Sunday, November 28, 2010

Bandar Baharu November 2010


Tepi Sungai Kerian. Di sebelah sana sungai ialah negeri Perak. Nama sungai ini dikatakan berasal dari sebutan seorang pegawai Inggeris iaitu "kirian" (untuk menunjukkan sebelah kiri sungai).


Tepi sungai di sebelah Perak lebih cantik dan terjaga.


Laluan tepi sungai ini panjang juga. Sesuai untuk bersiar-siar. Macam biasa... tempat-tempat begini ada beberapa pasangan sedang bercengkerama. Tengok ana berserban, mereka nampak agak takut-takut : )


Dalam proses memusatkan tenaga untuk menyeberangi sungai di belakang tu dengan berjalan di atas air : )


Kakak : Air sungai tak henti-henti mengalir, para sufi tidak henti-henti berzikir. Tak gitu dik?
Adik : Betul, betul, betul!


Kami suuuka akan keindahan dan kenyamanan alam ciptaan Tuhan

No comments: