
Lalu Rasulullah saw bersabda : “Manusia itu bersama orang yang dicintainya.” (Bukhari, Muslim dari Anas)

Anas berkata : “Tidaklah aku melihat kaum muslimin yang bergembira dengan sesuatu sesudah Islam sebagaimana gembiranya mereka dengan hadis di atas ini.”

Al-Hasan Al-Basri berkata : “Barangsiapa mengenal Tuhannya nescaya ia mencintaiNya, dan barangsiapa  mengenal dunia nescaya ia zuhud pada dunia.

Abdul Wahid bin Zaid berkata : “Aku lalu dekat orang yang berdiri pada salju, lalu aku bertanya : “Apakah engkau tidak merasa dingin?”
Orang itu menjawab : “Siapa yang disibukkan oleh kecintaan kepada Allah, nescaya ia tidak merasa dingin.”


HAKIKAT CINTA

(ms 415) Ketahuilah kiranya, bahawa yang dicari dari pasal ini tidak akan tersingkap selain dengan :
i.                      mengetahui hakikat kecintaan, tentang dirinya kecintaan itu.
ii.                   kemudian mengetahui syarat-syaratnya dan sebab-sebabnya.
iii.                  kemudian sesudah itu memperhatikan pada pemastian maknanya terhadap Allah Ta’ala.


Maka yang pertama, yang sayugianya dipastikan ialah tidak akan tergambar kecintaan selain sesudah ma’rifah (kenal) dan idrak (tahu). Kerana manusia itu tidak mencintai selain apa yang dikenalnya.

Dan kerana demikianlah, tidak akan tergambar bahawa barang beku bersifat dengan kecintaan. Akan tetapi, kecintaan itu termasuk khasiat (sifat khas) bagi yang hidup, yang mengetahui.

Kemudian hal-hal yang diketahui itu dalam pembahagiannya terbahagi kepada :
         i.            yang bersesuaian dengan tabiat yang mengetahui, yang cocok dan yang enak baginya.
       ii.            yang berketiadaan, yang berjauhan dan yang menyakitinya.
      iii.            dan kepada yang tidak membekaskan padanya dengan menyakitkan dan melazatkan.

         i.            (ms 416) Maka setiap apa yang ada pada yang diketahuinya itu kelazatan dan kesenangan, nescaya itu dicintai oleh yang mengetahui.
       ii.            Dan apa yang ada pada yang diketahuinya itu kepedihan, maka itu dibenci oleh yang mengetahui.
      iii.            Dan yang terlepas dari akibat kepedihan dan kelazatan, maka tidak disifatkan dengan keadaannya itu dicintai dan tidak disukai.
Jadi setiap yang enak itu dicintai pada orang yang menerima keenakannya. Maka keadaannya itu dicintai bahawa pada tabiat itu cenderung kepadanya. Dan makna keadaannya itu dibenci, bahawa pada tabiat itu lari daripadanya.

Maka cinta itu ibarat dari kecenderungan tabiat kepada sesuatu yang melazatkan. Jikalau kecenderungan itu kukuh dan kuat, nescaya dinamakan asyik.
Dan benci itu ibarat larinya tabiat dari yang memedihkan, yang memayahkan. Apabila benci telah kuat, nescaya dinamakan sangat benci (maqtan).


Asal-usul kedua ialah bahawa cinta tatkala adanya itu pengikut bagi idrak (tahu) dan ma’rifah (kenal), nescaya tidak mustahil akan terbahagi menurut pembahagian yang diidrakkan (diketahui) oleh pancaindera.

Setiap pancaindera mempunyai idrak (tahu), bagi semacam dari yang diidrakkan (diketahui).

Bagi setiap satu daripadanya mempunyai kelazatan pada sebahagian yang diidrakkan.

Dan bagi tabiat dengan sebab kelazatan yang demikian, mempunyai kecenderungan kepadanya.

Maka adalah semua yang diidrakkan itu menjadi dicintai pada tabiat yang sihat.

Maka kelazatan mata itu pada melihat, mengetahui segala yang dilihat, yang cantic dan semua bentuk yang manis, yang bagus, yang melazatkan.

