MIMPI
TUAN
Axxxx Xxxxx : Saya
bermimpi
duduk
dalam
satu
masjid.
Dalam
masjid
tu saya
tengah
bersembang dengan
Sheikh
Zainul
Asri.
Selepas
ketika
itu
saya
keluar ke halaman masjid.
Saya
nampak ustaz
tengah
duduk di perkarangan sekitar itu,
bersama
ditemani
dua
orang
macam
di kiri dan kanan ustaz.
Apabila
hendak ambil wudhu,
tiba2
ustaz
ada
di
sebelah
saya sambil senyum toleh ke saya sambil mengatakan
: "Ambil
la 1000 je sehari dan 10 je wirid ".
Macam
tu
la dialognya
seingat saya.
Saya
pun tersenyum.
Saya
pun bangun
dari
tidur.
Kalau
ustaz
lapang tidak keberatan,
ustaz
boleh
takwilkan.
Terima
kasih ustaz.
JAWAPANNYA
: Hati tuan memang suka akan agama dan suka mengambil tahu akan ilmu2
agama (keakhiratan). Tuan senang hati untuk mengambil pelajaran
khusus agama Islam daripada orang2 yang seumpama Syeikh Zainul Asri
yakni dari segi manhajnya dan ilmu2nya, iaitu yang manhaj ASWJ atau
di tempat kita ini biasa juga disebut sebagai Islam tradisional atau
Kaum Tua. Syeikh Zanul Asri dalam mimpi ini adalah perlambangan atau
takwilan bagi kecenderungan tuan itu.
Dengan
bekalan pengetahuan agama selama hari ini itu, tuan berusaha
membawanya ke dalam kehidupan tuan di dunia ini, tidak sekadar dalam
amal ibadah khusus sahaja tetapi juga ke dalam seluruh kehidupan. Ini
digambarkan dengan keluarnya tuan ke halaman masjid.
Apabila
tuan sudah keluar ke halaman masjid (untuk menjalani kehidupan di
dunia, untuk melalui realiti kehidupan di dunia), tuan nampak saya
yang ditemani oleh dua orang di kiri dan di kanan. Kemudian tuan
hendak mengambil wuduk. Wuduk itu ertinya urusan-urusan iaitu
urusan-urusan hidup di dunia (dari segi keagamaan dan keduniaan).
Tentang
dua orang di kanan dan kiri saya itu, ada dua pengertian sekaligus.
Yang
pertama, kedua-duanya itu tidak lain daripada ilmu mu'amalah dan ilmu
mukasyafah yang menjadi perjuangan teras Imam al-Ghazali dan
tentunya dalam Tarekat Ghazaliyah juga. Imam al-Ghazali memang sangat
menekankan dua ilmu ini dalam kitabnya Ihya' 'Ulumuddin. Bagi beliau,
inilah sebenar2 ilmu2 jalan ke akhirat. Maka Tarekat Ghazaliyah pun
penekanannya seperti itu juga.
Yang
kedua, kedua-duanya melambangkan anak2 murid saya dalam Tarekat
Ghazaliyah ini. Dalam beberapa perkongsian tentang mimpi2 orang
sebelum ini, jika di dalam mimpi itu ada saya, sekiranya saya bukan
berseorangan, biasanya saya ditemani oleh dua orang pemuda atau dua
orang kanak-kanak. Selalu orang bermimpi bergini. Pernah sekali
sahaja saya ditemani oleh seorang murid saya (yang pakaian dan
penampilan murid yang seorang ini sama macam saya). (*Selepas ini ada
satu lagi mimpi terbaru seorang hamba Allah yang lain yang di
dalamnya ada juga dua orang budak. Insya-Allah akan kita kongsikan
kemudian)
Beberapa
lama dahulu pernah saya kongsikan satu mimpi oleh seorang hamba
Allah. Saya ingat2 lupa, lebih kuranglah mimpinya- dia bermimpi
tentang satu binaan berkubah seakan-akan wakaf. Pengudaraan tempat
itu bagus dan pintu-pintunya sentiasa terbuka. Di dalamnya ada orang2
berpakaian putih yang berdiri atau duduk bersaf-saf. Dia ternampak
saya duduk berhampiran muka pintu belakang. Di kanan kiri saya ada
dua orang anak muda yang masih kecil (mungkin awal remaja).
