Biasanya, walaupun seseorang wanita itu lemah-lembut dan agak bersifat kurang berani, tetapi jika anak kecilnya terserempak dengan haiwan (anjing, ular, kera dsb), dia tiba2 akan jadi luar biasa berani, macam singa dan sanggup buat apa sahaja untuk menyelamatkan anaknya. Kita yakin, ibu2 dalam kalangan umat Islam hari ini juga punya semangat yang sama dalam mempertahankan anak2 mereka. 23/8
Kita nak mahir tentang jantung iitu qalbu zahir (jantung) itu pun pelajaran khususnya mahu belasan tahun. Setakat nak sampai ke level tahu, itu pun sudah 6-7 tahun. Campur2 semua pelajaran sejak kecil. nak jadi seornag yang "ahli" tentang jantung zahir pun kurang2 kena belajar lebih daripada 20 tahun.
Rasa2... untuk jadi seorang yang "ahli" dalam qalbu batin yang jauh lebih rumit itu berapa lama perlu masa belajarnya?
Sebab itulah kita tak boleh berharapa kepada usaha belajar kita sahaja. Kita kena mohon kepada Dia kerana Dialah yang menentukan cepat atau lambatnya.
- Halaqah usrah 25/8/2021
Sebagaimana qalbu yang zahir, qalbu yang batin itu juga ada penyakit2nya, pesakit2nya, tabib2nya, pelajar2nya, tempat2 rawatannya, pantang-larangnya, vitamin2nya, tanda2 kelemahan atau kekuatannya, ada riadah2nya, penawar2nya, dan racun2nya. Sebab itulah kena berusaha gigih mencari guru2 yang mursyid dalam hal ehwal qalbu batin ini. Orang2 yang "ahli" dalam juzuk2 agama Islam yang lain, belum tentu mereka juga "ahli" dalam juzuk qalbu ini. Jangan tersilap pilih "ahli".
- Halaqah usrah 25/8/2021
Vitamin bagi qalbu itu ialah segala yang dapat membantu dalam memulihkan, menyihatkan, menguatkan, menyuburkan dan mencantikkannya. Secara ringkasnya, vitamin2 ini tidak berada dalam pengajian2 wilayah anggota (fiqh/islam), atau pengajian2 wilayah aqal (iman, aqidah, kalam, usuluddin), tetapi berada dalam pengajian2 wilayah qalbu (ihsan, tasawuf, sufi, tariqah). Kita carilah ubat dan supplemen di kedai yang betul dan daripada tuan kedai yang betul.
- Halaqah usrah 25/8/2021
No comments:
Post a Comment