Saturday, September 2, 2023

Menjana Diri Sendiri

 

Berzikrullahlah sebagaimana yang dianjurkan oleh guru dan tariq, sehingga suatu hari nanti engkau melakukannya bukan kerana dianjurkan oleh guru dan tariq lagi, melainkan kerana engkau sangat ingat, cinta dan rindu akan Allah.


Beradab dan berakhlak santunlah sebagaimana yang selalu dipesan oleh guru dan tariq, sampailah suatu hari nanti engkau melakukannya bukan kerana dipesan oleh guru dan tariq lagi melainkan kerana engkau sudah sangat ingat, cinta dan rindu akan Allah dan akhlak Rasulullah saw.


Berjuang dan berdakwahlah sebagaimana yang selalu dicontohkan oleh guru dan tariq, sampailah suatu hari nanti engkau melakukannya bukan kerana dicontohkan oleh guru dan tariq lagi melainkan kerana engkau sudah sampai ke maqam sangat ingat, cinta dan rindu akan Allah, Rasulullah dan amalan para sahabatnya.


Beramal agamalah sebagaimana yang selalu diperingatkan oleh guru dan tariq, sampailah suatu hari nanti engkau melakukannya bukan kerana diperingatkan oleh guru dan tariq lagi melainkan kerana engkau sendiri sudah sangat ingat, cinta dan rindu akan Allah.


Ketika engkau sudah mencapai keadaan melaksanakan tanpa bertaraf perlu lagi untuk dianjurkan, dipesan, dicontohkan dan diingatkan, ketika itu engkau dengan izin Allah biasanya sudah dapat menjana dengan baik nur dirimu sendiri. Walau engkau tinggal berseorangan pun, walau dimusuhi seluruh manusia dan jin pun, nur mu tetap ada, tetap besar dan tidak akan terpadam.


Nur”mu yang terjana baik sentiasa berlarian di “hadapan” dan di “kanan”mu.

 

May be an image of 1 person


Abu Zulfiqar al-Amsyari

2/9/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi


No comments: