Sunday, October 29, 2023

Mereka Seakan2 Rugi Tetapi Sebenarnya Untung

 

Musuh akan mudahkan kita masuk ke kota pertahanan mereka yang sangat kukuh apabila ada keuntungan2 besar yang akan mereka dapat.

Musuh akan memanjang2kan tempoh pertempuran yang mereka boleh menangi dalam masa yang singkat apabila ada keuntungan2 besar yang akan mereka peroleh.

Musuh akan membesar2kan kebinasaan dan kerugian yang mereka alami apabila ada keuntungan besar2 yang akan mereka kaut.

Ulang2lah baca Seni Perang Sun Tzu, hadamkan lalu dijana semula untuk disesuaikan dengan as-sa’ah ketika ini.


Petikan Pengajian Ilmu As-Sa’ah (Zaman Akhir)

14/10/23

Saturday, October 28, 2023

Teks Ucaptama Ijtimak Tariqah Ghazaliyah kali ke-3 (2019)

 

Alhamdulillah. Kesemua 100% puji-pujian yang ada pada hakikatnya hanyalah untuk Allah.


Dialah satu-satunya Yang Baik, Dialah satu-satunya Yang Pemurah.

Tidak ada yang baik dan tidak ada yang bersifat pemurah selain daripada Dia.


Hanya Dia sahaja Yang Ada Ilmu, Hanya Dia sahaja Yang Pandai.

Tidak ada yang berilmu dan tidak ada yang pandai selain daripada Allah.


Dia sahajalah Yang Ada Kekuatan, Dia sahajalah Yang Ada Keperkasaan.

Tidak ada selain Dia yang ada kuat, dan tidak ada selain Dia yang ada keperkasaan.


Hanya Allah sahaja Yang Cantik, hanya Allah sahaja Yang Indah.

Tidak ada yang cantik dan tidak ada yang indah selain daripada Dia.


Allah satu-satunya Yang Ada Keagungan, satu-satunya Yang Ada Kebesaran.

Selain Allah, langsung tidak ada yang punya keagungan atau kebesaran.


Selain daripada Dia, kosong belaka, hampa belaka, langsung tidak punya apa-apa yang hendak dipuji. Begitulah PADA HAKIKATNYA, bagi orang-orang yang bermata qalbu. Tidak syak lagi, Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah untuk Allah SWT sahaja.


Pada hakikatnya juga, Dialah sebenarnya yang menjayakan majlis kita pada hari ini.

Dialah yang membuatkan pintu hati tergerak dan terbuka untuk hadir.

Dialah yang sebenarnya menggerakkan kaki, tangan, tubuh badan dan kenderaan kita untuk datang.

Dialah yang membuatkan mulut kita bercakap, mata kita melihat, telinga kita mendengar, akal kita berfikir dan qalbu kita berzikir sekarang ini.

Pada hakikatnya, semua yang berlaku adalah pekerjaan Allah semata-mata.

Esakanlah. Tauhidkanlah.


Nabi saw bersabda : “Sesungguhnya Allah Taala berfirman pada Hari Qiamat: “Di manakah mereka sekarang yang berkasih-kasihan atas sebab kebesaran-Ku? Pada hari ini, Aku naungi mereka dengan naungan-Ku, pada hari yang tidak ada naungan selain daripada naungan-Ku.” (Muslim)


Hadirin yang dirahamati Allah sekelian,


Selamat datang ke Himpunan Mahabbah Para Pelajar, Pengamal dan Peminat kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin, merangkap Ijtima’ Tahunan Tariqah Ghazaliyyah bagi kali yang ke-3, dan selamat mengambil manfaat.


Ribuan terima kasih diucapkan terutamanya kepada pihak pengurusan Surau An-Nur atau Surau Cahaya ini, atas keizinan dan sokongan yang diberi terhadap majlis cinta Allah ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, di sinilah tempat terzahirnya kembali kemeriahan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, yakni sejak 9 tahun yang lalu, dan di sini jugalah tempat asas terzahirnya kembali kemeriahan Tariqah Ghazaliyyah. Hal ini sebenarnya sesuatu yang tidak pernah kita terfikir atau kita termimpi pun sebelum itu, termasuklah diri sahaya sendiri. Entahlah apa tuahnya surau ini, desa ini, bumi ini, sehinggakan Allah melaksanakan perancangan-Nya itu di sini. Wallahua’alam.


