ANTARA SEMBANG2 HALAQAH USRAH 27/8/2021
A : Dalam diri kita (manusia) sudah ditanamkan awal2 tiga sifat makhluk2 yang dijadikan sebelum kita iaitu sifat kemalaikatan, sifat kehaiwanan, dan sifat kesyaitanan. Mana-mana satu yang lebih mendominasi, itulah yang selalu akan terkeluar daripada diri kita.
B : Maksud terkeluar tu macam mana?
A : Maksudnya, akan terpapar dalam gerak-geri kita, kata2 kita, dan penulisan kita.
C : Itu kata2 Imam Ghazali kan?
A : Ya. Masa kita syarahkan kitab Ihya' dulu selalu kita sentuh.
- Halaqah usrah 27/8/2021
A : Biarlah kita sedikit tetapi berkualiti, daripada banyak tetapi tidak berkualiti.
C : Tapi, kuantiti pun penting juga kan?
A
: Ya. Betul. Jika dapat kedua-duanya iaitu kualiti dan kuantiti
sekaligus, lagilah bagus. Cuma tadi kita maksudkan perbandingan
antara dua situasi iaitu :
i. tidak ramai tetapi bagus2,
atau
ii. ramai tetapi tidak bagus2
C : Ok. Faham. Selalu juga yang sedikit pun boleh mengatasi yang banyak.
D : Dengan izin Allah.
C : Ya, dengan izin Allah.
- Halaqah usrah 27/8/2021
A : Walau orang lain terus menyebarkan kebencian, kecaman, permusuhan, tidak saling meraikan, malah saling mendoakan keburukan, namun para sufi tetap menyebarkan kasih sayang, penerangan, perdamaian, sikap saling meraikan, malah saling mendoakan kesejahteraan. Tidak datang daripada lisan dan tulisan mereka akan cercaan, sindiran, kelucahan, perlian, kecaman, hinaan, atau kebencian.
B : Setiap ahli usrah mesti terus berpegang dan bertahan dengan akhlak yang sebegini, walaupun berat dugaannya. Akan tetap ada pihak2 yang tidak senang melihat sikap kita yang sebegini.
A : Ya. Pintu2 fitnah ada di mana-mana. Berhati2lah. Elaklah selagi mampu.
C : Kita teruslah ajak orang kepada hal2 yang boleh mewujudkan kesatuan. Hal2 yang boleh merenggangkan kesatuan umat, janganlah disentuh.
A : Walaupun antara kita tentunya ada hal2 yang tidak kita semua sepakati 100%, tetapi dalam masa2 ujian besar sebegini, perbezaan hendaklah diketepikan selagi boleh. Hormati dan raikan pandangan orang lain. Maka banyak hal2 besar yang boleh kita usaha untuk tangani bersama.
-Halaqan usrah 27/8/2021
Antara dugaan dalam dakwah ini contohnya apabila kita menyaksikan ribuan ekor ikan besar melompat ke darat (untuk membunuh diri). Kita tidak akan berkemampuan dan berkesempatan untuk menghalakan kesemuanya ke laut kembali. Tetapi kita usahakanlah juga untuk memulangkan beberapa ekor ikan itu ke laut, sekadar kemampuan dan kesempatan kita.
- Halaqah usrah 27/8/21
Teruslah berpegang dengan Risalah Qudsiyyah Imam al-Ghazali, kerana itulah inti 'aqidah ASWJ. Untuk mendaki dari tauhid 'aqidah (iman, mu'min, tungku kedua hadith Jibril) ke tauhidnya tasawuf sufi (ihsan, muhsin, tungku ketiga hadith Jibril) pun di situlah kuncinya.
Insya-Allah dengan tauhidnya tasawuf inilah antara bekalan utama kita berhadapan dengan si mata satu yang "menjadi" Tuhan kelak (berkaitan tungku keempat hadith Jibril), kerana permainannya dan fitnahnya adalah jauh lebih halus lagi daripada tauhid tungku kedua ('aqidah, usuluddin, kalam).
Teguhkan kesemua tungku ad-ddin dalam hadith Jibril itu.
- Halaqah usrah 27/8/21
No comments:
Post a Comment