HAMBA
ALLAH MENULIS : Moga kita dipertemukan dengan guru mursyid yang kamil
mukammil.
Ada
pendapat yang mengatakan terdapat 2 jalan untuk menuju Tuhan..
1.
Jalan melalui guru, yakni guru rohani/ mursyid. Jalan ini wajib
mengikut aturan dan disiplin yang telah ditetapkan oleh guru. Ianya
agak berbeza sedikit mengikut tarekat yang kita ikuti.
2.
Jalan majzub. Jalan tanpa guru mursyid. Jalan yang dianugerahkan
kepada hamba-Nya yang terpilih. Agak special dan jarang2 ada.
Sekadar
berkongsi.
Sila
tambah jika ada kekurangan.
JAWAPAN
KITA :
Dari
segi majzub dan bermursyid ini sebenarnya ada 3 jalan iaitu :
1.
Orang2 yang bermursyid lebih dahulu sehingga melepasi maqam
ma’rifatullah (awwal ad-diin) lalu baru majzub.
2.
Orang2 yang mazjub lebih dahulu tanpa bermursyid, lalu kemudiannya
baru menyambung dengan bermursyid.
3.
Orang2 yang majzub lebih dahulu tanpa bermursyid, dan terus tidak
bermursyid.
Mazjub
ini ibarat booster (atau kuasa roket dalam masa yang singkat) yang
kita lihat dalam perlumbaan2 kereta. Contohnya dalam filem Fast &
Furious. Booster atau kuasa roket ini memang boleh melajakkan kereta
kita dengan dahsyatnya tetapi hanya dalam jangka masa pendek,
contohnya 10 saat sahaja. Maka sesiapa yang awal tekan booster, maka
awallah habisnya. Sesiapa yang tekan kemudian, kemudianlah habisnya.
Biasanya
orang yang guna booster awal akan seronok awal (kerana meninggalkan
lawannya), tetapi orang yang guna booster kemudian akan seronok
kemudian kerana berjaya memenangi perlumbaan tersebut. Orang yang
guna booster awal itu sebagai contoh orang yang majzub awal, manakala
orang yang guan booster kemudian itu sebagai contoh orang yang majzub
kemudian (setelah bermursyid hingga melepasi maqam ma’rifatullah).
Bolehlah
diumpamakan juga macam masuk askar.
Lepas
SPM, datang tawaran masuk askar dengan gaji pendahuluan (prebet)
RM2000 dan gaji mati RM8000. Daripada seorang pelajar yang tidak
bergaji, tiba2 sahaja diberi gaji RM2000 dengan pelbagai kemudahan
lain, tentunya sangat seronok dan sukar untuk menolak tawaran
tersebut. Majoriti orang akan menerima tawaran ini kerana ia jalan
pintas, mudah dapat duit, segera bebas daripada berada di bawah
tanggungan orang lain (ibu bapa), cepat hidup bebas, dapat segera
mendirikan rumahtangga dan sebagainya. Ini contoh untuk orang yang
majzub dahulu dan tidak bermursyid.
Kedua2
jalan pun bagus. Cuma jika orang minta pandangan kita, kita akan
nasihatkan agar bersabar dahulu, tolak dahulu, tangguhkan dahulu.
Sebaliknya terus sambung belajar sehingga mendapat ijazah. Walaupun
lewat 4-5 tahun untuk berkerjaya, untuk ada gaji, untuk keluar
daripada tanggungan orang lain (ibu bapa), untuk hidup bebas, dan
sebagainya, tetapi gaji permulaan (leftenan muda) ialah RM3000 dan
gaji matinya RM15,000. Ini contoh orang yang majzub kemudian dan
bermursyid.
Bagi
kebanyakan orang, diberi majzub awal tanpa bermursyid itu suatu yang
mensukacitakan (kerana ia pantas, segera, jalan pintas, mudah).
Tetapi bagi segelintir orang, hal itu suatu yang mendukacitakan
(kerana “gaji mati”nya atau had maksima maqamnya adalah rendah –
walaupun orang awam memandangnya tinggi).
Ibarat
kita yang bergaji RM2,000, tiba2 ditawarkan secara mengejut gaji
RM50,000 dengan gaji mati RM100,000 pada bulan ini juga. Hal ini
memang sangat sukar untuk ditolak oleh kebanyakan orang. Tetapi jika
dapat ditolak dan ditangguhkan dahulu, walaupun lewat sedikit tetapi
insya-Allah kita akan dapat tawaran gaji RM80,000 dengan gaji mati
RM150,000. Namun orang2 yang sanggup bertahan ini sangat kecil
jumlahnya. Daripada gaji RM2,000 tiba2 pada bulan itu juga akan naik
jadi RM50,000, siapalah sangat yang mampu menolak, melainkan dengan
segera akan menerimanya.
Sebagaimana
juga para peserta lumba lari 1,500 meter. Orang yang speed dari awal
laju macam larian 100 meter, memang dia akan jauh berada di hadapan
pelari2 lain tetapi baru satu pusingan (400 meter), dia sudah
kehilangan angin (stamina). Pada pusingan terakhir nanti, dia sudah
tidak punya daya pecutan lagi. Sebaliknya orang2 yang tidak memecut
awal, pada pusingan terakhir nanti mereka masih boleh pecut laju.
Berbalik
kepada 3 jalan tadi, orang2 yang mengikuti jalan no. 3 biasanya akan
terhenti atau tersangkut pada ma’rifatullah iaitu maqam awwal,
hanya sedikit yang berjaya mencapai maqam nisf (pertengahan), amat
terpencil yang berjaya mencapai maqam akhir, dan hampir2 tidak ada
(atau mungkin tidak ada) yang berjaya mencapai maqam kamal
(sempurna).
Tetapi
bagi orang2 yang mengikuti jalan no. 1 dan no. 2, ramai yang berjaya
mencapai maqam nisf, agak banyak juga yang mencapai maqam akhir, dan
sebahagiannya berpeluang pula mencapai maqam kamal.
Jika
kita teliti, R4S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama &
sahabat2 utama yang lain) semuanya bermursyid lalu kemudiannya baru
majzub hingga mencapai sehingga maqam kamal. Rasulullah sendiri
bermursyid dengan Jibril, manakala para sahabat bermursyidkan
Rasulullah. Begitu juga dengan wali2 besar yang lain seperti Hasan
al-Basri, Imam al-Ghazali, Syaikh Abdul Qadir Jilani, Syaikh
Bahauddin Naqsyabandi, Fudhail bin Iyadh, para wali songo dan
sebagainya.
Jadi,
seboleh2nya jika kita tersedar yang kita dapat majzub awal, eloklah
mohon kepada Allah agar ditangguhkan dahulu. Atau sekiranya setelah
lama majzub awal lalu baru tersedar, eloklah disambung perjalanannya
dengan bermursyid pula.
Rumusannya,
sebagaimana kisah masuk askar di atas tadi, kedua2nya pun sangat
bagus. Terima tawaran awal (dengan maqam SPM) pun sangat bagus,
terima tawaran lewat kemudian (dengan maqam ijazah) pun sangat bagus.
Majzub awal (tanpa guru mursyid) sangat bagus, majzub kemudian
(setelah bermursyid) pun sangat bagus. Terpulang kepada kita mahu
memilih yang mana satu, kerana kedua-duanya pun sangat bagus. Cuma
perbezaan utamanya dari segi “gaji mati”nya.
Begitulah
penjelasan ringkasnya. Wallahua’lam.
14/1/24