KITAB KASIH SAYANG, RINDU, JINAK
HATI DAN REDHA
Di
manakah kedudukan Kitab Cinta dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini?
-
Kitab Ihya’ terdiri daripada 40 kitab di
dalamnya.
-
Kitab pertama ialah Kitab Ilmu. Kitab ke-2
ialah Kitab Aqidah/Tauhid.
-
Kitab Cinta ialah kitab yang ke-36. Pada jilid
ke-7 daripada 8.
Mengapa
kita pilih Kitab Cinta?
1.
Kerana kita sudah khatam dua kitab utama iaitu
Kitab Ilmu dan Kitab Tauhid, maka selepas itu kita bolehlah melalui mana-mana
kitab seterusnya.
2.
Kerana umumnya cinta merupakan kemuncak dalam
tasawuf.
3.
Kerana sebahagian kitab-kitab itu seperti kitab
tentang taharah (bersuci), solat, zakat, puasa, ibadah haji, doa, zikir, wirid,
adab makan, dan adab berkahwin banyak diajarkan, mudah diperolehi dan pernah
kita lalui di mana-mana.
4.
Kerana itulah laluan guru.
Adakah
Kitab Cinta ini berkait dengan tauhid (khususnya peringkat tinggi)?
Sangat
berkait.
Apa
maksud cinta?
Suka.
Sangat suka. Jika sangat kuat sukanya, disebut asyik atau berahi.
Jika
kita suka akan sesuatu, maksudnya cintalah tu.
Jika
kita terlalu suka akan sesuatu sehingga sangat mempengaruhi kita, itu namanya
asyik.
Tapi
dalam bahasa Melayu Malaysia, ada perbezaan antara suka dengan cinta.
Jika
suka biasa-biasa, namanya suka.
Jika
suka sampai mempengaruhi diri (selalu teringat, suka untuk disebut, asyik,
berahi), itu namanya cinta.
Apa yang
selalu kita teringat, dalam keadaan kita suka, itulah CINTA.
Apa yang
selalu kita teringat tapi dalam keadaan kita tak suka, itu adalah MASALAH.
Ringkasanya,
cinta yang dimaksudkan oleh Kitab Cinta ini ialah cinta yang peringkat asyik.
(*Hal
ini akan terbuka sedikit demi sedikit di sepanjang kita melayari Kitab Cinta
ini).
IMAM
AL-GHAZALI MENULIS :
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
(Jilid
7 ms 48) Segala pujian bagi Allah yang membersihkan hati para wali-Nya daripada
berpaling kepada keelokan dunia dan kekayaannya.
Kemudian
Dia mengikhlaskan hati mereka untuk berhenti di atas permaidani kemuliaan-Nya.
Kemudian
Dia menjadi terang bagi mereka dengan asma’-Nya dan sifatNya sehingga menjadi
cemerlang dengan nur ma’rifahNya.
Kemudian
Dia menyingkapkan bagi mereka dari keagungan wajahNya sehingga terbakar dengan
api kasih sayangNya.
Kemudian
Dia terhijab daripadanya dengan hakikat keagungan-Nya, sehingga hati para wali
itu hairan dalam lapangan luas keagungan dan kebesaranNya.
Maka
setiap kali hati para wali itu tergerak untuk memperhatikan hakikat keagungan,
nescaya diliputi dari kedahsyatan, oleh yang
berlumuran debu pada wajah akal dan mata hatinya.
Dan
setiap kali hati para wali itu bercita-cita dengan berpaling dalam keadaan
putus asa, nescaya datang panggilan dari khemah keelokan : “Sabar wahai yang
berputus asa daripada mencapai Al-Haqq, disebabkan kebodohan dan kesegeraannya.
Maka
teruslah hati para wali itu di antara menolak dan menerima, menahan dan sampai,
tenggelam dalam lautan ma’rifahNYa dan terbakar dengan api kasih sayangNya.
Selawat
kepada Nabi Muhammad, kesudahan nabi-nabi dengan sempurna kenabiannya. Dan
kepada keluarga dan para sahabatnya, penmghulu manusia dan imam-imamnya,
panglima kebenaran dan yang menggenggamkannya. Anugerahilah kesejahteraan yang
banyak.
Pengenalan
Kepada Maqam Cinta
Adapun
kemudian, maka sesungguhnya kasih sayang (mencintai) akan Allah adalah tujuan
paling jauh dari maqam-maqam yang ingin dicapai dan ketinggian yang tertinggi
daripada darjat-darjat.
Tidak
ada sesudah memperoleh kasih sayang, suatu maqam pun lagi, selain dari buah
dari buah-buahannya, dan ikutan dari pengikut-pengikutnya seperti rindu, jinak
hati, redha, dan sifat-sifat lain yang searah dengan itu.
Dan
tidak ada suatu maqam pun sebelum kasih sayang itu selain adalah menjadi
pendahuluan dari pendahuluan-pendahuluannya seperti taubat, sabar, zuhud dan
lain-lain.
Maqam-maqam
yang lain jikalau sukar adanya, maka
tidaklah kosong hati dari iman dengan kemungkinannya. Adapun mencintai Allah
Ta’ala, maka sulitlah keimanan dengan mencintai itu.
Sehingga
sebahagian ulama memungkiri kemungkinannya. Dan mengatakan tak ada makna
baginya selain rajin mengerjakan taat kepada Allah Taala. Adapun hakikat kasih
sayang (mencintai), maka itu mustahil selain bersama sejenis dan secontoh.
Manakala
mereka menentang akan kasih sayang, nescaya mereka memungkiri akan kejinakan
hati dan kerinduan, kelazatan munajah dan hal-hal lain yang harus bagi kasih
sayang dan yang mengikutinya.
Dan
tak boleh tidak, daripada menyingkapkan tutup dari persoalan ini.
Isi
Kandungan Kitab Cinta
Kami
akan menyebutkan dalam kitab ini penjelasan tentang :
·
Dalil-dalil syara’ mengenai kasih sayang.
·
Hakikatnya dan sebab-sebabnya.
·
Tidak ada yang berhak untuk dicintai selain
Allah Ta’ala.
·
Kelazatan yang terbesar ialah kelazatan
memandang Wajah Allah Ta’ala.
·
Sebaa kelebihan kelazatan memandang ke akhirat,
atas ma’rifah di dunia.
·
Sebab-sebab yang menguatkan kecintaan kepada
Allah Ta’ala.
·
Sebab kepada berlebih-kurangnya manusia tentang
kecintaan.
·
Sebab tentang pemahaman dari hal ma’rifah
kepada Allah Ta’ala.
·
Makna rindu.
·
Kecintaan Allah Ta’ala kepada hamba.
·
Tanda-tanda kecintaan hamba kepada Allah Taala.
·
Makna kejinakan hati dengan Allah Taala.
·
Makna menghampar tentang kejinakan hati.
·
Makna redha dan penjelasan keutamaannya.
·
Hakikat redha.
·
Doa dan kebencian kepada perbuatan-perbuatan
maksiat itu tiada berlawanan. Demikian juga, lari dari perbuatan-perbuatan
maksiat.
·
Ceritera-ceritera dan ucapan-ucapan yang
bercerai-berai.
·
Inilah semua penjelasan bagi kitab ini.
Siapakah
Wali Allah?
Dalam
pengertian masyarakat awam, wali Allah mempunyai ciri-ciri berikut :
v
Wali Allah itu biasanya berpakaian seperti para
ulama. Berjubah, berserban, berselendang, biasanya bertongkat, selalu memegang
tasbih dan seumpamanya.
v
Ada juga wali Allah kelihatan macam orang gila.
Tidak terurus, rambut kusut-masai, pakaian lusuh, kadang-kadang berkaki ayam
dan sebagainya.
v
Wali Allah itu cakap-cakapnya menarik hati.
v
Diyakini ada ilmu agama yang tinggi.
v
Diyakini mampu melakukan hal-hal yang luar
biasa. Disebut kesaktian atau keramat (karamah). Contohnya boleh terbang di
udara, berjalan di atas air, boleh ghaib, boleh muncul di banyak tempat pada
satu-satu masa, boleh tahu isi hati orang, menguasai jin-jin, ada yang boleh
memerintah malaikat, menghidupkan haiwan yang mati, meniti di atas
pelepah-pelepah pisang, semua haiwan tunduk kepadanya, dan sebagainya.
v
Jika di alam Melayu, wali Allah itu antaranya
suka bertapa di gua-gua dan handal dalam persilatan.
