Pengamal-pengamal Tarekat Ghazaliyah ini terdiri daripada
:
Kategori 1 - PENGAMAL
Orang yang sekadar mengamalkan Tarekat Ghazaliyah untuk
diri sendiri sahaja.
Kategori 2 - PENYEBAR
Selain daripada beramal untuk diri sendiri, dia juga biasa
menyampaikan dan menyebarkan maklumat tentang Tarekat Ghazaliyah kepada orang
lain.
Kategori 3 - PENGAWAL
Dia beramal, biasa menyampaikan kepada orang lain dan ada
kebolehan untuk memberi penjelasan tentang Tarekat Ghazaliyah sekiranya
dipersoalkan.
Kategori 4 - PEMANTAU
Beramal, menyampaikan, mampu mempertahankan dan
berkemampuan pula untuk mengesan, mengenalpasti dan bersuara tentang kesalahan
dan kelemahan yang terdapat dalam dunia tasawuf, sufi dan tarekat.
Abu Zulfiqar
29 Mei 2018