Dalam ucaptama ijtima’ tahun lepas, antara isi kandungannya ialah seruan agar kita :


Cintailah Allah, cintailah Kitabullah.

Cintailah Rasulullah, cintailah As-Sunnah.

Cintailah diri, cintailah ummah.

Cintailah ibadah, cintailah dakwah.


Inilah 8 medan atau 8 bangsa kecintaan yang SELALU KITA TEGASKAN dalam tarbiyyah dan dakwah kita.


Selain itu, kita juga hendaklah selalu merenung-renung dan mengambil tindakan, sejauh manakah kita sudah menyahut dan menyambut seruan-seruan yang dikumandangkan dalam ijtima’ tahun yang lalu. Terdapat sekurang-kurangnya 80 seruan sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, yang perlu direspon dalam ucaptama tersebut.



APA TINDAKAN KITA JIKA BERJAUHAN DARIPADA GURU DAN IKHWAN?


Kadang-kadang, kita berjauhan daripada majlis-majlis, guru, dan para sahabat jalan kerohanian kita dalam tempoh masa yang lama. Hal ini menyebabkan suhu diri kita atau suhu kerohanian kita mulai menurun dan menyejuk. Kadang-kdang kita tidak terperasan pun yang suhu sudahpun menurun dan menyejuk. Jadi, apakah usaha-usaha yang boleh kita lakukan untuk sekurang-kurangnya mengekalkan suhu atau momentum kerohanian kita itu?


  1. Paling utama, kita mestilah selalu memohon yakni meminta kepada Tuan Punya Suhu (Allah). (Dari segi hakikatnya) hanya Dialah sahaja satu-satunya yang punya kuasa terhadap suhu kerohanian kita. Dia sahaja yang dapat menaikkan, mengekalkan atau menurunkan suhu kerohanian kita. Maka, jangan kita malu dan jangan kita malas untuk selalu meminta daripada Tuan Punya Suhu.


Allah SWT berfirman : “Berdoalah kepada Aku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.” (Al-Mu’min : 60)


Sabda Nabi saw pula : “Tidak ada sesuatu yang lebih besar pengaruhnya di sisi Allah selain daripada doa.” (Turmizi, Ibnu Majah, Ahmad)


Oleh sebab itu, istiqamahlah berdoa. Jangan kita pandang remeh amalan berdoa.


  1. Kita berterusanlah menyelesaikan amalan-amalan fardhu dan wajib, serta tambahlah dengan amalan-amalan sunat. Semua ini memang sudah mesti kita lakukan pun sepanjang hayat kita, bukannya ketika masalah datang, baru hendak dibuat. Jangan kita kejar yang fardhu kifayah tetapi terabai yang fardhu ‘ain. Jangan kita kejar yang sunat tetapi terabai yang fardhu dan wajib. Bagi lelaki, usahakan agar kita dapat mengerjakan solat fardhu berjemaah di masjid dan yang seumpama dengannya.


Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman : “Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada Aku dengan suatu IBADAH yang lebih Aku cintai, daripada apa yang telah Aku WAJIBkan kepadanya. Dan sentiasalah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada Aku dengan AMALAN-AMALAN SUNAT sehingga Aku mencintainya.” (Bukhari)


Jelaslah, bahawa ibadah yang paling Allah sukai ialah ibadah-ibadah yang wajib. Dan untuk menjadi orang yang dicintai oleh Allah pula, hendaklah ditambah dengan amalan-amalan sunat. Jangan berasa cukup dengan yang wajib-wajib sahaja. Kita tidak dapat meingkat jauh jika sekadar berpada dengan yang wajib-wajib sahaja.


  1. Selalulah berzikrullah. Amalkan Zikir Harian dan 10 Bacaan Harian, serta penuhi Wirid Harian sekadar termampu (atau apa-apa amalan pilihan peribadi atau jemaah masing-masing) secara berterusan (istiqamah) pada setiap hari sekalipun dalam jumlah yang sedikit. Jangan ada hari yang kita terlepas.


Allah SWT berfirman : “Oleh tu ingatlah kamu kepada Aku (berzikirlah), nescaya Aku ingat kepada kamu.” (Al-Baqarah : 152)


Sabda Nabi saw : “Perbandingan antara orang yang berzikir (ingat akan Allah) dengan orang yang yang tidak berzikir (tidak ingat akan Allah) adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.” (Bukhari, Muslim)


  1. Lakukanlah rabitah (dan yang seumpama dengannya) sekurang-kurangnya sekali sehari. Contohnya sebelum tidur, sepintas lalu kita lintaskan gambaran rupa guru dan beberapa orang ikhwan kita dalam jalan kerohanian ini. Lintaskan doa agar Allah satukan hati-hati kita semua dan doakanlah yang baik-baik. Secara lintasan sahaja. Sekadar beberapa saat sahaja.


Nabi saw bersabda : “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya) melainkan malaikat berkata kepadanya: “Dan untuk kamu sepertinya juga (seperti yang didoakan)”. (Muslim)


  1. Usahakan agar kita dapat selalu berhubungan dengan ikhwan yang berada berhampiran dengan kita (sama ada hampir dari segi jarak atau hampir dari segi kemudahan teknologi). Contohnya - berjumpa, bertegur sapa, buat aktiviti bersama-sama (bersukan, minum-minum, hadiri pengajian di tempat yang sama dsb), berziarah, melalui telefon, melalui internet dan sebagainya.


Nabi saw bersabda : “Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya pada hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu ……. (salah satunya ialah) dua orang yang saling mengasihi kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.” (Bukhari)


  1. Rajin-rajinlah kita mengambil tahu PERKEMBANGAN DAN AKTIVITI TERKINI guru, jemaah dan ikhwah kita. Gunakan kemudahan teknologi terkini. Jangan sampai kita terlepas pandang hal-hal yang penting.


  1. Usahakanlah agar kita tidak meninggalkan amalan (bacaan-bacaan) untuk 3 waktu iaitu amalan selepas Subuh (atau pada waktu pagi), amalan selepas ‘Asar (atau petang), dan amalan sebelum tidur (atau malam). Pilihlah apa-apa amalan yang bagus lagi ma’tsur.


Allah Taala berfirman : “Dan ingatlah akan Tuhanmu (berzikrullah)) dalam jiwamu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan tidak dengan mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk dalam kalangan orang-orang yang lalai.” (Al-‘Araf : 205)

  1. Rajin-rajinlahlah kita berma’rifah (yakni memandang hakikat, tetapi jangan pula sampai kita terabai syariat). Perhatikan alam ciptaan Allah dan penghuni-penghuninya dengan indera dan hati DAN/UNTUK ingat akan Allah.


Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat TANDA-TANDA bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati (BERZIKIR kepada) Allah dalam keadaan berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksaan neraka.” (Ali ‘Imran : 189-191)

  1. Kita amalkan solat-solat sunat walau sekadar 2 rakaat sehari semalam (tetapi takkanlah orang sesufimu hanya berjaya buat 2 rakaat sahaja dalam sehari semalam). Tak perlu banyak (kerana banyak lagi urusan ibadah dan seharian yang mesti kita diselesaikan). Kita dapat lebih kurang 15 rakaat sehari semalam pun sudah cukup bagus.


"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".  (Muslim)


  1. Istiqamah membaca Al-Quran (dan terjemahannya) pada setiap hari, walaupun sedikit.


  1. Hendaklah engkau rajin membaca bahan-bahan agama pada keluangan masa yang ada.


  1. Engkau berusaha untuk menyampaikan dakwah PADA SETIAP HARI walaupun sekadar sekali, sama ada melalui perkataan, tulisan, perbuatan, isyarat, contoh dan seumpamanya. Berusahalah untuk menjadikan dirimu contoh yang hasanah (baik) walau di mana pun engkau berada.


Orang-orang yang cinta Allah dan rasul-Nya

sudah melebihi cinta yang lain-lain,

Pasti dia akan berasa sangat lazat

dalam memperjuangkan agamanya,

akan berasa sangat manis

dalam berkorban untuk agamanya,

akan berasa ghairah dalam ibadahnya,

dan akan berasa berahi dalam pengabdiannya.

Rasa-rasa ini tidak dimiliki

oleh orang-orang yang ada mencintai sesuatu

lebih daripada cinta Allah dan Rasul-Nya


Tidak berasa nikmat, lazat, manis dan teruja

untuk memperjuangkan agama Allah

ketika engkau masih di dunia ini,

Sebenarnya hal itu

sudah “seksaan yang didahulukan” di dunia

tetapi tidak engkau sedari.


