Friday, August 20, 2021

Beberapa Pengisian Pengajian Zmn Akhir

 

Apabila kita belajar dan mengamal ilmu2 zaman akhir ini, kita memang tidak boleh lari daripada hadith Jibril. Semua (lima komponen, 4 perkara) komponen hadith Jibril itu adalah ad-diin. Mana mungkin mahu dibuang walau satu (maka apa jadi pada ad-diinnya?). Bahkan mana mungkin mahu dianggap kurang penting walau salah satu. Semua kena diberi penekanan berat.

Masih ingat piramid hadith Jibril?

- Rakaman Pengajian Zaman Akhir


Janganlah terhenti pada islam (fiqh) sahaja, teruskan ke iman ('aqidah).

Janganlah terhenti pada iman sahaja, teruskan ke ihsan (tasawuf).

Dan janganlah terhenti pada ihsan sahaja, teruskan ke as-sa'ah (akhir zaman, zaman akhir, hari kehancuran, qiyamah).

Inilah ad-ddin (menurut hadith Jibril - yang menjadi bekalan dan pakaian para mursyid).

- Video pengajian zaman akhir


Orang2 yang kelihatan kerasukan jin itu ada beberapa keadaan seperti :

1. buat2, lakonan, tiada kaitan dengan jin

2. yang betul2 dirasuk jin

3. mengalami gangguan mental, tiada kaitan dengan jin

4. dikuasai semangat diri, minda bawah sedar, hipnotis - tiada gangguan jin

5. gabungan 2, 3 atau semua yang di atas.

- Pengajian Zaman Akhir


No comments: