Friday, December 29, 2017

Fadhilat Zikir Laa IlahaillAllah

FADHILAT LAA ILAAHAILLALLAAH (Tidak ada Ilah selain Allah)

“Iman itu lebih daripada 60 cabang, yang paling tinggi ialah kalimah Laa Ilaahaillallaah dan yang paling rendah ialah membuang duri dari tengah jalan.” (Bukhari & Muslim)

“Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Laa ilahaillallaah dengan hati yang ikhlas.” (Bukhari)

Rasulullah bersabda : “Perbaharuilah iman kalian.”
Mereka bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui iman kami?”
Baginda menjawab : Perbanyakkanlah mengucapkan “Laa Ilaahaillallaah.” (Ahmad, Thabrani)

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Ibnu Majah).

“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah “Laa Ilaahaillallaah”.” (Ahmad)

“Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” (Thabrani)


“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya, melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahannam. Kalimah itu ialah “Lailahaillallah”.” (Al-Hakim)

- Terbit Yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah, ms 12

Inilah Nasihat2 Ringkas

Dari semasa ke semasa, ada orang2 yg pm atau mesej minta saya selalulah beri kata2 nasihat kepada mereka walaupun sedikit (ringkas).

Sebenarnya gambar2 Tazkirah FB Abu Zulfiqar https://www.facebook.com/Tazkirah-FB-Abu-Zulfiqar-13014938…/ itu himpunan nasihat2 sayalah, kepada qalbu saya sendiri terutamanya dan kepada qalbu2 yang lain umumnya. Ia ringkas dan mudah diulang2.

Semua gambar2 Tazkirah FB Abu Zulfiqar ini saya simpan dalam satu folder khas pada telefon. Setakat ini, ia antara penasihat yang bagus. Saya selalu mengulang2nya pada waktu lapang. Ia selalu membantu saya beringat akan hal2 yang saya sendiri sering terlepas.

Sekiranya dirasakan ada manfaat, ikutilah nasihat2 itu. Mana2 yang drasakan tidak sesuai, ketepikanlah. Kita manfaatkan anugerah teknologi yang Allah kurniakan.

Walaupun saya jauh, tidak dapat dilihat, didengar, disentuh, atau sudah tiada, anda akan berasa seolah2 saya dekat, sentiasa hidup dan masih memberikan nasihat2 buat diri anda.

Friday, December 8, 2017

Sikap Guru dan Atasan Jalan Kerohanian

Apabila kita menjadi guru atau atasan kepada orang2 lain dalam jalan kerohanian, maka sewajarnyalah kita punya sikap meraikan kesukaan orang2 walaupun perkara itu bukanlah minat kita, selagi kesukaan mereka itu tidak bertentangan dengan aturan2 agama.

Hal ini kerana orang2 di bawah kita punya pelbagai kecenderungan. Antaranya :
- ada yang minat bola sepak
- ada yang suka memancing
- ada yang minat aktiviti2 lasak
- ada yang aktif dalam seni beladiri
- ada yang suka nasyid, qasidah
- ada yang minat sains dan teknologi
- ada yang suka sejarah dan kajian2
- ada yang minat mengembara dan meneroka
- ada yang suka berjenaka
- ada yang suka menyendiri
- ada yang suka berpuisi berpuitis
dan pelbagai kecenderungan lagi.

Meraikan orang dicintai oleh Allah dan berpahala. Guru dan atasan tidak boleh mementingkan diri dan kecenderungan dirinya sahaja. Guru dan atasan punya tanggungjawab lebih kerana mereka bukan bertanggungajwab pada satu jiwa sahaja tetapi juga kepada jiwa2 lain di bawah mereka.

Bersama orang tua-tua ada caragaya mereka.
Bersama orang2 muda ada caragaya mereka.
Bersama kanak2 ada caragaya mereka.
Setiap caragaya ini adalah yang bersesuaian mengikut lunas2 agama, tanpa melewati batas.

Tidak sesuai jika ketika bergaul bersama kanak2 kecil, kita masih formal sebagaimana bergaul dengan para profesor.
Tidak sesuai juga jika kita sedang menghadap raja2 lalu kita berkelakuan seolah2 melayan para remaja.

Guru dan atasan yang bagus, mereka sentiasa sedar bahawa kini mereka bukan punya satu jiwa sahaja untuk diurus, tetapi sudah punya banyak jiwa yang berbeza-beza kelakuannya.