Sesiapa yang mahu mendapatkan kebahagiaan sebenar, kitab Kimiya’ us-Sa’adah inilah kitabnya. Dan kitab yang lebih besar lagi tentulah kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.
Dalam kitab Kimiya’ ini Imam al-Ghazali menulis :
“Oleh itu, sesiapa yang ingin membuat kajian atau mahu mendalami ilmu ini, bolehlah merujuk dan mengkaji karya2 kami dalam bahasa Arab seperti Ihya’ ‘Ulumuddin, Jawahirul Quran, atau kompilasi lain berkaitan disiplin ini.”
Kitab Kimiya’ ni ditulis oleh Imaamul Ghazaali dalam bahasa Parsi.
Mengapa Imamul Ghazali karang kitab Kimiya’ ni dalam bahasa Parsi?
Ada beberapa sebab. Antaranya :
i) Tuan imam kita karang kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dalam bahasa Arab. Masalahnya, banyak pemimpin dan rakyat di Parsi tak pandai bahasa Arab. Orang2 di sana banyak guna bahasa Parsi. Jadi, Imaamul Ghazaali kemudiannya karang kitab yang pendek sikit daripada kitab Ihya’ iaitu kitab Kimiya’ us-Sa’aadah, dalam bahasa Parsi. Banyak maklumat daripada kitab Ihya’ dimasukkan ke dalam kitab Kimiya’.
ii) Kitab Ihya’ umumnya ditulis bersesuaian untuk seluruh dunia Islam. Kitab Kimiya’ pula umumnya ditulis bersesuaian dengan situasi di Parsi.
Kesimpulannya, kitab Kimiya’ ni bolehlah dikatakan sebagai adik kepada kitab Ihya’.
Imaamul Ghazaali menulis : “Matlamat (objektif) kitab ini adalah untuk membawa ilmu ini kepada masyarakat dan orang awwam kerana sesetengah orang telah meminta ilmu ini ditulis dalam bahasa Parsi agar mereka dapat memahaminya.”
… pengajian kitab Kimiya’ us-Sa’adah, Paklong Abu al-Ghazali, 22 02 25
No comments:
Post a Comment