Ringkasan
Pengisan oleh Pak Long Abu al-Ghazali dalam Pengajian 4 Sekawan
Al-Ghazaliyah :
1.
Insya-Allah kehadiran dan pengorbanan kita ke majlis tarbiah mendapat
manfaat berupa kasih sayang Allah, pahala, ilmu, semangat,
persaudaraan dan sebagainya.
2.
Dengan mengenal yang 8 (kenal diri, Allah, dunia, akhirah, syaitan,
malaikah, yang benar & yang salah), kita lebih berpotensi untuk
selamat di dunia dan di akhirat. Dan dengan mencintai yang 8 (cinta
Allah, Kitabullah, Rasulullah, as-sunnah, diri, ummah, ibadah &
dakwah) pula, insya-Allah maqam kita di sisi-Nya akan lebih tinggi.
3.
Ada 3 jenis syaitan iaitu yang daripada bangsa jin, bangsa manusia
dan yang dalam bentuk sifat. Apabila manusia dicipta, Allah SWT
memasukkan 3 sifat ke dalamnya iaitu sifat2 kemalaikatan, sifat2
kesyaitanan, dan sifat2 kehaiwanan. Sifat kemalaikatan mengajak kita
kepada taat yakni kebaikan. Sifat kesyaitanan mengajak kita kepada
tidak taat (kejahatan). Sifat kehaiwanan pula mengajak kita kepada
hidup sebagaimana haiwan2. Ketiga2 sifat ini saling berusaha untuk
menjadi pemenang. Tajdidkan diri - tafakkurkan dan pastikan yang pada
setiap hari, sifat2 kemalaikatanlah yang menjadi pemenangnya. Ada
pelbagai cara untuk mengalahkan syaitan, cuma kata orang tua2 :
“Petua mengalahkan ilmu.”
4.
Ada empat pakaian para penyampai ilmu iaitu adab, akhlak, benar dan
kukuh. Semua ini diinspirasikan daripada sifat2 unggul yang ada pada
diri 4 khulafa’ ar-rasyidin iaitu Saiyidina Abu Bakr, ‘Utsman,
‘Umar dan ‘Ali r.hum. Macam mana kita hendak memelihara 4 elemen
ini ketika membuat penyampaian? Kita kembali sahaja kepada 4 Tungku
Agama khususnya kepada Rukun Ad-Diin ke-3 iaitu Rukun Al-Ihsan.
Tajdidkan diri – cubalah bawa keempat2 elemen ini dalam keseluruhan
hidup kita.
5.
Salah satu kaedah (bukan satu2nya kaedah) untuk menilai atau mengagak
sejauhmana amal ibadah kita pada Ramadhan yang lalu diterima oleh
Allah dan setinggi mana penerimaannya adalah dengan memerhatikan amal
ibadah kita selepas tamat Ramadhan, atau dalam kata lainnya pada
sepanjang 11 bulan setelah Ramadhan sehinggalah ke Ramadhan yang akan
datang. Maka kita cubalah menilai kualiti Ramadhan masing2. Masih
adakah solat2 sunat (selain terawih), zikrullah, tilawah &
tadabbur, dan yang lain2 ketika ini. Padahal masa Ramadhan lalu kita
letih, bekerja, bertarawih, bangun awal untuk bersahur dan
sebagainya, tapi mampu pula kita buat. Mengapa selepas Ramadhan
banyak yang merudum atau hilang terus? Masa Ramadhan, kita menjaga
mulut, tangan, mata, telinga, kaki dan lain-lain. Kini, masih
banyakkah itu semua? Umumnya, sejauhmana dapatan kita (penerimaan
Allah) pada Ramadhan yang lalu, itulah yang menghasilkan diri kita
pada hari ini. Walahua’lam. Tajdidkan diri – bertekadlah untuk
istiqamah akan amal2 pada Ramadhan yang lalu pada sepanjang 11 bulan
selepas Ramadhan ini.
6.
Manusia ada banyak, tapi tidak semua sesuai dibuat kawan. Kawan pun
ada banyak, tapi bukan semua sesuai dibuat karib. Kita kena berhati2
kerana kawab karib ini akan saling mempengaruhi sam ada secara sedar
atau tidak.
Antara
ciri2 orang yang sesuai dibuat kawan tetapi jika boleh elakkan
daripada menjadikannya karib (melainkan atas sebab2 dakwah dan
seumpamanya) ialah :
i)
Apabila kita melihat, terlihat atau teringat (melihat dengan mata
hati) akan dirinya, kita makin jauh daripada agama.
ii)
Apabila kita duduk dengannya, kita makin lupa pula akan agama.
iii)
Apabila kita mendengar cakap2nya, kita makin menjauh pula darpada
agama.
Antara
ciri2 orang yang sesuai pula dijadikan karib ialah :
i)
Apabila kita nampak atau teringat (nampak dengan mata qalbu), kita
teringat akan agama... juga.
ii)
Apabila kita duduk2 dengannya, kita terasa mendekat dengan agama ...
juga.
iii)
Apabila kita mendengar kata2nya, semangat kita untuk beragama
bertambah... juga.
Tajdidkan
diri – teruslah berkawan tetapi pilih2lah yang mahu dijadikan
karib.
7.
Jika kita hendak istiqamah akan amal2, kita hendaklah berusaha untuk
istiqamah akan masa terlebih dahulu, yakni waktu2nya.
8.
Insya-Allah satu2nya ilmu ad-diin yang tidak akan dapat di AI kan
ialah ilmu tungku al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah) peringkat tinggi.
Ilmu2 tiang ad-diin yang lain umumnya boleh di AI kan semua baik ilmu
al-islam, al-iman, as-sa’ah mahupun ilmu2 al-ihsan tingkat rendah
dan menengah. Mengapa? Kerana ilmu2 al-ihsan tingkat tinggi itu bukan
berada dalam wilayah info, wilayah maklumat, dan wilayah aqal tetapi
wilayah qalbu. Ia bukan ilmu dalam wilayah pemindahan maklumat.
9.
Ilmu tasawuf ini lebih kepada tindakan, bukannya lebih kepada
maklumat walaupun kepentingan maklmuat itu tidak dinafikan malah
mesti dicari. Selalu orang salah faham kononnya lagi banyak maklumat
maka lagi cepatlah tinggi maqam di sisi Allah, lalu mereka sibuk
mengumpul makumat demi maklumat tetapi asyik duduk berdiam sahaja.
Padahal menurut Imam al-Ghazali dalam kIhya’ ‘Ulumuddin, matlamat
terawal dalam tasawuf sufi adalah berlakunya perubahan diri. Ertinya
ada tindakan2. Bukannya matlamat terawal itu banyaknya tahu itu dan
ini. Jika mahu mencapai maqam2 selepas daripada ma’rifah
(awwaluddin) iaitu nisfuddin, akhiruddin dan kamaluddin, tidak cukup
dengan maklumat tetapi kena dengan tindakan. Tajdidkan diri –
elakkan duduk “bertapa” dan sibuk mengumpul maklumat sahaja,
tetapi banyakkan juga tindak.
10.
Maksud mimpi payung berbalut kain putih, mimpi memancing di bot
ketika ribut, dan mimpi tasbih yang cantik2.
11.
Kita mestilah membanyakkan syukur kepada Allah kerana Dia masih
hidupkan kita hingga ke saat ini. Antaranya hikmahnya adalah kerana
Dia kasihkan kita dan mahu terus beri peluang kepada kita untuk
menambah ilmu2 agama, memperbaiki diri, dan meningkatkan maqam2 di
sisi-Nya. Semasa hidup inilah pun kita hendak mengumpulkan
sebanyak2nya pengetahuan agama, membuat sebanyak2nya perubahan, dan
mencapai ketinggian maqam2 yang termampu. Sebaik2 sahaja kita mati,
terputuslah selama-lamanya segala peluang2 ini.