Imam al-Ghazali mengingatkan : “Seorang murid memerlukan seorang syaikh (mursyid, guru) untuk menunjukkannya ke jalan yang benar. Sesungguhnya jalan agama itu sulit manakala jalan syaitan itu banyak lagi terang. Orang yang tiada mempunyai guru yang akan menunjukkannya, nescaya dia akan dibawa oleh syaitan kepada jalan syaitan.”
Berkata al-Imam lagi : “Maka hendaklah dia berpegang kepada gurunya sebagaimana seorang buta berpegang kepada penuntun (tukang pimpin) di tepai sungai, di mana dia menyerahkan seluruh urusannya (maksudnya urusan2 berkaitan keruhanian sahaja, bukannya dalam segala urusan) kepada penuntun itu.”
- Imam al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Latihan Qalbu
3/9/23
No comments:
Post a Comment