Apakah antara jalan keselamatan menurut Tarekat Ghazaliyah?
Jika mahu selamat, kita hendaklah mempunyai kemahiran dalam ilmu mengenal dan membeza (menyaring), dan kena berani menyaring dan membeza. Apa yang perlu dikenal dan dibeza? Umumnya ada 8 bangsa membeza dan mengenal iaitu :
Kenal diri – kenal Allah
Kenal dunia – kenal akhirat
Kenal syaitan – kenal malaikat
Kenal yang benar – kenal yang salah
Mengenal yang benar dan yang salah, atau mengenal yang haqq dan yang bathil inilah yang syaitan sangat suka jika didiamkan atau tidak diambil berat oleh umat Islam. Padahal antara fungsi utama para nabi dan kitab2 diturunkan adalah untuk mengenal, membeza dan menyaring antara yang benar dan salah. Individu atau perkumpulan yang bermasalah memang tidak suka hal2 mengenal, membeza dan menyaring ini.
Apakah antara jalan kebahagiaan dalam Tarekat Ghazaliyah?
Untuk mencapai maqam yang tinggi2 pula, kita hendaklah mencapai level kecintaan (bukan sekadar tahap suka atau minat, apatah lagi jika tahap terpaksa) terhadap 8 perkara berikut :
Cintai Allah, cintai Kitabullah.
Cintai Rasulullah, cintai as-sunnah.
Cintai diri, cintai ummah.
Cintai ibadah, cintai dakwah
Level cinta – Berbuat dalam keadaan kita memang sangat suka. Seseorang pecinta itu akan sangat selalu atau asyik terkenang2, terindu2, dan terpesona.
Kalau level suka – dalam keadaan suka... seseorang itu agak selalu terkenang2, agak selalu terindu2, agak selalu terpesona – tak sampai ke maqam cinta.
Contohnya – Al-Quran dan sunnah2 Nabi. Kita selalu tak terindu2, teringat2? Atau biasa2 sahaja? Atau jarang teringat pun?
Petikan Majlis Penerangan, Pengijazahan & Bai’ah Tariqah Ghazaliyah (secara atas talian) bagi tahun 2026, 3 Oktober 2026
No comments:
Post a Comment