Kelazatan telinga itu pada bunyi-bunyian yang merdu, yang tertimbang tinggi rendahnya.

Kelazatan ciuman itu pada bau-bauan yang harum.

Kelazatan rasa itu pada makanan.
Dan kelazatan sentuhan itu pada yang lembut dan licin.

Tatkala adalah yang diirakkan dengan pancaindera itu melazatkan, nescaya adalah dia itu dicintai. Ertinya : adalah kecenderungan bagi tabiat yang sihat kepadanya. Sehingga Rasulullah saw bersabda : “Menjadi kecintaan bagiku dari duniamu tiga perkara iaitu bau-bauan, wanita dan dijadikan cahaya mataku pada solat.” (An-Nasa’i)

Dinamakan bau-bauan itu dicintai. Dan sebagaimana yang dimaklumi bahawa tak ada bahagian mata dan pendengaran pada bau-bauan itu. Akana tetapi, bagi ciuman sahaja.

Dinamakan wanita itu dicintai dan tak ada bahagian pada wanita itu selaian bagi penglihatan dan sentuhan. Tidak ciuaman, rasa dan dengar.

Dinamakan solat itu cahaya mata dan dijadikannnya yang paling dicintai. Dan sebagaimana yang dimaklumi bahawa tidaklah pancaindera itu mendapat keberuntungan dengan solat, akan tetapi pancaindera yang keenam yang tempat sangkaannya itu hati, yang tidka diketahui selain orang yang mempunyai hati.

Kelazatan pancaindera yang lima itu berkongsi padanya binatang dengan manusia.

Maka jikalau adalah cinta itu terbatas kepada yang diidrakkan dengan pancaindera yang lima sehingga dikatakan bahawa Allah Taala itu tidak beridrak dengan pancaindera dan tidak becontoh pada khayalan, maka Ia tidak mencintai. Jadi, batallah khasiat (sifat khusus) manusia dan apa yang berbezanya manusia, dari pancaindera yang keenam, yang diibaratkan daripadanya adakalanya dengan akal atau nur atau hati atau dengan apa yang engkau kehendaki dari ibarat-ibarat yang lain, maka tidaklah bersempit-sempit padanya. Dan amat jauhlah dari yang demikian.

Penglihatan mata hati yang batiniyah itu lebih kuat dari penglihatan zahiriyah. Hati itu lebih kuat idraknya (tahunya) dari mata.

Keelokan pengertian-pengertian yang diidrakkan dengan akal itu lebih besar dari keelokan bentuk-bentuk zahir bagi penglihatan. Maka tidak mustahil adalah kelazatan hati dengan apa yang didirakkannya dari hal-hal yang mulia, yang bersifat keTuhanan, yang sukar diidrakkan oleh panca indera itu lebih sempurna dan lebih bersangatan.

Maka adalah kecenderungan tabita yang sejahtera dan akal yang sihat kepadanya itu lebih kuat. Tak ada erti bagi cinta selain kecenderungan kepada apa, yang pada idraknya itu kelazatan. Sebagaimana akan datang huraiannya.

Jadi tidaklah dimungkiri akan kecintaan Allah Taala selain orang yang telah duduk bersimpuh padanya, keteledoran dalam darjat binatang. Makai a tidak dapat melampaui sekali-kali idrak pancaindera.


Asal-usul ketiga, bahawa manusia itu tidak tersembunyi lagi bahawa mencintai diri sendiri. Dan tidak tersembunyi pula bahawa manusia itu kadang-kadang mencintai orang lain, kerana dirinya sendiri.

Adakah tergambar bahawa manusia mencintai orang lain, kerana diri orang lain itu, tidak kerana dirinya sendiri?

Ini termasuk hal yang kadang-kadang sukar atas orang-orang yang lemah. Sehingga mereka menyangka bahawa tidak tergambar yang manusia itu mencintai orang lain, kerana diri orang lain itu, selama tidak kembali dari orang lain itu keuntungan kepada yang mencintai, selain mengetahui dirinya.

Yang benar, bahawa yang demikian itu tergambar dan ada.



Pelajaran akan datang, insya-Allah

SEBAB-SEBAB CINTA
 

No comments: