Saturday, March 8, 2025

Himpunan Pesanan2 Pendek Abu Zulfiqar 1 2025

 

1. Zaman sekarang, pasangan yang income puluh2/ ratus2 ribu pun diuji dengan fitnah wang. Maka yang income biasa2 ini memang kena banyak bertabah dan bertolak ansur.

 

2. Wilayah pancaindera lebih lemah daripada wilayah aqal. Wilayah aqal pula lebih lemah daripada wilayah qalbu.

 

3. Pukau memang ada tapi jarang berlaku. Yang selalu terjadi itu sebenarnya kena tipu, tapi malu hendak mengaku.

 

4. Imam Ghazali bersusah payah menentang ajaran falsafah dan rafidhah, tapi musuh2nya memfitnahnya pula berfahaman falsafah dan rafidhah.

 

5. Manakan dapat diharap keikhlasan pandangan dan keputusan daripada orang2 yang takut terlepas kedudukan, jawatan dan pengaruh.

 

6. Kita tidak pedulikan kesusahan umat? Satu hari nanti umat pun akan tidak pedulikan kita. Lebih teruk lagi jika Allah sendiri tidak pedulikan kita.

 

7. Pembelaan itu sukar untuk diperoleh. Ia jadi lebih sukar untuk diperoleh sekiranya kita sendiri punya banyak kesilapan.

 

8. Jika kita masih mudah termakan umpan2 lalu sentiasa bersibuk2 dengan tangan2 sotong, sampai bila2 pun kita tidak akan dapat apa2kan kepala sotong.

 

9. Ringkasnya, tidak ada peperangan yang tidak melibatkan petugas2 kerahsiaan dan aktiviti2 kerahsiaan.

 

10. Tariq ini bertujuan “membawa” diri sebenar salik dari Alam Rendah ke Alam Tinggi, dari Alam Deria ke Alam Ruh, dari Alam Zahir ke Alam Batin, dari Alam Jasmani ke Alam Ruhani, dari Alam Depan Mata ke Alam Sebalik Mata, dari Alam Nyata ke Alam Ghaib, dari Alam Mata Kepala ke Alam Mata Qalbu.

 

Himpunan Tazkirah Pendek 2 Pak Long Abu

No comments: