Sunday, June 28, 2015

Persoalan Tentang Hikam Al-Ghazali no. 129



Suatu hari saya menulis Hikam Al-Ghazali nombor 129 di laman Facebook iaitu :

“Pancaindera manusia bagaikan lima pintu yang terbuka menghadap dunia luar. Namun yang paling menakjubkan daripada semua ini ialah hatinya yang memiliki jendela terbuka ke dunia ruh yang ghaib.”

Seorang sahabat mengemukakan soalan sebagaimana berikut :

SAHABAT : Assalamualaikum tuan, could you please explain further?, need elaboration.. I read thru too but… Apakah itu 5 pintu?

SAYA : 5 pintu itu ialah 5 pancaindera kita iaitu deria penglihatan (mata), deria pendengaran (telinga), deria perasa (lidah), deria sentuhan (kulit) dan deria hidu/cium (hidung). Umumnya kelima-lima deria ini hanya dapat mengesan hal-hal yang zahir sahaja. Maklumat tentang hal-hal zahir masuk ke dalam diri kita melalui 5 pintu ini.

Namun yang lebih hebat, lebih berpotensi dan lebih kuat sebenarnya ialah hati/jiwa kita. Melalui jendela/tingkap jiwa ini, kita dapat mengambil manfaat akan hal-hal yang ghaib. Maklumat tentang hal-hal ghaib khususnya yang berkaitan dengan agama, masuk ke dalam diri kita melalui jendela hati ini.

SAHABAT : Maknanya kita kena jaga sungguh 5 pintu dari dosa agar hal-hal ghaib khususnya bab agama dapat masuk dengan kefahaman yang sebenarnya seperti yang dikehendaki Allah.

Bila 5 pintu kurang dosa, maka hati sejernih cermin dapat pantulan cahaya.. Seumpama tv menerima satellite terus tanpa gangguan, gitu?..

SAYA : Ya.

SAHABAT : TQVM Alhamdulillah.

TAMAT.

*Pemahaman seperti ini membuatkan saya sangat gembira.



Sunday, June 14, 2015

Singgah di Masjid-masjid



Semalam singgah di sebuah masjid untuk solat, banyak kereta, majlis aqad nikah.
Satu orang tua mengeluh kepad rakannya... "Makin nak bulan puasa, makin ramai pulak orang menikah..." dengan kerut dahinya.
... maksudnya orang tua-tua dulu-dulu memang suruh elak menikah sebelum Ramadhan... takut-takut 'terlanjur'. Lagi pun, nikah dalam bulan Syawal memang bagus di sisi agama Islam.
Tapi generasi hari ini lain pulak fikir mereka... nak beraya Aidil Fitri sekali


Kisah singgah di masjid lagi... Ada majlis aqad nikah. Buat di masjid tu nampak macam baguslah, tapi... yang wanita-wanitanya terutama bakal pengantin perempuan... dengan selesanya bertabarruj depan hadirin, dalam rumah Allah... dengan bedak tebalnya, pipi merahnya, lipsticknya, eye shadownya.... Dalam rumah Allah tu.....


Singgah lagi sebuah masjid untuk solat. Bergema suara berdialog. Antara dialognya (lebih kuranglah) : "MCA dan MIC dah lemah sangat dah. Katakanlah kalua-kalau UMNO, PKR dan PAS buat kerjasama... agama dan bangsa boleh kata terbela le juga. Waktu tu, kita boleh tengok le di mana tempat DAP, dalam bakul sampah je tarafnya." Saya buat-buat dengar tak dengar je le.

Jun 2015

Berjuang kerana Selain Allah



Alangkah jauhnya perbezaan antara orang-orang yang berjuang kerana Allah dengan orang-orang yang berjuang kerana pangkat, kedudukan, bayaran, kemasyhuran, pengaruh, nama.......

Umumnya orang-orang yang berjuang kerana Allah, jika mereka kehilangan 'semua yang disebutkan itu', mereka tidak berasa gundah.

Berbeza dengan orang-orang yang berjuang kerana 'semua itu', apabila kehilangannya... gundah gulana, marah, kecewa, dendam......

Semoga Allah menunjuk dan memilih kita pada jalan-Nya.

14 Jun 2015

Kurniaan dan Ujian



Kulihat ada orang yang dikurniakan kepopularan dalam masyarakat, tapi dia diuji dengan menderita pelbagai penyakit. Dan kulihat ada orang yang ujiannya ialah masyarakat buat tak tahu, tapi dia dikurniakan tubuh badan yang sihat.

Kulihat ada orang dikurniakan kekacakan dan kejelitaan, tapi diuji tak bertemu jodoh. Dan kulihat ada orang yang diuji dengan rupa tak kacak tak cantik, tapi dikurniakan pasangan dan anak-pinak.

