1. Dalam pelajaran agama ini, kita jangan ada berhenti. Kita kena belajar berterusan walaupun tidak banyak. Jika kita sudah berhenti, maka setakat itu sahajalah yang kita capai. Sesuatu yang sudah berhenti, ia lebih susah untuk digerakkan kembali berbanding sesuatu yang sedia bergerak, sekalipun perlahan geraknya.
2. Belajar ilmu2 agama ini seboleh-bolehnya carilah yang bersanad, yang bersambungan sanad zahirnya tanpa terputus, dan jelas sanadnya.
3. Kita kena bertekad dan berusaha bersungguh-sungguh agar hal2 berikut tidak menjadi fitnah (penghalang) kepada kita dalam menambah ilmu2 agama dan dalam menyampaikan (mendakwahkan) ilmu2 agama. Hal2 itu ialah keluarga, anak isteri, kerjaya, perniagaan, harta-benda, rumah (kediaman), tanah, ladang, bangunan, kenderaan dan lain-lain.
4. Sekiranya kita jahil dalam agama, janganlah biarkan keturunan kita jahil macam kita juga. Kita berkorbanlah dan berikanlah peluang seluas2nya untuk mereka mendapatkan ilmu2 agama.
- Antara pesanan2 dalam pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin siri ke-281
Abu Zulfiqar al-Amsyari
September 2023
Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment