Monday, March 9, 2009

Benarkah Alexander the Great ialah Zulqarnain?





ALEXANDER THE GREAT (ISKANDAR ZULKARNAIN)
Antara tokoh yang menolak Alex Macedonia sebagai Zulqarnain ialah al-Hafiz Ibnu Kathir ad-Dimasyqi, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, an-Nadwi, Imam Bukhari dan Syed Qutb.
Kata an-Nadwi, “…pendapat (yang mengatakan Alex sebagai Zulqarnain) adalah tidak logik kerana Alexander Macedonia tidak mempunyai sifat yang ada pada Zulqarnain sebagaimana yang dinyatakan oleh Al Quranul Karim.”
Kata Ibnu Qayyim, “Dia (Alex) ialah anak Phillips, bukannya Zulqarnain yang dikisahkan oleh al-Quran. Bahkan perbezaan masa antara kedua-duanya adalah sangat lama. Agama mereka berdua juga memberikan satu jurang yang amat luas……. Manakala al-Macedonia ini ialah musyrik dan penyembah berhala.”
Kata Ibnu Taimiyyah, “Sesungguhnya Zulqarnain berada dalam satu zaman yang terlalu jauh darinya (Aristotle) dan beliau membina benteng Yakjuj dan Makjuj.”

(Sumber- buku ‘Iskandar Zulkarnain’ oleh Muhammad Khair Ramadhan Yusuf)
Mengikut tradisi Islam, Zulqarnain dipercayai HIDUP SEKITAR 2000 SM iaitu pada zaman Nabi Ibrahim.
Al-Azrazi dan selainnya menyebutkan bahawa Zulqarnain telah memeluk Islam (agama tauhid) melalui Nabi Ibrahim as dan dia telah melakukan tawaf di Kaabah bersama-sama Ibrahim dan anaknya Ismail as.
Dikatakan juga oleh juga oleh asy-Syeikh al-Liji dalam tafsirnya bahawa Zulqarnain hidup pada zaman Nabi Ibrahim dan melakukan tawaf di Baitullah bersama-sama.
Telah diriwayatkan dari Abid bin Emir dan anaknya serta orang lain bahawa Zulqarnain datang untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki. Apabila Ibrahim mendengar berita kedatangannya lalu dia pergi bertemu dengannya. Di sana kedua-duanya berkumpul. Nabi Ibrahim mendoakan untuknya serta memberikan beberapa wasiat kepadanya.
Dalam kitab Muhadharah al-Awa’il dinytakan bahawa Nabi Ibrahim berkumpul di Kota Mekah bersama-sama Zulqarnain.
Hasan al-Basri berkata, “Dia (Zulqarnain) berada bersama-sama Ibrahim di Wadi Tujuh apabila baginda meninggalkan kaumnya.
Ibnu al-Jauzi berkata, “Apa yang benar, Zulqarnain berada pada zaman Nabi Ibrahim as.”
Ibnu Hajar percaya Zulqarnain pergi menunaikan haji dengan berjalan kaki dan bertemu dengan Nabi Ibrahim.
(Sumber- buku ‘Lelaki Misteri dalam al-Quran’)

Imam Ghazali dalam kitabnya al-Munqiz min adh-Dhalal MENGKAFIRKAN Socrates, Plato dan Aristotle serta umat Islam yang mengikut mereka seperti Ibnu Sina dan al-Farabi. Besar sekali kemungkinannya Alexander Macedonia juga dikafirkannya kerana Alex murid Aristotle, Aristotle murid Plato dan Plato murid Socrates.
Tulis al-Ghazali;
“…….maka sewajarnya mereka (Socrates, Plato dan Aristotle) itu DIANGGAP KAFIR dan juga mengkafirkan pengikut-pengikut mereka dari kalangan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi.”



'BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW'

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

No comments: