Seterusnya kita tengok nama-nama Yakjuj dan Makjuj. Ada pihak yang sebut nama dia Yajuj dan Majuj. Ada orang sebuat Gog and Magog- ini orang putih sebut. Dan ada juga satu kumpulan yang sebut iaitu (penganut) agama Hindu- Koku Kokuna (sebenarnya Koka Vikoka, penceramah tersasul dan selepas ini masih menyebut Koku Kokuna beberapa kali, macam watak cerita kartun pulak). Baik Yakjuj dan Makjuj, Yajuj Majuj, Gog Magog, Koka Vikoka, semua itu cerita pasal Yakjuj dan Makjuj.
Menurut Imam Tabari, para ulama berselisih dalam menentukan sebutan Yakjuj dan Makjuj, sama ada Yakjuj Makjuj ataupun Yajuj Majuj. Jadi yang popular dalam umat Islam Nusantara ni- Yakjuj Makjuj (sebenarnya kebanyakan kita sebut Yakjud Makjud).
Kemudian kita lihat Yakjuj dan Makjuj dalam al-Quran. Inilah sumber yang tersahih, sumber yang tidak rosak. Satu-satunya sumber yang tidak ada (langsung) kesalahan, yang tidak ada (langsung) kelemahan, iaitu al-Quran. Apa cerita Yakju dan Makjuj dalam al-Quran?
Matannya dalam bahasa Arab kita tak baca kerana kita kesuntukan masa. Tengok terjemahan terus.
“Sehingga apabila terbuka penghalang Yakjuj dan Makjuj, dan mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”
Apabila dinding ataupun tembok tadi, ataupun plaster tadi sudah terpecah, sudah terbuka, Yakjuj dan Makjuj ini akan turun daripada tempat yang tinggi. Apa maksud “tempat yang tinggi”? Macam-macam tafsiran. Ada kata turun dari gunung. Ada kata turun daripada kapal terbang... paracut. Ada kata turun dari langit. Macam-macamlah.
Sambung lagi.
“Dan hampirlah datangnya janji (hari kiamat) yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur (orang-orang yang engkar) terbeliak, sambil berkata dengan cemas, “Aduhai, celakanya kami! Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini. Bahkan kami telah mejadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
(Surah al-Anbia’: 96-97)
Jadi kesimpulan daripada ayat ini, cerita tentang Yakjuj dan Makjuj (dan hari kiamat) ini kita kena ambil tahu. Itu ayat itu kata, siapa yang tidak ambil tahu ini, (apa)bila datang Yakjuj Makjuj dia (orang itu akan ber)kata, “Aduhai, celakanya kami!”
Jadi Alhamdulillah lah malam ini kita ambil tahu sikit. Bukan hendak ambil tahu banyak, hendak ambil tahu sikit. Supaya sekiranya timbul Yakjuj dan Makjuj (memang pernah, sedang dan akan timbul pun), maka kita ada persediaan-persediaan yang boleh kita buat. Jangan sampai tidak ambil tahu langsung. Ayat ini kata, siapa yang tidak ambil tahu langsung, satu, “Celakanya kami!” Yang kedua “lalai”. Yang ke-3, “Menganiaya diri sendiri”. Alhamdulillah malam ini kita belajar tentang Yakjuj Makjuj sikit.
Samalah juga macam kisah Dajjal. Kena ambil tahu juga serba-sedikit. Kisah Imam Mahdi, kena ambil tahu juga. Nanti (apa)bila Imam Mahdi betul-betul muncul, kita tak tahu hendak buat apa sebab tidak ada persediaan. Kalau tahu sikit pun, kita tahulah juga gerak langkah Imam Mahdi macam mana, (dan) boleh kita sertai bersama-sama. Dan juga kedatangan Nabi Isa kali yang kedua.
Seterusnya satu lagi surah iaitu surah al-Kahfi dalam al-Quran yang menceritakan tentang Zulqarnain.
“Sehingga apabila dia (Zulqarnain) sampai di antara dua gunung, dia dapati di tepinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.”
Jadi Zulqarnain dengan tenteranya yang ramai yang besar ini, mereka mengembara, berperang- menyebarkan agama tauhid ketika itu. Sampai satu tempat di utara, antara dua gunung. Sampai di antara dua gunung. Sampai dekat situ, penduduk di kawasan itu, tentera Zulqarnain tak boleh faham bahasa mereka. Maksudnya jauhlah mereka (Zulqarnain dan tenteranya) ini sampai.
“Mereka berkata: “Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di muka bumi. Oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepada kamu, dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
Orang yang duduk di kawasan itu tak boleh lawan dah Yakjuj Makjuj, mereka suruh Zulqarnain tolong buat satu dinding untuk mereka.
“Zulqarnain menjawab: “Kekuasaan dan kekayaan yang Tuhanku jadikan aku menguasainya, lebih baik daripada bayaran kamu.”
Maksudnya tak payah bayarlah sebab Allah dah bagi aku macam-macam- duit, segala harta kemewahan semua aku dah dapat. Empayar besar pun aku dah dapat. Jadi kamu tak payahlah bayar apa-apa, aku boleh tolong buat.
“Oleh itu, bantulah aku dengan tenaga kamu beramai-ramai.”
Cuma satu saja nak minta- tolong kerja sama-sama hendak buat tembok.
“Aku akan bina antara kamu dan mereka, sebuah tembok penutup yang kukuh.”
Baik, Iskandar Zulqarnain ini dia orang yang handal. Tenteranya pun tentera yang sangat handal. Mereka menguasai hampir seluruh dunia. Tapi kenapa Zulqarnain tidak pergi serang Yakjuj dan Makjuj? Dia kuat, tenteranya pun besar. Tapi kenapa dia tidak pergi serang terus?
Bahkan dalam al-Quran kata, Zulqarnain ini “dimudahkan segala perkara”. Dia hendak apa pun (insyaallah) boleh dapat. Kenapa dia tidak pergi lawan terus dengan Yakjuj Makjuj? Senang saja (jika) dia hendak bunuh semua.
Jadi adalah beberapa sebab yang digariskan oleh para ulama. Yang pertama, kemungkinan Zulqarnain kalau dia lawan pun mungkin dia tidak boleh menang sebab Yakjuj dan Makjuj ini ramai sangat. Sebab yang kedua- ini sebab yang kukuhlah, belum sampai masanya lagi nak bunuh Yakjuj dan Makjuj. Belum datang perintah Allah (pada zaman itu) supaya bunuh Yakjuj Makjuj.
Sebab zaman Zulqarnain ini, dia hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim. Bahkan dalam tentera dia pun (dikatakan) ada Nabi Khidhir. Jadi Zulqarnain ini biasa dengan para nabi. Para nabi ini pula, mereka terima wahyu. Boleh jadi dalam wahyu-wahyu yang mereka terima mengatakan Yakjuj dan Makjuj ini akan hidup sampai akhir zaman. Jadi belum masanya hendak pergi bunuh. Belum sampai perintah Allah supaya berperang dengan Yakjuj Makjuj. Kalau hendak pergi lawan pun, tak boleh (menang), (mungkin) kalah mereka (tentera Zulqarnain) ini. Jadi belum sampai perintah Allah, Zulqarnain pun tidak pergi lawan. Sungguhpun dia ada kekuasan hendak lawan, tapi dia tidak pergi lawan. Dia cuma buat benteng saja.
Samalah juga kisah zaman Nabi (Muhammad) dulu, ada satu orang budak kecil. Budak kecil ini luar biasa. Kalau para sahabat tanya dekat dia, siapa dia Rasulullah? Dia kata akulah rasulullah. Budak kecil ini tadi. Dia tak kata Muhammad Rasulullah tetapi kata akulah rasulullah.
Jadi para sahabat kata budak ini mungkin Dajjal. Jadi sahabat ambil pedang hendak bunuh budak ini. Nabi Muhammad kata nanti dulu. Sebab apa Nabi Muhammad kata macam tu? Sekiranya budak ini bukan Dajjal, kamu bunuh dah salah orang. Kalau betul dia Dajjal, kamu nak bunuh budak itu, tak boleh bunuh! Sebab sudah disebut dalam hadith-hadith, Dajjal ini sampai akhir zaman. Sampai dekat hari kiamat baru dia mati dibunuh oleh Nabi Isa.
Jadi sahabat hebat setara mana pun, Nabi Muhammad hebat setara mana pun, tak boleh bunuh Dajjal (ketika itu). (Kerana) Belum sampai perintah hendak bunuh Dajjal. Sebab itu Ibnu Sayyad, budak kecil ini tadi, para sahabat tak boleh bunuh, Nabi Muhammad kata jangan bunuh. Dia hendak mengaku dia nabi pun suka hati dialah. Tidak boleh kacau dia.
Samalah cerita Zulqarnain dengan Yakjuj Makjuj. Boleh jadi belum sampai masa Yakjuj Makjuj ini hendak dihapuskan. Jadi Zulqarnain tidak pergi perang, dia cuma buat tembok.
Sambung pasal Zulqarnain.
“Bawalah kepada aku ketul-ketul besi sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ia pun memerintahkan mereka membakarnya dengan berkata, “Tiuplah dengan alat-alat kamu”, sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah ia, “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan ke atasnya.”
Kata Zulqarnain (dia) hendak pekerja, hendak bahan mentah. Di kawasan bukit itu rupanya senang dapat besi. Jadi kumpul besi setempat, bakar sampai menyala merah, dituangkan tembaga, disalut dengan tembaga supaya kukuh. Itu cara teknologi zaman dulu.
Dan kalau mengikut kajian, sekarang dinding ini ada dekat dengan Chechnya. Atas dari Palestin, dekat dengan Chechnya. Ada dulu dinding besi tapi dinding besi itu sudah pecah. Orang dari utara hendak mai ke selatan ini mesti lalu jalan itu saja, sebab kiri kanan ini bukit tinggi. Jadi kononnya Zulqarnain buat tembok besi di kawasan itulah, tapi tembok besi itu sudah pecah, tinggal sisa-sisanya saja. Maksudnya, Yakjuj dan Makjuj ini sudah keluar dah sebenarnya, cuma dia tidak datang menyerang (sebagai Yakjuj DAN Makjuj) saja lagi. Keluar dah keluar dah.
“Maka mereka (yakni Yakjuj dan Makjuj) tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat meneboknya.”
(Dinding itu di) Buat daripada tembaga. Daripada besi bersalut tembaga, tinggi macam gunung. Na panjat tak lepas. Nak buat lubang pun tak lepas.
“Setelah itu berkatalah Zulqarnain, “Inilah suatu rahmat daripada Tuhan aku. Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur-lebur. Dan adalah janji Tuhanku itu benar.”
Kata Zulqarnain, aku buat benda ini sementara saja. Suatu hari nanti tembok ini akan musnah juga. Dan terbuktilah sekarang tembok itu sudah musnah.
Seterusnya kita melihat Yakjuj dan Makjuj dalam agama Hindu. Dalam mana-mana agama (yang asalnya benar) pun sebenarnya ada cerita pasal Yakjuj dan Makjuj. Cuma agama-agama ini mungkin telah terseleweng, jadi ceritanya pun tidak berapa tepat. Tapi kita dengar, tengok tepat tak ceritanya.
Mengikut sumber-sumber Hindu, ada dua orang saudara kembar bernama Koka dan Vikoka. Dua orang saudara kembar ini berkhidmat sebagai pemimpin, sebagai jeneral di bawah kekuasaan Iblis. Dua orang saudara Koka dan Vikoka ini pemimpin, tapi mereka punya ketua nombor satu ialah Iblis. Mereka ini daripada bangsa manusia, Iblis itu daripada bangsa jin.
Mereka mahir dalam peperangan. Mereka sangat kuat hinggakan para dewa pun berasa gentar dengan mereka. Tuhan-tuhan Hindu pun takut dengan Koka Vikoka, sebab kuat sangat. Tidak ada cara dan senjata yang dapat menumpaskan mereka sekiranya mereka bergabung. Kalau Koka dengan Vikoka tadi bercantum dua datang menyerang, senjata jenis apa pun tidak boleh bagi kalah. Di akhir nanti kalau sempat, kalau tak sempat kita sambung minggu depan... akan cerita macam mana cara Yakjuj dan Makjuj dihapuskan. Senjata buatan manusia tak boleh makan. Kena tentera Allah juga datang. Tentera Allah datang berupa ulat-ulat, baru mereka ini kalah. Manusia lawan tak boleh. Imam Mahadi lawan tak lepas, Nabi Isa lawan pun tak lepas.
Sambung lagi (sumber Hindu).
(Setakat itu saja rakaman yang ada. Wallahualam)
7 comments:
Assalamu'alaikum wbt saudara abu zulfiqar... apa khabar?...
Nampaknya saudara mempunyai masa yang banyak skrg ini untuk melekat di forum Bincang.net
Baguslah begitu... mudah-mudahan usaha saudara diberkati Allah selalu...
assalamualaikum
ustaz masih duk di mesir ke?
Wlksm sahabat lama- Achik/ Fosilmitra,
Tak banyak juga, sesekali berziarah. Cuma melihatkan forum agama di situ agak 'slow' sekarang, jadi saya 'buat-buat kecoh' le sikit. Bukan apa, sekadar hendak memeriahkan.
Terima aksih sudi datang ke mari.
Wlksm Syauqi,
Ada salah info tu. Ana tak pernah ke Mesir. Mungkin anta maksudkan ustaz lain kot.
Boleh jadi juga Akh Alexandericairo. Namanya kan dekat-dekat Alexanderwathern.
Oh ya, nak tanya jugak.... gambar kat meja komputer tu memang gambar anta ke?
(Tembok Yakjuj & Makjuj terbuka)
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada yang mampu menebuk tembok kecuali apabila Allah swt mengizinkan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan.
Sebaliknya dan di dalam satu hadis, Nabi bangkit dari tidur [dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi], lalu berkata, “Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Ya’juj dan Ma’juj telah menembusi tembok seluas ini.” Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk.
Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!
Tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu bermaksud jika Allah swt tidak mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan. Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah.
Artikel penuh di: http://muslimvillage.wordpress.com/2009/07/10/gog/
Assalamualaikum..
Bercerita tentang yajuj majuj semua orang akan ada mcm2 andain..
Tapi kebanyakan terlalu terpengaruh dengan ideolagi barat dan filem2 barat.Sepatutnya umat islam akhir zaman sekarang tahu apa itu yajuj majuj..
BIAR sy kongsi sedikit pasal yajuj majuj.
Bermula dari haram nya makan khinzir.Setiap agama asalnya di nyatakan haram mkn dgg babi,termasuk dlm alquaran..tapi dlm alquaran tak di haramkan pegang babi..Umat Nabi muhammad adalah umat yg terakhir,jadi mereka ambil pelajaran dari kisah2 yg lepas.mereka menetapkan haram sentuh babi dan dididik semua anak2 islam,dan sampai sekarang sudah 1400 tahun setiap umat islam takut nk dekat dengan babi..dan cara ini sgt berhasil dan dapat mencegah umat islam makan babi
KENAPA HARAM MAKAN BABI?BUKAN KE BABI TU CIPTAAN ALLAH?
HANYA ALLAH SAJA MENGETAHUI HAL2 GHAIB DN ADA JUGA MANUSIA DI IZINKAN ALLAH UNTUK MENGETAHUI HAL GHAIB,TAPI MENGIKUT KETETAPAN DAN MASA..BUKAN SEBARANGAN.
JADI DENGAN KEMAJUAAN KITA SEKARANG NI,RAMAI DAH TAHU DLM DGG BABI TERDAPAT BELATUNG.WALAUPON MCM TU ADA JUGA KAUM2 YG SUKA MCM BABI..
JIKA KITA BACA HAFIS..YAJUJ MAJUJ AKAN MUSNAH BILA ULAT2 MEMAKAN OTAK MEREKA..(mana datang ulat tu??)
Jawapan nya ulat tu dlm dgg babi..ulat tu akan active sepenuhnya dan akan membinasakan perumah mereka tak kira babi atau manusia ini akan tetjadi mengikut ketetapan Allah..jika tengok pada keadaan cuaca sekarang benda yg sy cerita ni akan berlaku xlama lagi..
Sekian terima kasih
Post a Comment