Wednesday, January 1, 2020

Lelah dalam Dakwah Jika Tiada Kebijaksanaan


Tahun 2020 ini cadangnya dakwah LEBIH ditumpukan kepada orang2 yang memang mahu berbanding yang kurang/tidak mahu, tanpa meninggalkan mereka yang kurang/tidak mahu itu.

Hal ini kerana berdasarkan pengalaman, jika kita lebih usahakan ke atas 1000 orang yang kurang/tidak mahu, kita mungkin akan dapat istiqamahkan 10-20 orang sahaja. Banyak rugi masa, wang dan tenaga.

Tetapi jika kita lebih usahakan ke atas 1000 orang yang asalnya memang mahu, kita mungkin akan dapat istiqamahkan 700-800 orang. 700-800 orang ini pula boleh menyebar kepada ribuan orang lagi. Banyak keuntungan ke atas umat.


***Kita akan lelah dalam dakwah jika tidak mahu memakai nasihat orang tua2 yang lebih berpengalaman. dalam dunia tersebut.

Abu Zulfiqar Al-Amsyari
1 Januari 2020

MImpi Dunia Bergelap


Ada seorang pengunjung bertanyakan maksud mimpi dunia bergelap yang sahaya alami dan ada diceritakan di sini tempoh hari. Jadi, saya jelaskan dengan seringkas2nya sahaja sebagaimana berikut :

Saya ringkaskan sahaja lah ye. Ringkasnya... secara umumnya penghuni2 dunia sedang gelap ruh agama mereka, baik orang bukan Islam bahkan orang Islam sendiri. Dalam pada itu, ada segelintir orang2 yang cuba menghidupkan api ruh keagamaan umat ini, namun usaha mereka banyak menemui kegagalan. Walaupun gagal, mereka terus mencuba berkali2. Ada pula golongan orang2 pertengahan yang lebih ramai drpd kaum yang segelintir itu. Mereka juga perjuangkan agama dan umat tetapi kesedaran mereka tidak sekuat kaum yang segelintir itu. Namun apabila kaum yang segelintir itu beri penjelasan, kaum pertengahan ini dengan mudah akan dapat memahami apa yang sedang berlaku. Cuma, mereka juga kurang dapat bertindak. Dari segi tahu n faham, mereka memang ada. Dari kesedaran dan tindakan, agak lemah. Begitulah lebih kurang.

Semua ini berdasarkan gambaran yang berlaku dalam mimpi itu. Seluruh dunia bergelap. Ada rumah tertentu dan halaman tertentu. Ada orang dewasa dan kanak2 yang cuba menghidupkan api berkali2 di halaman yang luas tetapi banyak terpadam dan api tak mahu besar-besar. Ada pejuang agama duduk di kerusi di tengah halaman tanpa buat apa-apa. tetapi setelah disentuh hati mereka dengan beberapa patah perkataan, mereka pula yang dapat menghuraikan fenomena ketika itu menurut ajaran agama. Huraian mereka bagus-bagus tetapi masih duduk sahaja di kerusi. Wallahualam.

- Abu Zulfiqar Al-Amsyari
Disember 2019