Mukhriz
tidak pernah berguru dan belajar ilmu al-islam (fekah). Tapi
dia selalu mempertikai
hal ehwal fekah yang dalam-dalam.
Maka,
susahlah
untuk kita mengambil ilmu fekah daripada Mukhriz.
Mukhriz
janganlah terasa hati.
Osman
pernah berguru dan belajar ilmu al-iman (akidah) tapi sangat sedikit
lagi sekejap. Kini
dia rajin mempertikai
hal ehwal aqidah dan tauhid di mana-mana. Maka,
susahlah untuk kita menerima HURAIAN
ilmu akidah daripada Osman. Osman janganlah terasa hati.
Zainal
mengaku ada berguru dan belajar ilmu al-ihsan (tasawuf), tapi setakat
yang dimaklumi orang bahawa yang disebutkannya sebagai gurunya itu
TIDAK
AHLI pun
dalam ilmu tasawuf tapi ahli dalam juzuk ilmu agama yang lain. Jika
ada pengetahuan tasawuf pun sekadar yang asas2 sahaja. Maka, susahlah
untuk kita meyakini huraian Zainal berkaitan tasawuf. Zainal
janganlah terasa hati.
Khairi
sering menunjukkan pengetahuannya tentang as-saah (akhir zaman, zaman
akhir dsb), tapi sanad ilmu as-sa’ahnya terputus. Dia rajin memberi
komentar di sana-sini. Maka, susahlah untuk kita memakai
pandangan2nya tentang as-sa’ah. Khairi janganlah berkecil hati.
Zuki
sangat gemar mengkritik ke sana ke mari tentang hukum-hakam. Tapi
Zuki tidak ada sanad ilmu fekahnya. Dia ambil dari mana? Maka,
susahlah untuk kita mempercayai kata-kata Zuki dalam bidang fekah.
Zuki janganlah ambil hati.
Adi
sangat banyak bercakap soal tauhid. Tapi dalam sanadnya ternyata ada
banyak nama orang termasuklah gurunya yang dimaklumi sebagai bukan
ahli dalam tauhid. Maka, susahlah untuk kita menerima pandangan2nya
tentang tauhid. Adi kenalah belajar2 menerima penolakan orang.
Begitulah
UMUMNYA, bukan sepenuhnya.
Ilmu2
agama daripada 4 tungku ad-diin ini, kita bukan boleh main pakai
ambil, terima atau reka2 sahaja. Berbahaya
kepada agama dan umat. Jangan
dicari ilmu pada yang bukan tempatnya, kerana sudah tentu tidak akan
ditemui. Ibarat mencari
ilmu tentang biji bola mata kepada pakar bunga-bungaan. Dia memang
pakar, tapi bukan dalam hal ehwal biji bola mata. Begitu
juga jika cuba
menuntut menuntut
ilmu tentang jantung tetapi kepada pakar dalaman telinga.
3/5/24