Menurut
Al-Quran, siapakah para wali?
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali (auliya’)
Allah itu, tidak ada kekhuatiran (kebimbangan) ke atas mereka dan tidak (pula)
mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan sentiasa bertaqwa.
Bagi mereka berita gembira dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada
perubahan kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah
kemenangan yang besar. Janganlah kamu sedih kerana perkataan mereka.
Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yunus : 62-65)
Menurut
hadith?
“Sesungguhnya Allah telah berfirman : “Sesiapa
yang memusuhi wali-Ku, Aku isytiharkan perang ke atasnya. “
“Tidak ada seorang pun yang menghampiri-Ku
dengan amalan wajib yang Aku senangi, dan yang mendekati Aku dengan amalan
sunat, sehingga Aku mencintainya.”
“Apabila Aku mencintainya, Aku menjadi
pendengarannya untuk mendengar, dan Aku menjadi penglihatannya untuk melihat,
dan Aku menjadi tangannya untuk melakukan, dan Aku menjadi kakinya untuk
berjalan.”
“ Jika dia meminta kepada Aku akan Kuberi, dan
jika dia meminta perlindunganKu nescaya akan Kuberi perlindungan kepadanya.” (Bukhari)
Kesimpulannya,
wali-wali Allah mempunyai ciri-ciri berikut :
i.
Mereka orang beriman.
ii.
Mereka kuat taqwanya.
iii.
Bersifat menyampaikan ajaran agama.
iv.
Tidak bersedih diri dengan penolakan orang.
v.
Umumnya mereka tidak terpengaruh dengan
kebimbangan dan kesedihan.
vi.
Menyelesaikan semua amalan yang diwajibkan,
bahkan berkualiti.
vii.
Berusaha gigih menambah amalan-amalan sunat,
dan berkualiti.
viii.
Doa mereka dimakbulkan (khususnya dalam hal
memohon sesuatu dan memohon perlindungan).
ix.
Perlakuannya adalah yang baik-baik belaka.
x.
Umumnya ada mendapat mimpi-mimpi yang baik.
*Apabila
Allah mencintai mereka dan bantuan Allah sangat hampir kepada mereka, maka ada
kalanya berlaku perkara-perkara yang luar biasa atau mencarik adat kepada
mereka. Hal ini disebut karamah.
Tazkirah
Facebook Abu Zulfiqar no. 10 (Disember 21, 2011)
Yang
paling banyak kita suka fikir-fikirkan, lafaz-lafazkan dan sembang-sembangkan,
itulah yang paling kita cintai.
Jadi
selama hari ini dalam sehari-hari,
mana
yang paling banyak, yang paling kita cintai?
“Tidak
beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya
daripada yang lain-lain.” (Bukhari, Muslim)
“Tidak
beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah saw) lebih dicintai daripada
isterinya, hartanya dan sekalian manusia.” (Bukhari, Muslim)
Tazkirah
Facebook Abu Zulfiqar no. 154 (Februari 10, 2015)
Mencintai
Allah
bukanlah
sekadar rasa-rasa
atau pun
sekadar dakwaan di mulut dan di jiwa,
tetapi
hendaklah dengan pengetahuan tentangnya,
dan
dengan latihan tentangnya.
Apakah
maksud cinta?
Apakah
tingkatan-tingkatannya?
Apakah
tanda-tanda kehadirannya?
Apa pula
tanda-tanda kehilangannya?
Bagaimanakah
cara menumbuh dan menyuburkannya?
Bagaimana
pula cara mengembalikannya jika ia hilang?
Pengetahuan
dan latihan ini
berada
dalam sukatan pelajaran tasawuf.
………….. Kita ada?
*Semua
audio/video rakaman pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin di Surau An-Nur ini boleh
didengar/tonton semula di Youtube. Tuliskan “syarah ihya” dan nombor failnya di
carian Youtube (contohnya : syarah ihya 1). Setakat ini sudah 852 fail berjaya
diupload. Selamat mengambil manfaat.
No comments:
Post a Comment