1. Umumnya zaman-berzaman semua tokoh utama umat ialah seorang yang minat membaca.
2. Sepanjang hidup ini, moga Allah jauhkan kita daripada menzalimi, menganiaya, menindas dan mengkhianati orang. Moga mati kita nanti aman.
3. Seperti biasa, apabila isu remeh dijulang tinggi, pasti ada isu penting yang sedang diusaha secara agak sembunyi2. Maka kita janganlah jahil berulang2 kali.
4. Jangan mudah2 terima suruhan, saranan, atau gesaan orang kerana mereka akan lepas tangan sahaja jika berlaku sesuatu atau banyak hal yang buruk kepada kita.
5. Dewa-dewi alami krisis kepercayaan bahawa tubuh manusia sudah Allah cipta dengan sistem pertahanan dan kesembuhan yang sempurna.
6. Kadang2 antivirus yang diinstall untuk menerussihatkan komputer itulah yang sebenarnya mempercepatlingkupkan komputer. Kenangan akhir 90-an dan awal 2000-an.
7. Setelah diingatkan berkali-kali tetapi masih tidak mahu berubah, khuatir hati kita sudah jadi batu, atau jadi daun keladi yang tidak bisa basah.
8. Singa2 yang sedang berehat kekenyangan di tepi padang memang suka jika seluruh haiwan buruan penghuni padang terus bertelagah dan bertempur sesama sendiri. Senang untuk singa2 terus mencari makan dengan selesa.
9. Membawa damai dan cinta antara pihak2 muslim bertelingkah, selalu juga kita yang kedua2 pihak belasah.
10. Kala orang2 terus menyimbah minyak ke api kebencian sesama umat, para sufi terus membawa cinta dan kasih sayang.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment