Monday, August 7, 2023

Mencari Maksud Selawat Pada Tahun 1999 (bah. 2 - akhir)

 

LANGKAH KELIMA : “Selawat” Dalam Tahiyat


Kemudian sahaya cuba dengan selawat yang di dalam tahiyyat, yang biasa kita sebut sebagai Selawat/ Solawat Ibrahimiyah. Ketika itu sahaya ada terfikir, “Sesuaikah disebut dalam bahasa Melayu sebagai selawat, atau lebih sesuai disebut dalam bahasa Melayu dengan istilah lain seperti SOL, atau SOLLA, atau diMelayukan bunyinya jadi SOLA? ...............” Wallahua’lam.


Tak mengapa, sahaya cuba teliti dulu istilah2 yang digunakan dalam Selawat Ibrahimiyah ini :

Allahumma SOLLI ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad

kama sollaita ‘ala Ibrahim, wa ‘ala ali Ibrahim.”

Wabarik ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad

kama barakta ‘ala Ibrahim, wa ‘ala ali Ibrahim.”


Maka pengertiannya dalam bahasa Melayu akan menjadi :

Wahai Allah SANJUNGKANLAH/ PUJIKANLAH kepada Muhammad dan (SANJUNGKANLAH/ PUJIKANLAH) kepada keluarga Muhammad,

sebagaimana SANJUNGAN/PUJIAN ENGKAU kepada Ibrahim dan (SANJUNGAN/ PUJIAN ENGKAU) kepada keluarga Ibrahim.”

Wahai Allah BERKATKANLAH kepada Muhammad dan (BERKATKANLAH) kepada keluarga Muhammad,

sebagaimana BERKAT ENGKAU kepada Ibrahim dan (BERKAT ENGKAU) kepada keluarga Ibrahim.”


Nampak macam kena!


Bolehlah direnungkan bandingan maksudnya jika ditukarkan dengan yang pengertian2 seperti :


i) “ Wahai Allah DOAKANLAH kepada Muhammad dan (DOAKANLAH) kepada keluarga Muhammad

sebagaimana DOA ENGKAU kepada Ibrahim dan (DOA ENGKAU) kepada keluarga Ibrahim.”


ii) “ Ya Allah DOAKANLAH KERAHMATAN/ KEBERKATAN kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana DOA KERAHMATAN/ KEBERKATAN ENGKAU kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim.”


iii) Wahai Allah RAHMATKANLAH/ BERKATKANLAH kepada Muhammad dan (RAHMATKANLAH/ BERKATKANLAH) kepada keluarga Muhammad sebagaimana RAHMAT/ BERKAT ENGKAU kepada Ibrahim dan (RAHMAT/ BERKAT ENGKAU) kepada keluarga Ibrahim.

(*Yang ini agak sesuai, cuma kurang sesuai apabila RAHMAT itu dikaitkan dengan ketiga2 isi kandungan ayat Al-Quran Surah Al-Ahzab ayat 56 di atas tadi)


...dan macam-macamlah lagi yang sahaya cuba suaikan agar nampak “masuk” pengertian selawat itu dengan isi kandungan ayat Al-Quran itu DAN selawat Ibrahimiyah ini. Hasilnya ketika itu, sahaya dapati pengertian SOL/ SOLLA itu memang sesuai sebagai SANJUNG atau PUJI dalam bahasa Melayu. Dan sekiranya diminat memilih salah satu antara kedua-duanya, sahaya lebih suka memilih SANJUNG. Wallahua’lam.


Jika mahu dikaitkan SOL itu dengan DISERU dan yang seumpama dengannya (seperti kata salah seorang “pendebat” dalam video itu), memang tidak kena. Sebagaimana yang kita sedia maklum, perkataan “Allahumma” itu biasanya (bukan semestinya) digunakan sebagai permulaan doa yang ertinya “Wahai Allah” atau “Ya Allah” atau “Oh Allah”. Contohnya dalam doa makan :


اَللّٰهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


atau doa dan bacaan selepas solat seperti :

Allahumma ajirna minannar.”

Allahumma antas salamu waminkassalam.......”

Alahumma inna nas aluka ridha ka wal jannah.......”

Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin........”

dan banyak lagi.


Dalam Al-Quran juga ada disebut “Allahumma”. Contohnya :

Katakanlah : “ALLAHUMMA (wahai Allah) yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata.” (Az-Zumar : 46)

dan beberapa ayat Al-Quran lagi.


Perkataan “wahai” diucapkan untuk mendapatkan perhatian daripada yang diminta perhatian. Untuk raja2 khususnya zaman dahulu kala, kurang sopan untuk hamba rakyat memulakan sapaan, permohonan atau puji-pujian dengan “hei”, “hoi”, “hai”, “oit” dan sebagainya. Perkataan “wahai” itu menunjukkan adab yang tinggi. Jika dengan raja2 dalam kalangan makhluk pun sudah sebegitu, apatah lagi dengan Raja Sebenar Raja iaitu Allah SWT. Sebab itulah digunakan kalimah “Allahumma”. Wallahua’lam.


Jika kalimah “Allahumma solli ‘ala Muhammad itu” bermaksud “Allah DISERU kepada Muhammad”, maka keseluruhan is selawat itu akan jadi kacau dari segi maknanya :


ALLAH DISERU kepada Muhammad dan (ALLAH DISERU) kepada keluarga Muhammad

sebagaimana (ALLAH) DISERU kepada Ibrahim dan (ALLAH DISERU) kepada keluarga Ibrahim.”


Dikatakan kononnya menurut salah seorang “pendebat” bahawa apabila Allah diseru kepada Muhammad bererti Muhammad itulah Allah, maka... bagaimana dengan keluarga Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim yang ALLAH DISERU juga kepada mereka? Adakah mereka semua juga Allah? .......

Tentunya tidak!


(*Hanya yang 100% Allah sahajalah yang Allah)



LANGKAH KEENAM : Selawat Pada Awal Tahiyat


Dalam tahiyat, kita biasa membaca : “At-tahiyyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.”

Kata-kata ini ditujukan kepada Allah, bukan kepada Nabi Muhammad saw atau lain-lain.


i) At-tahiyyah = (maksud tahiyyah ini kita bicarakan pada ketika yang lain kerana kita hendak tumpukan kepada maksud selawat dan yang bersangkutan dengannya sahaja dalam penulisan kali ini)

ii) Al-mubarakah = Keberkatan2 (atau segala keberkatan)

iii) As-SOLAWAH = Sanjungan2/ Pujian2 (atau segala sanjungan/ segala pujian)

iv) Taiyibah = Kebaikan2 (atau segala kebaikan)


Ketika itu sahaya perhatikan bahawa dalam kalimah awal tahiyat ini, perkataan yang digunakan kepada Allah ialah SOLAWAT (SELAWAT), bukan SOL atau SOLAT.


Maka pengertian penuhnya lebih kurang bererti :

Tahiyyat, keberkatan-keberkatan, SANJUNGAN-SANJUNGAN/ PUJIAN-PUJIAN, kebaikan-kebaikan adalah untuk Allah.”

(Tambahan perkatan “...AT” di belakang itu menunjukkan BANYAK)


Sesuai juga jika disebut, “Tahiyat, SEGALA KEBERKATAN, SEGALA SANJUNGAN/PUJIAN, SEGALA KEBAIKAN adalah untuk Allah.”


Tetapi perhatikan jika kalimah SOLAWAT/ SELAWAT itu dicubatukarkan dengan maksud2 yang lain :


  1. Tahiyyat, keberkatan2, DOA2, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”

Tahiyyat, keberkatan2, DOA2 KERAHMATAN, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”

Tahiyyat, keberkatan2, DO2 KEBERKATAN, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”

Tahiyyat, keberkatan2, MEMBERIKAN RAHMAT, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”

Tahiyyat, keberkatan2, SOLAT2, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”

Tahiyyat, keberkatan2, SEMBAHYANG2, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”

Dan pelbagai lagi cuba diserasikan.


Jika dicubajayakan dengan pengertian si “pendebat” dalam video itu pula, mungkin jadi :


Tahiyyat, keberkatan2, SERUAN2, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”

Tahiyyat, keberkatan2, DISERU2, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”

Tahiyyat, keberkatan2, BERSERU2, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”


Lalu sahaya nampak bahawa SOLAWAT (SELAWAT) bererti SANJUNGAN-SANJUNGAN atau PUJIAN-PUJIAN. Ia juga boleh membawa erti SEGALA SANJUNGAN atau SEGALA PUJIAN. Ia tidak sekadar SANJUNGAN atau PUJIAN sahaja.


Dalam konteks ini, terlihat bahawa SOLAWAT iaitu SANJUNGAN2/ PUJIAN2 atau SEGALA SANJUNGAN/ SEGALA PUJIAN adalah untuk Allah.

Sementara untuk Nabi pula ialah SOL/ SOLLA iaitu SANJUNGAN atau PUJIAN sahaja.

Begitulah pemahaman sahaya pada masa itu. Wallahua’lam.


Maka, mungkin lebih sesuai jika dikatakan :

Marilah kita BERSOLAWAT/ BERSELAWAT kepada Allah” dan “Marilah kita BERSOL/ BERSOLLA kepada Nabi”? Wallahua’lam.



LANGKAH KETUJUH : Sol dalam Pelbagai Selawat


Seterusnya sahaya cari pula pelbagai jenis bacaan selawat kepada Nabi saw. Ada begitu banyak lafaz selawat Nabi sama ada yang asal atau yang dikarang kemudian. Ringkas kata, semuanya bermula dengan “ALLAHUMMA SOLLI.......” dan berisi perkataan SOL iaitu SOLLI. Bukan perkataan SOLAT atau SOLAWAT.


Apakah maksud kalimah “Allahumma SOLLI ‘ala Muhammad”?

Wahai Allah, SANJUNGKANLAH/ PUJIKANLAH kepada Muhammad.


Begitulah dapatan ketika itu.



LANGKAH KELAPAN : Sol dalam Hadith2


Sahaya cuba gantikan perkataan berkaitan selawat dan sahaya dapati penggunaan maksud SANJUNGAN/ PUJIAN memang kena dengan segala keadaan.


فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا


Sesiapa MENYATAKAN SANJUNGAN (SOLLA) kepada aku SATU SANJUNGAN (SOLATAN), maka Allah akan MENYATAKAN SANJUNGAN ke atasnya sepuluh kali.” (Muslim)


وَصَلُّوا عَلَيَّ ، فَإنَّ صَلاَتَكُمْ تَبْلُغُنِي حَيْثُ كُنْتُمْ


Maka NYATAKANLAH SANJUNGAN (SOLLU) kepada aku kerana sesungguhnya PERNYATAAN SANJUNGAN KALIAN (SOLATAKUM) dapat sampai kepada aku di mana sahaja kalian berada. (Abu Daud)



الْبَخِيلُ الَّذِي مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ


Orang yang kedekut (bakhil) itu ialah orang yang ketika aku disebut tetapi dia tidak MENYATAKAN SANJUNGAN (YUSOLLI) ke atas aku. (Turmizi)


... dan banyak lagi.

Jika Allah YUSOLLU kepada Nabi itu menjadi pujian Allah kepada Nabi di hadapan para malaikat-Nya, maka benarlah. Ia tidak bertentangan dengan YUSOLLU yang bermaksud menyanjung atau memuji.

Jika para malaikat YUSOLLU kepada nabi itu menjadi doa mereka untuk nabi, maka tidak bertentangan juga dengan YUSOLLU yang bermaksud menyanjung atau memuji kerana sanjungan dan pujian yang ikhlas itu juga termasuk mendoakan.

Jika manusia dan jin YUSOLLU kepada nabi itu menjadi doa mereka untuk nabi, maka tidak bertentangan juga dengan YUSOLLU yang bermaksud menyanjung atau memuji kerana sanjungan dan pujian yang ikhlas itu juga termasuk mendoakan.



KESIMPULAN


Berdasarkan dapatan sahaya pada ketika itu :

1. Solawat (selawat) iaitu SANJUNGAN-SANJUNGAN atau SEGALA SANJUNGAN nampaknya lebih sesuai untuk Allah SWT.

2. Sol/ Solla iaitu SANJUNGAN pula adalah untuk Nabi saw.


3. Maka maksud :

i) “Selawat kepada Nabi” menurut bahasa Melayu yang paling sesuai ialah : “MENYATAKAN SANJUNGAN kepada Nabi.”

ii) “Berselawatlah kepada Nabi” ertinya “NYATAKANLAH SANJUNGAN kepada Nabi.”

iii) “Banyakkanlah berselawat kepada Nabi” ertinya “Banyakkanlah MENYATAKAN SANJUNGAN kepada Nabi.”

iv) “Inilah jenis-jenis selawat kepada Nabi” ertinya “Inilah jenis-jenis PERNYATAAN SANJUNGAN kepada Nabi.”

v) “Apa selawat kepada Nabi yang kamu amalkan?” ertinya “Apa PERNYATAAN SANJUNGAN kepada Nabi yang kamu amalkan?”

4. Jika kita mengertikan SOL atau SOLLA itu sebagai SANJUNGAN, kita akan dapati ia sesuai digunakan pada mana-mana keadaan (dalam ayat al-Quran, dalam hadith2, dalam penggunaan harian) tanpa wujud pertentangan.

5. Orang2 yang berpendapat bahawa “YUSOLLU” itu ertinya memuji atau menyatakan pujian (dan lain-lain), hal itu memang biasa kita jumpa. Cuma2 orang2 yang berpendapat bahawa “YUSOLLU” itu ertinya menyanjung atau menyatakan sanjungan, sejak 1999 itu sampailah sekarang, sahaya belum ketemu lagi. Sekiranya ada, maka sahaya sangat bersyukur kerana ada orang yang sepandangan dengan guru sahaya dan sahaya sendiri dalam hal ini.


Dan akhir sekali, sebagai menjawab pertanyaan saudara yang bertanya (yang menyebabkan penulisan ini terhasil) :

1. Sahaya tidaklah sependapat dengan “pendebat” pertama dalam video tersebut iaitu saudara ND yang mengatakan bahawa perkataan SOL tidak punya sebarang maksud.

2. Sahaya juga tidaklah sependapat dengan “pendebat” kedua iaitu saudara SM bahawa “Allahummasolli ‘ala Muhammad” itu ertinya “Allah diseru kepada Muhammad”.


Wallahu’alam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

2/8/23


TAMAT

Thursday, August 3, 2023

Mencari Maksud Selawat Pada Tahun 1999 (bah. 1)

 

Pada minggu lepas, seorang hamba Allah bertanya kepada sahaya tentang maksud perkataan SELAWAT. Mengapa dia bertanya? Menurutnya, dia ada menonton satu video “perdebatan” antara dua orang. Dalam video itu, salah seorang daripada mereka mengatakan perkataan SOL (pada solawat atau selawat) itu TIADA SEBARANG MAKNA manakala yang seorang lagi pula mengatakan bahawa kalimah “Allahumasolli ‘ala Muhammad” itu ertinya Allah DISERU kepada Muhammad. Oleh sebab itu hamba Allah ini pun berasa ingin tahu.


Persoalan oleh hamba Allah ini mengingatkan sahaya akan pengalaman sahaya pada awal tahun 1999. Ketika itu sahaya ada bertanya kepada guru mursyid sahaya tentang maksud selawat iaitu selawat nabi atau selawat kepada nabi yang selalu kita sebut2 itu. Terus sang mursyid mengatakan yang dia memang mahu menugaskan sahaya untuk mencari erti selawat. Macam tahu2 pula.


Ketika itu sahaya belum ada komputer, telefon bimbit, komputer riba dan yang seumpamanya. Nak tekan keyboard komputer pun tak berani, takut hilang data. Pada akhir tahun 1999 barulah pertama kali sahaya mempunyai PC dan internet. Jadi, memang susah jika hendak menyelesaikan satu2 tugasan berkaitan dengan maklumat. Selama lebih kurang tiga bulan ke sana ke mari, jumpa orang itu orang ini, beli buku2/ kitab2, pinjam buku2/ kitab2, tulis guna tangan, guna mesin taip lama, dengan keterbatasan pengetahuan bahasa Arab, ke pusat sumber, ke perpustakaan2, menelefon ke sana sini di pondok telefon... alangkah jauh mudahnya zaman sekarang.


Jadi, dalam penulisan ini sahaya akan kongsikan pengalaman sahaya dalam mencari erti selawat dalam bahasa Melayu KETIKA ITU (setakat yang sahaya ingat lebih kurang). Di samping itu penulisan ini juga akan cuba menanggap pandangan kedua-dua orang “pendebat” tersebut.



LANGKAH PERTAMA – Kumpul Pengertian2 Selawat


Pada awalnya sahaya kumpulkan pengertian selawat dalam bahasa Melayu daripada pelbagai sumber. Antaranya dikatakan selawat itu bermaksud doa, memuliakan, ada yang menulisnya selawat sahaja tanpa terjemahan, solat, pujian, memohon rahmat, kasih sayang, doakan rahmat, melimpahkan berkat, rahmat, mendoakan rahmat, memberikan berkat, memohon ditambahkan kemuliaan kepada Nabi, dan macam-macam lagi.


Untuk penulisan ini, kita campur pula dengan maksud selawat yang diceritakan oleh hamba Allah dalam video itu iaitu perkataan SOL pada SOLAWAT itu ertinya diseru/ dipanggil/ dinobat atau mungkin juga seru/ panggil/ nobat. Menurutnya, “Allahumma SOLLI ‘ala Muhammad” itu ertinya :

- Allah itu diseru kepada Muhammad, atau dalam kata lain

- Allah diseru kepada Muhammad

- Allah itu dipanggil kepada Muhammad

- Allah dipanggil kepada Muhammad

- Allah itu dinobat kepada Muhammad

- Allah dinobat kepada Muhammad



LANGKAH KEDUA – Berfikir Yang Mana Satu


Sahaya pun (zaman itulah) terfikir, yang mana satukah pengertian yang tepat, atau lebih tepat, atau lebih sesuai dalam banyak2 pengertian yang sesuai?



LANGKAH KETIGA – Mencari Selawat Yang Berkait Dengan Nabi


Dengan sangat dhaifnya ilmu ketika itu, sahaya pun cuba mencari perkataan SELAWAT/ SOLAWAT/ SHOLAWAT yang dikaitkan dengan Nabi saw di dalam Al-Quran dan hadith2. Namun sahaya tidak berjumpa perkataan SOLAWAT yang dikaitkan dengan Nabi saw. Cuma sahaya ada terjumpa perkataan SOLAWAT yang dikaitkan dengan Allah iaitu dalam bacaan tahiyat.


Hal ini membuatkan sahaya lebih teruja kala itu untuk meneruskan pencarian. Al-maklumlah, biasa kita dengar orang sebut selawat Nabi, berselawatlah, banyakkan selawat, mari kita berselawat, selawat ke atas Nabi, dan sebagainya, tiba2 kita tidak terjumpa kalimah SOLAWAT yang dikaitkan dengan Nabi! Yang ditemui hanya perkataan SOL (dan seumpamanya seperti SOLLI, YUSOLLI, YUSOLLI) dan SOLAT dikaitkan dengan baginda.




LANGKAH KEEMPAT – Meneliti Selawat Di Dalam Al-Quran


Sahaya terjumpa satu ayat yang cukup masyhur dilantunkan iaitu :


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ


Perkataan yang digunakan dalam ayat ini ialah SOL iaitu YUSOLLU dan SOLLU. Bukannya perkataan SOLAT atau SOLAWAT.


Cari punya cari, akhirnya sahaya menemukan dua padanan istilah yang kena dengan keseluruhan ayat di atas.


Maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya MENYATAKAN SANJUNGAN/ MENYATAKAN PUJIAN (yusollu) kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, NYATAKANLAH SANJUNGAN/ NYATAKANLAH PUJIAN (sollu) kamu kepadanya.”(Al-Ahzab : 56)


Maksud SANJUNGAN atau PUJIAN ini nampak kena betul dengan kedua-dua YUSOLLI dan SOLLU sekaligus tanpa kacau sesamanya, baik untuk Allah, malaikat2 atau untuk orang2 beriman.


Jika digantikan perkataan SANJUNGAN/ PUJIAN kepada perkataan2 lain, kelihatan kurang tepat (walaupun banyak benar) dengan maksud ayat tersebut, fikir sahaya ketika itu.


Contohnya :

i) Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya MENDOAKAN/ MENYATAKAN DOA kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, BERDOALAH/ NYATAKANLAH DOA kepadanya.

(Sesuaikah disebut “Allah berdoa, Allah mendoakan atau Allah menyatakan doa?)


ii) Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya MENDOAKAN RAHMAT/ MENYATAKAN RAHMAT/ MERAHMATI ke atas nabi. Wahai orang-orang beriman, DOAKANLAH RAHMAT/ NYATAKANLAH RAHMAT/ RAHMATILAH ke atasnya.


iii) Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya MENDOAKAN KEBERKATAN/ MENYATAKAN KEBERKATAN/ MEMBERKATI kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, DOAKANLAH BERKAT/ NYATAKANLAH BERKAT/ BERKATILAH kepadanya.


iv) Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya MEMOHONKAN RAHMAT ke atas nabi. Wahai orang-orang beriman, POHONKANLAH RAHMAT ke atasnya. (“Sesuaikah dikatakan “Allah memohonkan rahmat”?


v) Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya BERSOLAT kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, BERSOLATLAH/ MENYOLATLAH kepadanya. (Beri perhatian kepada “Allah bersolat” dan “orang2 beriman bersolat kepada nabi.”)


vi) Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya BERSEMBAHYANG/ MENYEMBAHYANG kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, BERSEMBAHYANGLAH/ MENYEMBAHYANGLAH kepadanya.


Dan pelbagai lagi.


Jika dimasukkan pandangan yang baharu dalam video “pendebat” itu pula :

i) Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya MENYERU/ MEMANGGIL kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, BERSERULAH/MENYERULAH/ BERPANGGILLAH/ MEMANGGILLAH/ NYATAKANLAH PANGGILAN kepadanya.


ix) Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya DISERU kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, DISERULAH kepadanya.


Nampak kacau susunan bahasanya.


Berbalik kepada SOL yang mungkin sekali bererti SANJUNGAN atau PUJIAN :

i) Allah menyatakan sanjungan/ pujian (YUSOLLU) kepada Nabi = sesuai

ii) Allah menyatakan menyanjung/ memuji (YUSOLLU) kepada Nabi = sesuai

iii) Malaikat-malaikat menyatakan sanjungan/ pujian (YUSOLLU) kepada Nabi = sesuai

iv) Malaikat-malaikat menyanjung/ memuji (YUSOLLU) kepada Nabi = sesuai

v) Manusia dan jin menyatakan sanjungan/ pujian (YUSOLLU) kepada Nabi = sesuai.

vi) Wahai (manusia dan jin) yang beriman, nyatakanlah sanjungan/ pujian kepada Nabi = sesuai

vi) Wahai (manusia dan jin) yang beriman, sanjunglah/ pujilah kepada Nabi = sesuai


Jelaslah bahawa apabila kita menggunakan pengertian SANJUNGAN, MENYANJUNG, PUJIAN atau MEMUJI, maka istilah2 ini kena dengan Allah, malaikat dan orang2 beriman tanpa bertentangan maksud sesamanya. Sesuai untuk ketiga2 keadaan sekaligus.


Jadi, setakat itu, sahaya memandang bahawa perkataan SOL atau SOLLA itu ada maksudnya iaitu SANJUNG atau PUJI. (*Berbeza dengan kenyataan salah seorang “pendebat” dalam video yang dimaksudkan pada awal tadi yang mengatakan perkataan SOL itu tiada maksud dalam bahasa Arab)

 

bersambung...