Awal-awal lagi Allah sudah tarik nikmat yang sangat besar ini.

Dia sudah dahulukan seksaan-Nya

tetapi mata qalbumu gagal menyedari.


  1. (Sunnah-sunnah Nabi saw yang besar-besar, yang engkau mampu laksanakan, laksanakanlah. Dan…) Dalam situasi engkau yang berjauhan dan engkau mahu menjaga suhu kerohanianmu ini, engkau berusahalah untuk mengamalkan sunnah-sunnah Nabi saw yang sebahagian orang memandangnya sebagai biasa-biasa dan kecil-kecil. Apa yang Nabi saw suka buat dalam sehari-hari, engkau cubalah selalu buat mana yang engkau mampu. Apa yang Nabi saw suka pakai, engkau cubalah selalu pakai. Apa yang Nabi saw suka pandang, engkau cubalah selalu pandang , Apa yang Nabi saw suka dengar, engkau cubalah dengar. Apa yang Nabi saw suka sebut, engkau cubalah selalu sebut. BUATLAH DENGAN KECINTAAN.


  1. Engkau carilah ruang masa untuk menghadiri, menonton atau mendengar kuliah-kuliah agama sama ada secara terus ataupun melalui media, lebih-lebih lagi yang datang daripada guru dan jalan kerohanianmu. Qalbumu ibarat perut. Ia juga lapar dan perlu diberi makan minum. Jika makanan dan minumannya tidak cukup engkau beri, ia akan tidak sihat. Qalbumu juga boleh mati. Pengisian-pengisian ilmu dan amal inilah yang menjadi makanan dan minumannya.


Apabila engkau berasa malas dan tidak selesa

Untuk hadir ke majlis-majlis pengajian agama (taman-taman syurga)

Itu tandanya kehendak hawa nafsumu sedang sihat wal afiat


Apabila engkau berasa malas dan bosan

Untuk berzikrullah (ingat akan Allah)

Itu tandanya kehendak hawa nafsumu sedang gagah perkasa.


Apabila engkau berasa malas dan berat hati

Untuk belajar ilmu-ilmu agama dan amalkan kehendak-kehendak agama

Itu tandanya kehendak hawa nafsumu sedang hidup selesa.


Apabila engkau berasa malas dan tidak lazat

Untuk memperjuangkan agama ini

Itu tandanya kehendak hawa nafsumu sedang menjadi raja.


  1. Dalam perbicaraanmu sehari-hari, usahakanlah agar diselitkan bicara tentang agama. Jangan ada hari yang engkau langsung tidak berkata-kata tentang agama dalam pembicaraanmu.


Insya-Allah dengan langkah-langkah ini, suhu kerohanian kita akan terus stabil dan tetap cantik sekalipun kita berjauhan.



Suhu kerohanianmu AKAN MENURUN DENGAN LAJUNYA :

  1. Apabila engkau kurang atau tidak memohon kepada Allah. Engkau semakin malas berdoa.

  2. Apabila engkau mula mengabaikan amalan-amalan yang fardhu dan wajib, dan mula meninggalkan amalan-amalan sunat.

  3. Apabila engkau mulai lemah dalam mengamalkan zikir-zikir harianmu.

  4. Apabila engkau semakin melupakan guru dan rakan-rakanmu dalam jalan kerohanian ini.

  5. Apabila engkau tidak atau semakin kurang berhubungan dengan guru dan rakan-rakanmu. Engkau malas dengan mereka, biasanya Allah akan menjauhkan mereka daripadamu.

  6. Apabila engkau tidak mahu berusaha gigih untuk mengambil tahu tentang perkembangan dan aktiviti terkini perkumpulanmu.

  7. Apabila engkau semakin mengabaikan amalan-amalan pagi, petang dan sebelum tidur.

  8. Apabila engkau semakin malas untuk memandang hakikat.

  9. Apabila engkau semakin melupakan solat-solat sunatmu.

  10. Apabila engkau semakin malas membuka dan membaca Al-Quran (dan terjemahannya)

  11. Apabila engkau semakin jauh daripada buku-buku agama.

  12. Apabila engkau semakin tidak peduli dan semakin meninggalkan dakwah harianmu. Engkau semakin malas untuk menyampaikan dan mencontohkan.

  13. Apabila engkau semakin malas hendak mengamalkan sunnah-sunnah yang dipandang kecil-kecil dan biasa-biasa itu.

  14. Apabila engkau semakin malas untuk menambah inpu-input ilmu agama (malas untuk duduk-duduk dalam majlis-majlis pengajian agama, malas hendak menonton, malas hendak mendengar dan sebagainya).

  15. Apabila engkau tidak berusaha untuk bercakap dan menyelitkan bicara tentang agama dalam kata-katamu sehari-hari.


Dari segi syariatnya, suhu kerohanianmu jadi semakin turun dan turun adalah kerana sikapmu sendiri. Maka, renung-renungkanlah dan ambillah iktibar serta tindakan.



BAGAIMANA MAHU CEPAT MAJU DALAM TARIQAH GHAZALIYAH?


Datang pula persoalan : Bagaimana mahu cepat maju dalam Tarekat Ghazaliyah ini?


Sebagai permulaan, kami senaraikan beberapa tips secara ringkas sebagaimana di bawah nanti. Huraiannya akan kami usahakan kemudian apabila berkelapangan, insya-Allah.


Untuk cepat maju dalam tariqah ini, kita hendaklah :


1. Ikhlas. Jangan ada niat-niat lain, baik bagi pihak penyampai mahu pun bagi pihak penerima.

2. Rendahkan diri

3. Jangan taksub dengan apa-apa atau dengan sesiapa

4. Istiqamah amalkan Zikir Harian dan Wirid Harian

5. Ikuti pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin

6. Banyakkan berdoa

7. Jangan mudah terpesona dengan kepelikan- kepelikan

8 Jangan asyik nak cepat sangat dalam belajar


Belajar agama terlalu nak cepat,

Akhirnya terkena ajaran sesat.


Belajar agama tak suka lambat-lambat,

Nanti ilmu membawa mudarat.


Belajar agama terlalu nak mudah,

Tak sedar terikut ajaran salah.


Belajar agama tak mahu bersusah,

Silap-silap, amalan tak sah.


Belajar agama asyik nak senang,

Akhirnya kebatilan yang mendatang.

Bersabar-sabarlah terhadap rezeki Allah

Kerana rezeki-Nya untukmu


Tidak dapat engkau bayangkan

Betapa banyak dan luasnya.


Yang sudah dikurniakan-Nya kepada engkau selama ini pun

Sudah terlalu banyak dan luas.


Dialah yang menentukan

Bilakah masa yang paling tepat

Untuk segala rezeki itu tiba ke tanganmu.


Oleh itu, bersabar-sabarlah.

9. Gunakan sandaran-sandaran yang kukuh

10. Ikut panduan-panduan guru.

11. Selalu berhubung dengan guru, para muallim dan ikhwan.

12. Jangan terhijab dengan kehebatan-kehebatan.

Wallahua’lam


DOA

Friday, October 20, 2023

Rakaman Pengajian Ihya Ulumuddin 284 - Keajaiban Qalbu siri 6

 

Tajuk : PERTEMPURAN TENTERA2 QALBU Pengajian kitab induk Ihya Ulumuddin kali ke-284. Syarahan kitab ke-21 daripada 40 kitab dalam Ihya' 'Ulumuddin iaitu Kitab Keajaiban Qalbu siri ke-6. Karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. Syarahan Abu Zulfiqar al-Amsyari

Rakaman Pengajian Ihya Ulumuddin 283 - Keajaiban Qalbu siri 5

 

TENTERA QALBU YANG ZAHIR & YANG GHAIB Pengajian kitab induk Ihya' 'Ulumuddin kali ke-283 (tahun ke-13). Syarahan Keajaiban Qalbu siir ke-5. Karya Imam Abu Hamid al-Ghazali. Syarahan al-faqir Abu Zulfiqar al-Amsyari.

Rakaman Pengajian Ihya Ulumuddin 282 - Kejaiban Qalbu siri 4

 

MENGENAL TENTERA QALBU Pengajian kitab induk Ihya' 'Ulumuddin kali ke-282. Syarahan Keajaiban Qalbu siri ke-4. Tajuk : Tentera Qalbu Karangan Imam al-Ghazali Syarahan Pak Long Abu Zulfiqar al-Amsyari

Rakaman Pengajian Ihya Ulumuddin 281 - Keajaiban Qalbu siri 3

 

MENGENAL JIWA DAN AQAL Ihya'' 'Ulumuddin 281 - Syarahan Keajaiban Qalbu siri 3 Karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. Syarahan Pak Long Abu Zulfiqar al-Amsyari

Rakaman Pengajian Ihya Ulumuddin 280 - Keajaiban Qalbu siri 2

 

MENGENAL RUH Pengajian kitab induk Ihya' 'Ulumuddin siri ke-280 (tahun ke-13). Syarahan KEAJAIBAN QALBU kali ke-2. 22 September 2023. Kuliah untuk Surau An-Nur, Trong, Perak. Karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. Syarahan Pak Long Abu Zulfiqar al-Amsyari

Rakaman Pengajian Ihya Ulumuddin 279 - Kejaiban Qalbu siri 1

  


MENGENAL QALBU Pengajian Kitab Induk Ihya' 'Ulumuddin kali ke-279 bagi Surau An-Nur (sejak 2011). Syarahan Keajaiban Qalbu siri 1. 18 September 2023 Karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali Syarahan Pak Long Abu Zulfiqar al-Amsyari

Rakaman Pengajian Ihya Ulumuddin 278 - Khatam Latihan Qalbu

 

Ihya Ulumuddin 278 : Kitab Latihan Qalbu kali ke-11 (Majlis Khatam) 13/9/23 untuk Surau An-Nur, Trong, Perak. Karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali Syarahan Abu Zulfiqar al-Amsyari

Melepasi Neraka Dunia dan Neraka Akhirat

 

Hidup kita di dunia ini sangat sementara, sangat sekejap, iaitu sekadar sepanjang hayat atau usia kita sahaja. Jika umur panjang, mungkin 75-78 tahun (contohnya). Tetapi hidup kita di akhirat saaangat lama, selama-lamanya. Kita susah di dunia ini, mungkin setakat puluh2 tahun. Tetapi jika kita susah di akhirat sana, saaangat lama, mungkin trillion2 tahun, mungkin selama-lamanya. Jika anak cucu dan pasangan kita menderita di sini, lamnaya mungkin puluh2 tahun. Tetapi jika anak cucu kita menderita di sana... saaangat lama.


Oleh sebab itu, kita berusaha gigihlah untuk memberikan kepada mereka ilmu2 agama dan bekalan2 akhirat, tanpa meninggalkan usaha untuk memberikan ilmu2 dunia dan bekal2 dunia.


Susah-payah dan penderitaan di dunia ini bolehlah diibaratkan seakan2 neraka dunia. Kita nak lepaskan anak isteri kita tak? Susah-payah dan penderitaan di akhirat nanti, itulah neraka akhirat. Kita nak lepaskan anak isteri kita tak? Bagi ahli2 sufi, di akhirat bukan setakat hendak lepas, tetapi hendak cemerlang. (Sebab itulah mereka mengejar maqam2).


- Petikan pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-277, syarahan Latihan Qalbu.

Macam2 Tentera dalam Diri Kita

 

Ada macam2 tentera di dalam atau pada diri kita sahaja. Itu pun hanya sedikit yang kita tahu. Apatah lagi tentera2 Allah di seluruh alam makhluk ini. Alangkah Maha Hebatnya Allah!


Maka kita teruslah melalui jalan ini dengan belajar, belajar dan belajar lagi. Sangat lazat ilmunya dan sangat bermanfaat dapatannya. Apakah antara manfaatnya? Apabila suatu hari nanti kita mahir dalam menyaksikan tentera2 qalbu ini, insya-Allah akan terbuka jalan kepada kita untuk menyaksikan keindahan2 dan keajaiban2 kerajaan Allah pula.


Sama2lah kita berdoa agar Allah majukan kita dalam tungku al-ihsan yakni taswuf, sufi, tariqah dan seumpamanya ini.


- Petikan pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin siri ke-284, Oktober 2023

Antara Kesedaran Zaman Akhir

 

Kita nak tulis atau upload sesuatu TENTANG mereka, laman atau penulisan kita diganggu, disekat, dipadam. Kita nak tulis atau upload sesuatu TENTANG mereka, kita kena ubah huruf2 agar kurang diganggu, barulah lepas. Jelaslah bahawa mereka di pihak2 yang sama, dari pihak2 yang sama, dan matlamat2 yang sama.

 

18/10/23

Friday, October 13, 2023

Belum Terlambat untuk Belajar Ilmu Qalbu

 

Soal hati (qalbu) ini saaangat penting. Dialah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat nanti. Hati inilah juga yang mendaki 4 Maqam Menuju Awwal dan 4 Maqam Menuju Kamal. Selagi kita masih bernyawa, tidak ada istilah sudah terlambat. Kita kena berusaha dan berikhtiar dengan usaha dan ikhtiar yang selayaknya. Kurang2 pun, kita sampaikanlah sedikit daripada isi kandungan pengajian Latihan Qalbu (daripada kitab Ihya’ ‘Ulumuddin) ini kepada orang2 lain. Semoga keinginan kita, orang2 yang dekat dengan kita dan umat Islam seluruhnya terhadap ilmu tasawuf (al-ihsan) ini terus membara.


- Petikan pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, syarahan Latihan Qalbu.

September 2023

Carilah Ilmu Mentadbir Tentera Qalbu

 

Qalbu atau hati kita ini ada tentera. Tentera2nya ada yang jenis tentera zahir dan ada jenis tentera batin. Allah amanahkan tentera2 ini kepada kita untuk dipimpin, ditadbir, diuruskan, digunakan, dan dimanfaatkan kerana kitalah atau qalbu kitalah khalifahnya. Jika baik sang khalifah, baiklah tenteranya. Jika buruk si khalifah, buruklah tenteranya.


Kita hendak memimpin angkatan tentera manusia di dunia ini tidak boleh difikir2 sendiri2 begitu sahaja. Ada ilmunya, ada pengajarnya, dan ada amal praktikalnya. Maka kita hendak mentadbir tentera qalbu kita ini pun samalah halnya. Carilah dan milikilah ilmu2nya selagi kita masih ada nyawa. Kita hendak memimpin tentera manusia, ada pengorbanan2nya. Maka kita hendak memimpin tentera qalbu pun ada pengorbanan2nya.


Kita berharap agar Allah sentiasalah terus membantu kita dalam mentadbir tentera2 diri kita ini. Semoga kita dapatlah mencontohi para R4’S (R-Force) dalam mentadbir tentera2 diri ini, kerana merekalah yang terbaik mentadbir2 tentera diri masing2. Merekalah contoh terbaik dalam kalangan umat ini.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

- Pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin siri ke-283, Oktober 2023

Pesanan2 3

 

1. Masa untuk kita hidup di dunia ini tidaklah lama, tak banyak masa. Kita kenalah berusaha untuk bijak dan berjimat. Kita kena mmilih dan mengutamakan bekalan2 yang lebih penting berbanding yang penting2.


2. Akhlak yang baik itu bunga diri, nur diri, cahaya diri, dan harga diri. Walaupun imu2 agama kita tidka banyak, tidak tinggi, namun akhlak, tingkah laku, dan adab sopan kenalah usaha bagi cantik, dan bagi nampak cantik.


3. Teruslah berpegang dengan 2-4-2 iaitu 2 mazhab ‘aqidah, 2 mazhab fekah dan 2 mazhab tasawuf. Dua mazhab ‘aqidah iaitu Asha’irah atau Maturudiyah. Empat mazhab fiqh iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Asy-Syafi’iyah atau Hanabilah. Dua mazhab tasawuf iaitu Junaidiyah atau Ghazaliyah.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

- Pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin siri ke-283, Oktober 2023

Tidak Bertindak atau Kena Bertindak, Ikut Sahaja R4S

 

Tidak bertindak balas

atau ada bertindak balas

terhadap kejahatan orang

kepada kita itu

adalah sebagaimana yang dicontohkan

dan yang diajarkan oleh R4S

(Rasulullah saw, 4 orang sahabat paling utama

dan sahabat2 utama yang lain),

bukan sebagaimana yang disangka2,

disuka2, difikir2 dan dirasa2 sendiri2.


Ada keadaan, mereka tidak bertindak balas.

Ada keadaan, mereka bertindak balas.

Bukannya dalam semua keadaan

mereka tidak bertindak balas,

dan bukan juga dalam semua keadaan

mereka bertindak balas.