Bangunan
itu ialah segala manhaj dan warisan Imam al-Ghazali dalam Tarekat
Ghazaliyah. Ahli-ahli jemaah itu semua ialah tokoh2 Tarekat
Ghazaliyah zaman-berzaman. Ramai wali Allah dalam kalangan mereka.
Keadaan mereka sama ada berdiri atau duduk itu memberikan
isyarat-isyarat tertentu.
Kedudukan
saya dalam tarekat ini pula hanya sekadar di bahagian belakang
sahaja, berhampiran pintu masuk. Memang sangat jauhlah ketinggalan
(sekadar di pinggiran keindahan). Hal itu juga melambangkan susunan
zaman para pengamal Tarekat Ghazaliyah ini sejak zaman Imam
al-Ghazali sehinggalah ke zaman kita ini. Padanlah saya dan
murid-murid berada di belakang sekali. Pintu belakang itu tidak lain
ialah penutup atau kesudahan kepada Tarekat Ghazaliyah ini iaitu
Hari Kehancuran dan seterusnya Hari Qiamat. Selepas daripada saya,
kemungkinan besar akan ada lagi para penerusnya kerana saya tidak
betul2 berada di muka pintu. Masih ada sedikit ruang lagi.
Wallahua'lam.
Remaja
di kiri kanan saya itu ialah perlambangan bagi anak-anak murid saya
dan juga perlambangan bagi ilmu muamalah dan ilmu mukasyafah saya
yang masih dikira terlalu muda/cetek/lemah berbanding tokoh2
terdahulu dalam tarekat ini.
Sewaktu
tuan hendak mengambil wuduk, tiba2 saya berada di sebelah tuan, saya
tersenyum sambil menoleh ke arah tuan. Kemudian saya katakan : "Ambil
la, 1000 je sehari dan 10 wirid."
Yang
1000 itu ialah lafaz zikir harian Tarekat Ghazaliyah yang biasa
disebut orang sebagai zikir harian Imam Ghazali atau ada yang sebut
sebagai zikir harian sahaja (kerana manjoriti manusia termasuklah
yang mengamalkan lafaz zikir harian itu tidak mengetahui bahawa
amalan popular itu ialah daripada Tarekat Ghazaliyah). 10 Wirid itu
ialah Bacaan 10 atau 10 Bacaan Harian Tarekat Ghazaliyah yang setiap
satunya 10 kali, sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam dalam kitabnya
Ihya' 'Ulumuddin. Kemudian tuan tersenyum.
Mimpi
ini juga bermaksud, tuan ialah orang pertama yang saya ajak (sedang
ajak/akan ajak) untuk mengambil Tarekat Ghazaliyah. Hal ini kerana
budaya Tarekat Ghazaliyah ini memang para pengamalnya tidak mengajak
orang lain untuk bertarekat Ghazaliyah, kecualilah atas sebab2 yang
khsuus, sebagaimana dalam kes tuan ini. Tarekat ini tidak bermatlamat
untuk mengajak orang, meramaikan pengikut, atau membesarkan jumlah
keahlian. Sebab itulah sepanjang 26 tahun saya mengamalkan tarekat
ini, belum pernah walau sekali saya mengajak seseorang untuk
bertarekat Ghazaliyah. Semua pengamal yang datang kemudian itu adalah
atas keikhlasan dan kehendak mereka sendiri. Tuanlah orang pertama
yang saya mahu ajak untuk bertarekat Ghazaliyah (setelah 26 tahun).
Begitulah
antara maksud mimpi tuan. Wallahualam.
17/12/21
(Tarikh soalan ditanyakan)
27/3/22
(Baru dapat memberi jawapan. Mohon maaf banyak2 atas kelewatan)