Wednesday, January 8, 2020

Kita Yakin Atas Dasar Apa?


Berpesan guru saya lebih 20 tahun lalu (lebih kurang katanya)... RINGKASNYA, semua orang pun kurang ilmu agama termasuklah diri kita. Tetapi jika kita SANGAT kurang pengetahuan/ilmu hal ehwal agama, antara bahayanya :

i) Ada tindakan2/keputusan2 kita yang salah di sisi agama, tetapi kita pandang sebagai betul. Kita YAKIN SUNGGUH yang kita sedang betul. Tapi jika kita RAGU2 (sama ada kita sedang betul atau mungkin sedang salah), boleh tahan lagi jugalah.

ii) Ada tindakan2/keputusan2 orang lain yang sebenarnya betul di sisi agama, tetapi kita pandang sebagai salah.KIta YAKIN SUNGGUH yang orang lain itu memang sedang salah. Tapi jika kita ada RAGU2 (tidak pasti sama ada orang lain itu sedang salah atau sedang betul), masih boleh tahan lagi.

Jadi, untuk selamat khsuusnya di akhirat, sebelum ambil apa2 tindakan/keputusan PENTING, kaji terlebih dulu dengan sandaran2 agama yang berkaitan, ambil masa teliti dalam sedikit, bukan dengan sangka2 sahaja, agak2 sendiri dengan ilmu agama kita yang sangat lemah itu sahaja, sekadar dengar2 cakap orang, tambah2 lagi atas dasar sentimen dan emosi. Jangan ambil keputusan atau bertindak dulu, tetapi kaji dalam sedikit terlebih dahulu, kemudian baru buat keputusan dan bertindak.

Segala keputusan dan tindakan kita akan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak. Pastikan benar salahnya di sisi agama terlebih dahulu.

Semoga kita benar di sisi agama.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari
5 Januari 2020

Wednesday, January 1, 2020

Majukan Diri dalam Memperjuangkan Ad-Diin


Sememangnya kerja2 agama sangat memerlukan pengorbanan. Kita mestilah bersedia untuk korbankan sebahagian daripada masa lapang kita, masa seronok kita, aktiviti2 kesukaan kita, pendapatan kita, tenaga tubuh badan kita, harta benda kita, masa rehat kita, dan ruang selesa kita.

Hal sedemikian sememangnya menjadi fitrah bagi para rasul dan wali2 Allah. Kita yang mendakwa sebagai pencinta dan pencontoh mereka, tentunya kena mengikut jalan mereka juga,

Orang2 yang mendakwa mencintai agama tetapi tiada kesanggupan untuk mengorbankan sedikit daripada hal2 yang dinyatakan tadi, tidak akan sampai ke mana-mana dalam ad-diin ini.

Perjuangan dalam agama ini bukan atas dasar semangat semata-mata, tetapi beserta dengan tindakan.

Jika dulunya kita sanggup dan kuat berkorban tetapi kini semakin lemah dan banyak kurangnya, itu antara petanda kita semakin dijauhkan oleh Allah.

Jika dulunya kita lemah dan kurang dalam berkorban pada jalan Allah, tetapi kini semakin kuat, itu antara petanda kita semakin dihampirkan-Nya.

Semoga dimudahkan oleh Allah.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari
1 Januari 2020