Thursday, November 18, 2010

Situasi yang Mencuit

Saya duduk di kerusi, berhadapan dengan dua orang lelaki yang duduk bersebelahan di kerusi sebelah sana. Mereka rancak berbual.

Lelaki A kelihatan berusia sekitar awal 40-an (dengan tubuh badannya yang 'steady', kacak, rambut masih banyak, tidak beruban, penampilannya nampak muda, nada percakapannya kuat dan lancar) manakala teman bicaranya lelaki B kelihatan berusia sekitar 65 tahun (pada pandangan mata saya... berdasarkan kepalanya sudah botak sebahagian besar, janggut tebalnya penuh beruban, badan kecil dan nampak melengkung, nada percakapannya seperti orang yang sudah lemah tenaga).

Hakikat sebenarnya, lelaki A berusia 60 tahun manakala lelaki B baru berusia sekitar 48 tahun.

Anda tidak percaya?
Lebih baik percaya : )

No comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails