ANTARA USAHA MENGHISAB AMALAN RAMADHAN KITA
Agak2nya Setakat Mana Allah Terima Amal2 Ramadhan Aku yang Lalu?
Yang dimaksudkan di sini bukan amal puasa, tapi lebih tepat dan lebih meluas lagi iaitu amal2 Ramadhan.
Banyak orang melihat sudut yang sempit iaitu amal puasa, nak jaga puasa, nak kualitikan puasa dsb. Tapi dalam Tariqah Ghazaliyah, kita ditarbiyah untuk memandang yang lebih luas iaitu amal2 Ramadhan (termasuklah amal puasa fardhu itu).
1. Golongan terbagus (sangat beruntung) - Apabila tiba Ramadhan, bertambah zikrullahnya, bertambah lafaz2 zikrullahnya, bertambah solat2 sunatnya, bertambah tilawah Al-Qurannya, bertambah tadabbur Al-Qurannya, bertambah da’wahnya, bertambah doa2nya, dsb. Ringkas kata, tak sama macam hari2 biasa.
DAN selepas Ramadhan sampailah ke Ramadhan seterusnya, semua amal2 ini berterusan (istiqamah).
Amat sedikit orang yang berada dalam golongan ini.
2. Golongan yang bagus (beruntung) - Apabila tiba Ramadhan, bertambah zikrullahnya, bertambah lafaz2 zikrullahnya, bertambah solat2 sunatnya, bertambah tilawah Al-Qurannya, bertambah tadabbur Al-Qurannya, bertambah da’wahnya, bertambah doa2nya, dsb. Ringkas kata, tak sama macam hari2 biasa.
DAN selepas Ramadhan sampailah ke Ramadhan seterusnya, semua amal2 ini berterusan (istiqamah) tetapi ada berkurangan sedikit.
Sedikit sahaja orang yang berada dalam golongan ini.
3. Golongan yang kurang bagus (kurang beruntung, rugi) - Apabila tiba Ramadhan, umumnya bertambah zikrullahnya, bertambah lafaz2 zikrullahnya, bertambah solat2 sunatnya, bertambah tilawah Al-Qurannya, bertambah tadabbur Al-Qurannya, bertambah da’wahnya, bertambah doa2nya, dsb. Ringkas kata, tak sama macam hari2 biasa.
DAN selepas Ramadhan sampailah ke Ramadhan seterusnya, semua amal2 ini tidak berterusan (tidak istiqamah). Banyak berkurang dan ada yang tidak dibuat langsung.
Kebanyakan orang berada dalam golongan ini.
4. Golongan yang tidak bagus (malang, banyak rugi) - Apabila tiba Ramadhan, umumnya tidak bertambah pun zikrullahnya, tidak bertambah lafaz2 zikrullahnya, tidak bertambah solat2 sunatnya, tidak bertambah tilawah Al-Qurannya, tidak bertambah tadabbur Al-Qurannya, tidak bertambah da’wahnya, dsb. Lebih kurang sama je macam hari2 biasa. Jika bertambah pun, sangat sedikit.
Agak banyak juga orang dalam golongan ini.
5. Golongan yang sangat tidak bagus (amat malang, sangat kerugian) – Bulan Ramadhan ke, bulan biasa ke, sama sahaja. Umumnya apa amalan pun tak dibuat.
Ada segelintir orang yang sebegini.
Agaknya setakat manalah Allah terima amal2 Ramadhan aku yang lepas (2024)?
Caranya mudah sahaja. Renung2kan je kembali sebanyak manakah amal2 dalam bulan Ramadhan 2024 dulu yang masih kekal sampailah ke hari ini.
A. Jika banyak amal2 yang masih berjaya diistiqamahkan, maka insya-Allah sangat banyaklah amal2 Ramadhan 20024 kita yang Allah terima dan sangat tinggilah darjat amalan2 tersebut. Itulah gambaran level amal2 Ramadhan 2024 kita di sisi-Nya.
B. Jika berkurangan amal2 yang masih berjaya diistiqamahkan, maka insya-Allah banyaklah amal2 Ramadhan 20024 kita yang Allah terima dan tinggilah darjat amalan2 tersebut. Itulah gambaran level amal2 Ramadhan 2024 kita di sisi-Nya.
C. Jika banyak berkurangan amal2 yang masih berjaya diistiqamahkan, maka kuranglah amal2 Ramadhan 20024 kita yang Allah terima dan kurang tinggilah darjat amalan2 tersebut. Itulah gambaran level amal2 Ramadhan 2024 kita di sisi-Nya.
TINDAKAN (PERUBAHAN2 YANG AKAN DIBUAT)?
Untuk Ramadhan kali ini (2025), berazam sungguh2 untuk menambah zikrullahnya, menambah lafaz2 zikrullahnya, menambah solat2 sunatnya, menambah tilawah Al-Qurannya, menambah tadabbur Al-Qurannya, menambah da’wahnya, menambah doa2nya, dsb. Ringkas kata, tak sama macam hari2 biasa.
DAN selepas Ramadhan 2025 sampailah ke Ramadhan seterusnya (2026), semua amal2 ini mestilah berterusan (istiqamah). Jika berkurang pun, akan berkurang sedikit sahaja. Inilah azam kita.
*Jangan tunggu Ramadhan sampai baru hendak tambah amal. Biasanya ia akan hangat2 tahi ayam dalam seminggu dua Ramadhan sahaja.
*Biasanya yang gagal kekalkan momentum pada minggu terakhir Ramadhan, amal2 mereka akan merudum dengan hebatnya bermula Syawal.
No comments:
Post a Comment