Kulihat ada orang yang dikurniakan keputusan akademik yang bagus, tapi diuji dengan kesempitan hidup. Dan kulihat ada orang yang diuji dengan keputusan akademik yang corot, tetapi dikurniakan kepandaian mencari wang.

Kulihat ada orang yang kurniakan kemewahan hidup, tapi diuji dengan kejahilan dalam hal ehwal agama. Dan kulihat ada orang yang diuji dengan kesempitan hidup, tetapi dikurniakan pengetahuan dan pemahaman dalam agama.

Kulihat ada orang yang dikurniakan ilmu agama, tetapi diuji dengan kemalasan beribadah dan keengganan menggerakkan agama. Dan kulihat ada orang yang dikurniakan kerajinan dan keistiqamahan, tetapi diuji dengan kekurangan ilmunya pula.

Kulihat orang yang dikurniakan pangkat dan harta, tetapi diuji dengan ketidakcukupan demi ketidakcukupan. Dan kulihat orang yang diuji dengan kerendahan pangkat dan kekurangan harta, tetapi dikurniakan kecukupan dalam hal ehwalnya.

Kulihat orang yang dikurniakan ramai anak pinak, saudara mara dan handai taulan, tetapi diuji dengan kesepian. Dan kulihat orang yang diuji dengan kurangnya anak pinak, saudara mara dan handai taulan, tetapi hidupnya sentiasa ramai dan ceria.

Begitulah seterusnya, tak habis-habis jika mahu direnungkan.

Sesungguhnya Allah Maha Adil.

Abu Zulfiqar
13 Jun 2015
10:53 pm

*Pengalamanku dalam misi-misi dakwah sepanjang musim cuti sekolah ini.

Wednesday, June 10, 2015

Guna Pos Zahazan Konon

Seorang hamba Allah pos kepada saya gambar berikut :






Saya faham, niatnya mahu mengenakan saya. Disangkanya saya seperti yang disebutkan. Jadi, saya jawab begini sahajalah....




Kita sibuk dengan hal-hal perbezaan, terlupa untuk mengenal diri kita yang sebenar, terlupa juga untuk lebih mengenali Allah. Sebagaimana 10 tahun dulu kita kenal Allah, sehingga kini pun macam itu jugalah, hanya ilmu-ilmu agama yang bertambah, tapi tentang Tuan Punya Ilmu? Biarlah, cukuplah sebagaimana yang kita kenal 10 tahun dulu. (Begitulah kot)

Kita juga lupa tentang kemajuan umat, kerana sebahagian kita asyik memundurkan umat dengan pelbagai isu khilaf. Isu khilaf yang ratusan tahun lalu didebatkan, sehingga sekarang tak selesai-selesai. Tiba-tiba sebahagian kita masih lagi hendak membawa isu-isu khilaf itu ke tengah masyarakat untuk ratusan tahun akan datang pula. Dah tahu keputusannya khilaf, masih lagi nak bawa umat yang sedang amat lemah ini berbalah, berpecah-belah.

Musuh-musuh Islam di luar sana tersenyum senang, kerana kerja-kerja mereka mahu memecah-belahkan dan menjahanamkan umat ini sudah diambil alih oleh sebahagian daripada kita.

Para ulama salafussoleh, ketika itu berdiri daulah Islam/kekhalifahan, maka sesuailah jika mereka mahu bahaskan isu-isu khilaf. Itu pun mereka tidak campakkan isu-isu itu ke tengah masyarakat, umumnya mereka sesama mereka sahaja.

Kini, dalam keadaan Islam tidak punya daulah dan kekhalifahan, ditindas seperti haiwan, sebahagian kita masih sibuk membid’ah, menyesat, menerakakan sesama umat Islam. Bertepuk tanganlah musuh-musuh Islam.

Terlupa bahawa Allah dan Rasul-Nya memerintahkan umat Islam untuk memperkuatkan diri dengan persenjataan dan keberanian, membela saudara-suadara yang kesusahan, mengembalikan daulah Islam dan kekhalifahan. Juga mencintai saudara seIslam yang lain walaupun berbeza pandangan dalam hal furu’, bukannya membid’ah, menyesat dan menerakakan mereka.

KepadaNya tempat kita mengadu.

*Masa bila pulak ana kafirkan orang? Kalau orang kafir, tak kan ana nak kata dia/mereka bukan orang kafir? Takkan nak kata orang-orang kafir tu muslim pulak? Mana yang kafir kita kata kafirlah, mana yang tak kafir kita tak kata kafirlah. Kan begitu?
*Cium kaki tokoh? Tak pernah ana buat pulak. Cium tangan orang tua-tua, orang-orang soleh tu adalah.
*Dakwaan tentang pakaian tertentu.... itu pun tak pernah pula ana buat.

Tukang pos gambar tu silap attack orang ni :)

Abu Zulfiqar
10 Jun 2014