Begitu juga dalam hal2 lain

seperti marah atau tidak, bersedih atau tidak,

berbahas atau tidak, menjawab atau tidak,

meminta pengadilan atau tidak, berdiam atau tidak,

dan sebagainya.


Ikut sahaja R4S.

Diri kita bukan sesiapa.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

10/10/23

Thursday, October 5, 2023

Soal Hati Sangat Penting

May be an image of 1 person, cablecar, mountain and fog

Soal hati (qalbu) ini saaangat penting. Dialah (hatilah) yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat nanti. Hati inilah yang mendaki 4 Maqam Menuju Awal (syariat, tarekat, hakikat, makrifat) dan 4 Maqam Menuju Kamal (makrifat/ awaluddin, nisfuddin, akhiruddin, kamaluddin).


Selagi kita masih bernyawa, (umumnya) tidak ada istilah sudah terlambat. Kita kenalah berusaha dan berikhtiar dengan usaha dan ikhtiar yang selayaknya (bukan dengan usaha dan ikhtiar yang sekadar ada sahaja).


- Petikan pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-276, syarahan Latihan Qalbu.

Pesanan2 2

 

May be an image of 4 people

 

1. Bersegeralah mendapatkan ilmu2 agama sebelum terangkatnya ilmu2 agama ini. Apakah maksud terangkat itu? Maksudnya hilang. Bagaimana boleh terangkat? Ada dua cara :

i) dengan matinya orang2 yang ada ilmu tersebut.

ii) dengan kita sendiri yang mati terlebih dahulu sebelum sempat mendapatkan ilmu2 tersebut.


2. Teruslah berpegang dengan keempat2 tungku ad-diin, atau empat tiang agama, atau empat pasak dunia dan akhirat ini. Hendak berpegang, kenalah cari, berguru, belajar dan amalkan.


3. Amalkanlah amalan lafaz Zikir Harian Imam al-Ghazali atau nama lainnya lafaz Zikir Harian Tarekat Ghazaliyah, yang 1000 kali sehari ini. Sangat banyak manfaatnya.


4. Yang sudah berjaya istiqamah (berterusan) mengamalkan lafaz Zikir Harian Imam al-Ghazali ini, eloklah ditambah dengan lafaz 10 Bacaan Harian Imam al-Ghazali atau nama lainnya 10 Bacaan Harian Tarekat Ghazaliyah. Barulah lengkap sepasang. Jika diamalkan, insya-Allah lagi banyak manfaatnya, lebih2 lagi pada zaman akhir ini.


5. Pada setiap hari, solat sunat kena dibuat. Sekurang-kurangnya dua rakaat. Jika dapat buat belas2 rakaat atau puluh2 rakat, sangatlah cantik.


- Antara pesanan2 dalam pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin siri ke-282


Abu Zulfiqar al-Amsyari

Oktober 2023

Debunga Teratai Syurgawi

Pesanan2 1

 

May be an image of cloud, twilight and horizon

 

1. Dalam pelajaran agama ini, kita jangan ada berhenti. Kita kena belajar berterusan walaupun tidak banyak. Jika kita sudah berhenti, maka setakat itu sahajalah yang kita capai. Sesuatu yang sudah berhenti, ia lebih susah untuk digerakkan kembali berbanding sesuatu yang sedia bergerak, sekalipun perlahan geraknya.


2. Belajar ilmu2 agama ini seboleh-bolehnya carilah yang bersanad, yang bersambungan sanad zahirnya tanpa terputus, dan jelas sanadnya.


3. Kita kena bertekad dan berusaha bersungguh-sungguh agar hal2 berikut tidak menjadi fitnah (penghalang) kepada kita dalam menambah ilmu2 agama dan dalam menyampaikan (mendakwahkan) ilmu2 agama. Hal2 itu ialah keluarga, anak isteri, kerjaya, perniagaan, harta-benda, rumah (kediaman), tanah, ladang, bangunan, kenderaan dan lain-lain.


4. Sekiranya kita jahil dalam agama, janganlah biarkan keturunan kita jahil macam kita juga. Kita berkorbanlah dan berikanlah peluang seluas2nya untuk mereka mendapatkan ilmu2 agama.


- Antara pesanan2 dalam pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin siri ke-281


Abu Zulfiqar al-Amsyari

September 2023

Debunga Teratai Syurgawi