Sunday, May 30, 2021

Masalah Sanad Tarekat yang Terputus

 

Sanad tarekat yang terputus, itu biasa dalam tarekat. Tapi jika ada peluang, carilah tarekat yang sanadnya bersambung 100% sampai kepada Rasulullah SAW.


Ada orang bertanya : "Kalau sanadnya terputus, bermakna kita perlu tinggalkan tarekat tersebut dan cari tarekat yang memiliki sanad sampai kepada Rasulullah SAW. Betulkan Syeikh?"


Jawapannya : Tidak juga tuan. Memang banyak sanad-sanad tarekat yang terputus, bahkan ada yang sampai terputus pada 2-3 tempat. Tapi sanad tarekat tak sama dengan sanad hadith atau sanad kitab. Hal itu boleh sahaja dalam tarekat. Cuma jika ada peluang, eloklah cari yang sanadnya tidak terputus langsung.


Wallahua'lam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

30 Mei 2021

Ustaz Anti Vaksin Ke?

 

Ustaz anti vaksin ke?


Tidak. Sejak bayi lagi saya, isteri dan anak-anak ambil semua vaksin yang diberikan. Saya tidak anti vaksin, saya cuma anti sikapSEGELINTIR penerima vaksin sekarang yang berasa diri mereka KEBAL daripada Covid lalu menunjuk-nunjuk yang mereka boleh buat itu ini (yang melanggar adab-adab dan SOP) lalu menyusahkan orang-orang lain di sekitar mereka yang menjaga adab-adab dan SOP, sama ada orang-orang itu telah divaksin atau tidak. Perbuatan mereka itu boleh menyebabkan diri mereka dan orang lain dijangkiti Covid, sebagaimana yang saya sentuh dalam artikel saya BENARKAH KEBAL SETELAH DIVAKSIN di http://alexanderwathern.blogspot.com/2021/05/kebal-setelah-divaksin.html


Harap bolehlah dibezakan antara :

i) anti vaksin, dan

ii) anti sikap SEGELINTIR penerima vaksin sekarang yang berasa diri mereka KEBAL daripada Covid lalu menyusahkan orang lain.


Jauh bezanya tu.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

29 Mei 2021

Thursday, May 27, 2021

Benarkah Kebal Setelah Divaksin?

Tahniah kepada yang sudah menerima vaksin. Tahniah yang lebih lagi kepada majoriti penerima vaksin yang terus menjaga adab-adab sebagai penerima vaksin. Malangnya ada segelintir penerima vaksin yang tidak mahu mengamalkan adab-adab. Mereka berasakan yang diri mereka sudah kebal lalu melakukan perkara-perkara yang meresahkan orang lain.


Golongan yang segelintir ini berpegangan bahawa :

i. mereka sudah tidak akan terkena Covid lagi.

ii. mereka tidak akan menjadi pembawa dan penyebar Covid lagi.

iii. mereka sudah boleh bergerak dan bergaul bebas sebagaimana sebelum era Covid dahulu.

iv. mereka tidak perlu patuh SOP, pakai mask, dan jaga penjarakan lagi.

v. dan mungkin ada yang menganggap vaksin yang diterimanya 100% dapat menghalang jangkitan Covid.


Apabila berada berasa-sama dengan mereka di masjid, di pasar, di kedai dan sebagainya, orang ramai pula yang susah hati terutamanya orang ramai yang belum menerima vaksin. Kadang-kadang kelihatan macam hendak menunjuk-nunjuk pun ada juga, lebih-lebih lagi jika mereka ada berdua atau lebih. Bertepuk bertampar berpeluk di hadapan orang ramai, duduk berhimpit sebelah-menyebelah, naik motor sekali, kongsi makanan minuman dan peralatannya, terjumpa kita terus hendak bersalam dan berpeluk, dipegang-pegangnya bahu kita, dan macam-macam perangai lagi. Dengan anak-anak kecil orang lain pun dibuatnya begitu. Bahaya sebenarnya tu. Tahulah mereka sudah divaksin, tapi peduli jugalah orang lain sama terutamanya yang belum menerima vaksin.


Kepada golongan yang segelintir ini, kita minta mereka hadamkan terlebih dahulu maklumat-maklumat di bawah :


1. SINAR HARIAN 19 Mei 2021- Negara paling tinggi peratusan vaksin iaitu Seychelles bergelut dengan peningkatan kes. Lebih 60% daripada penduduk negara Seychelles telah disuntik vaksin. Seychelles merupakan negara paling tinggi di dunia yang peratusan rakyatnya menerima vaksin. Namun kemudian pada awal Mei, ratusan penduduknya dijangkiti Covid setiap hari. 1 per 3 daripada jumlah itu ialah mereka yang sudah menerima 2 dos suntikan vaksin. Yang menerima 1 dos tetapi masih dijangkiti adalah lebih ramai.


https://www.sinarharian.com.my/article/139309/GLOBAL/Negara-paling-tinggi-peratusan-vaksin-bergelut-peningkatan-kes


2. SINAR HARIAN 18 Mei 2021 - 134 orang penduduk Switzerland dijangkiti Covid-19 walaupun selepas terima vaksin. 12 orang daripadanya maut. Disebut dalam berita itu : "Dengan kebanyakan warga emas telah divaksin setakat ini, jumlah jangkitan selepas vaksinasi dilihat lebih tinggi di kalangan warga tua."


https://www.sinarharian.com.my/article/139137/KHAS/Covid-19/134-penduduk-Switzerland-dijangkiti-Covid-19-selepas-terima-vaksin


3. SINAR HARIAN 27 Mei 2021 - 870 orang petugas kesihatan di Malaysia dijangkiti Covid-19 walaupun selepas terima vaksin. Sebahagiannya sudah mendapat dua dos.


https://www.sinarharian.com.my/article/140764/KHAS/Covid-19/870-petugas-kesihatan-dijangkiti-Covid-19-selepas-terima-vaksin


4. BERITA HARIAN 18 April 2021 - Persepsi bahawa penerima vaksin sudah kebal daripada COVID-19 itu merupakan salah faham. Menurut Dr. Norhisyam : "Sembilan orang yang dijangkiti (walaupun selepas dua dos dan setelah dua minggu menerima dos kedua) itu juga mungkin kerana terleka dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP), sebab itu penerima vaksin masih perlu patuhi penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan seumpamanya."


Maksudnya, adab-adab masih tetap sama seperti sebelum menerima vaksin. Dalam berita itu juga dinyatakan : "Peranan vaksin COVID-19 bukan untuk memastikan penerimanya tidak lagi dijangkiti virus berkenaan, sebaliknya bagi memastikan tubuh badan memiliki sistem imunisasi yang kuat."


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/808163/persepsi-penerima-vaksin-kebal-daripada-covid-19-adalah-salah-faham


5. ASTRO AWANI 17 April 2021 - 9 orang petugas kesihatan i Malaysia dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dos vaksin. Mereka dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin. 31 kes lagi yang juga melibatkan petugas kesihatan dikesan kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin COVID-19.


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/9-petugas-kesihatan-dijangkiti-covid19-selepas-lengkapkan-dos-vaksin-kp-kesihatan-293713


6. HARAKAHDAILY 20 April 2021 - Jangkitan Covid walaupun selepas vaksinasi memang sudah dijangka dari awal. Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani - Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengatakan : 'Walhalnya kesemua perkara ini telah dijangka dari awal lagi malah kerajaan sendiri telah berkali-kali menegaskan bahawa vaksin tidak 100 peratus berkesan untuk menghalang jangkitan. Semakin bertambah jumlah mereka yang menerima serta melengkapkan semua dos vaksin, semakin banyak kes jangkitan COVID-19 yang akan dilaporkan."


Dikatakan juga dalam berita itu bahawa beberapa hari sebelum itu terdapat lebih kurang 5,800 individu yang telah menerima vaksin COVID-19 di Amerika Syarikat masih terkena jangkitan Covid.


https://harakahdaily.net/index.php/2021/04/20/jangkitan-selepas-vaksinasi-adalah-kecil-telah-dijangka/


7. BERITA HARIAN 23 Mei 2021 - Berita ini menjelaskan lagi bahawa tidak ada vaksin yang 100% dapat menghalang jangkitan Covid. Ada yang kemampuannya sekadar 33%, 50%, 60%, 88%, 93% dan sebagainya untuk menangani pelbagai varian Covid.


https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/05/819734/covid-19-vaksin-pfizer-astrazeneca-berkesan-terhadap-varian-india-kajian


8. HARAKAHDAILY 12 Mac 2021 - Dr Suhazeli Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga, Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengatakan : "Terdapat beberapa kes di luar negara, doktor dan jururawat meninggal dunia dijangkiti COVID-19, pada hal telah pun diberi vaksin COVID kepada mereka." Katanya lagi : " Adakah syarikat pengeluar mendakwa bahawa vaksin yang mereka keluarkan itu 100 peratus boleh mencegah dari dijangkiti oleh wabak virus? Sudah tentu tidak." Katanya lagi : "Kalau terdapat laporan yang mengatakan bahawa petugas kesihatan positif dan mati akibat COVID-19, walaupun telah divaksinkan – kita harus terima hakikat itu. Tidak perlu menafikannya."

https://harakahdaily.net/index.php/2021/03/12/dijangkiti-covid-19-walaupun-telah-disuntik-vaksin/


9. SUARA MERDEKA - ADUN Taman Medan positif Covid walaupun selepas mengambil dua dos vaksin lengkap beberapa minggu sebelum itu.


https://suaramerdeka.com.my/covid-19-adun-taman-medan-positif-selepas-dos-vaksin-lengkap/


10. KHN.ORG - April 1, 2021 - The Shock and Reality of Catching Covid After Being Vaccinated.

In data released Thursday, the Centers for Disease Control and Prevention reported that at least 5,800 people had fallen ill or tested positive for the coronavirus two weeks or more after they completed both doses of the Pfizer-BioNTech or Moderna vaccine.


https://khn.org/news/article/the-shock-and-reality-of-catching-covid-after-being-vaccinated/



ARTIKEL2 LAIN YANG BAGUS UNTUK DIHADAMKAN


1. Vaksin lawan varian: Apa yang kita tahu setakat ini?

malaysiakini.com/news/575147


2. Vaksin Novavax tidak berkesan kepada varian COVID-19 Afrika Selatan

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/01/780935/vaksin-novavax-tidak-berkesan-kepada-varian-covid-19-afrika-selatan


3. Perlukan suntikan dos ketiga vaksin COVID-19?

https://harakahdaily.net/index.php/2021/04/19/perlukan-suntikan-dos-ketiga-vaksin-covid-19/



PENGHUJUNG BICARA


Jadi, kepada golongan yang segelintir tadi, janganlah berasa diri sudah kebal dan teruslah memelihara adab-adab yang sudah ditetapkan. Majoriti penerima vaksin dapat melakukannya, mengapa anda tidak? Jom kita saling jaga kita :)


Semoga dimudahkan Allah segala urusan keduniaan dan keakhiratan kita.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

27 Mei 2021

Wednesday, May 26, 2021

Maqam2 yang Dimaqsudkan (yang menjadi tujuan)

Maqam ma'rifah itu akhir bagi awwam tetapi awwal bagi sufi. Maka namanya awwal ad-diin.


Awwaluddin (ma'rifatullah) itu ada merata2. Nisfuddin, akhiruddin dan seterusnya kamaluddin itu yang sukar dijumpa.


Di Youtube - Awwaluddin (ma'rifatullah) itu baaanyak ada. Nisf ad-diin, saaangat kurang ada. Akhir ad-diin, hampir2 tidak ada. Kamal ad-diin, memang tidak ada.


Mencari yang dimaqsudkan biarlah kena dengan tempatnya. Bergantung kepada sejauhmana maqsudmu.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

Mei 2021

Rangkaian Virus Ini Boleh Diputuskan Asalkan Kita Sanggup Berkorban

 

Dengan izin Allah SWT, sekiranya penduduk negara ini (atasan, bawahan, tetap, pendatang) sanggup berkorban dan mematuhi peraturan dalam masa 25-28 hari sahaja untuk mendapatkan keselesaan bertahun-tahun akan datang, insya-Allah Covid 19 akan terhapus dari negara kita ini.


Hasilnya, kita tidak perlu pun kepada vaksin. Tidak ada penduduk yang akan divaksin. Duit beli vaksin boleh disalurkan kepada rakyat atau urusan penting lain. Hanya orang2 yang mahu masuk ke negara ini sahaja yang kita wajibkan sudah selesai divaksin dan wajib kuarantin. Jadi, tak adalah Covid 19 dan SOP di negara ini (melainkan mungkin kes2 terpencil 1-2 kes sehari, tapi rasanya tak akan ada juga).


Dalam masa sebulan sahaja Covid 19 dan SOP (yang kononnya agenda yahudi, Dajjal, Zionis, Freemason, China, WHO, Illuminati atau sebagainya itu) akan berlalu pergi dan kita boleh hidup sekaan-akan sebagaimana biasa.


Masalahnya :

1. Yang agamawan sendiri pun ada yang tidak mahu patuh, apatah lagi yang tidak agamawan. Ahli masjid pun ada yang tidak mahu patuh, apatah lagi yang bukan ahli masjid. Yang berserban berjubah pun ada yang engkar, apatah lagi muslim yang berseluar pendek di mata umum. Yang pendakwah pun ada enggan, apatah lagi yang biasa-biasa. Apabila ada yang muslim sendiri tidak mahu patuh dan menunjukkan contoh, yang bukan muslim entahlah.


Kajilah, dengan sekian banyak peraturan pun sudah berapa banyak kluster masjid dan surau wujud? Tetapi pihak berkuasa sentiasa berusaha gigih untuk "memalingkan" nama agar tidak dikaitkan dengan masjid dan surau untuk memelihara imej agama Islam dan para penganutnya agar tidak dikecam terusk sebagaimana kes Kluster Tabligh dahulu. Bayangkanlah jika tidak diwujudkan peraturan2 tersebut? Lagilah berlambak-lambak kluster masjid dan surau. Malangnya sebahagian umat Islam sendiri tak kisah pun.


2. Ramai penduduk tidak sanggup untuk mengorbankan 25-28 hari itu (dengan mematuhi segala peraturan SOP) untuk keselesaan bertahun-tahun. Sebaliknya ramai penduduk tak kisah untuk mengorbankan bertahun-tahun berbanding 25-28 hari. Inilah situasi yang sedang dan mungkin akan kita terus hadapi bertahun-tahun akan datang.


(Untuk dunia dan akhirat pun begitu juga. Ramai yang tidak sanggup untuk mengorbankan dunia yang tidak sampai sedetik ini untuk mendapatkan keselesaan selama-lamanya di akhirat nanti. Manusia lebih suka memilih untuk selesa hari ini walaupun terpaksa menderita lama pada hari2 mendatang)


3. Tak perlu lihat orang lain, check amal diri sendiri sahaja sudah cukup. Ada tak satu tempoh 25-28 hari yang kita patuhi semua 100% SOP dan peraturan? Mengapa kita tidak sanggup untuk mengorbankan 25-28 hari sahaja untuk kesenangan bertahun-tahun tetapi lebih memilih untuk mengorbankan yang bertahun-tahun akan datang hanya untuk keselesaan sehari dua ini?


4. Konsep tawakal sebahagian orang yang sebenarnya tidak kena dengan tawakal yang dianjurkan oleh Islam. Mereka sangkakan yang mereka pegang itulah konsep tawakal yang dianjurkan oleh Islam. Mintalah guru2 agama huraikan Kitab Tauhid dan Tawakal dalam kitab Ihya Ulumuddin Imam Ghazali. Kita buka kitab besar sikit biar dapat konsep tawakal yang betul-betul tepat. Diajarkan di sana cara tawakal yang selaras tepat dengan agama Islam. Kemudian bandingkanlah konsep tawakal yang sebenar itu dengan konsep tawakal yang kita pegang selama hari ini, sama ke tidak, ataupun sebenarnya ramai yang tersasar. Ramai juga yang asyik terikut2 konsep tawakal orang2 lain tanpa mahu meneliti terlebih dahulu. Belum usaha, belum tahu.


Covid 19 dan SOP yang berlarutan lebih daripada sebulan ini (dah lebih setahun) nampaknya bukan lagi agenda Dajjal dan sebagainya itu tetapi lebih kepada agenda kita sendiri. JIka benar agenda mereka, cukup sebulan sahaja untuk ditamatkan. Tapi biasalah, kita akan tujukan kesalahan kepada pihak itu pihak ini untuk menafikan kesalahan dan kelemahan diri kita sendiri.


Lagi, salah faham golongan yang sudah divaksin atau yang sudah pernah kena Covid 19 pula, yang mesti diperbetulkan :

1. Kita tidak akan kena Covid 19 lagi.

2. Kita tidak akan jadi ejen penyebaran Covid 19 kepada ibu bapa, anak-anak dan orang lain lagi.

3. Kita tidak perlu patuh SOP lagi.

4. Kita sudah boleh menjalani kehidupan biasa sebagaimana sebelum era Covid 19 dahulu.

5. Kita tidak perlu memakai mask lagi.

6. Kita tidak perlu menjaga jarak lagi.

7. Kita sudah kebal daripada semua varian Covid 19.


Kesian kepada golongan yang patuh peraturan dan sanggup berkorban. Mereka yang sepatutnya korbankan keselesaan 25-28 hari sahaja tetapi sudah lebih setahun pun terpaksa berkorban juga kerana perlakuan individu2 yang engkar.


Persoalannya, sanggupkah aku mengorbankan 25-28 hari untuk keselesaan bertahun2 akan datang?

Ramai yang tidak sanggup.


Mulakan dengan diri sendiri. Jangan ikut orang2 lain yang enggan patuh.

Mulakan dengan keluarga sendiri. Jangan ikut keluarga2 lain yang enggan patuh.

Jika kita sendiri tidak mulakan, siapa yang kita harap hendak mulakan?


Sekiranya penduduk tidak sanggup mengorbankan 25-28 hari sepenuhnya, mungkin sampai bila-bila pun Covid akan terus berada dalam kalangan kita dan mungkin kita terpaksa hidup dengan SOP (dan segala permasalahannya ini) sampai bila-bila. Itukah yang kita mahu?


Sepatutnya Covid 19 dan SOP hanya bertahan sebulan sahaja di negara kita ini dahulu (jika semua orang sanggup korbankan 25-28 hari), tetapi keengkaran sebahagian penduduklah yang menyebabkan ia berpanjangan sehingga ke hari ini (lebih setahun) dan mungkin akan bertahun2 lagi. Jika kita tak kisah untuk hidup berterusan dengan Covid 19, SOP demi SOP, vaksin demi vaksin, sekurang2nya berilah peluang kepada anak-anak kita nanti untuk hidup di zaman yang bebas daripada semua itu.


Jika penduduk sedia berkorban 25-28 hari, rasanya tiada masalah untuk pihak pemerintah menanggung rakyatnya dalam tempoh sesingkat itu. Jika sudah bertahun, siapa nak sanggup tanggung kita?


Mulakan dengan diri kita.



Semoga Allah mudahkan segala urusan keduniaan dan keakhiratan kita.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

22 MEI 2021

 

*Tetapi, jika tempoh 25-28 hari itu tidak betul-betul tegas sebagaimana di Wuhan dulu, ada kemungkinan langkah ini akan kurang berjaya. Wallahua'alam.


 


Thursday, May 20, 2021

Channel2 Kuliah Sahaya di Youtube

Soalan : Salam ustaz, Maaf bertanya. Ustaz ada simpan kuliah di youtube ?


Jawapan : Wlksm. Ada tuan. Rakaman pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin yang bermula sejak 2011 semua ada di Youtube. Rakaman kuliah2 lain sejak 2007 juga ada.


Soalan : Boleh share link channelnya ustaz atau nama channel tersebut ?


Jawapan :

https://www.youtube.com/user/senidakwah

https://www.youtube.com/user/sungaikeluang

https://www.youtube.com/channel/UCDdXWXGvtuPn7ODK6QvPYVg

https://www.youtube.com/user/vampire091

https://www.youtube.com/user/satuumat

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

20 Mei 2021

Bagaimana Mahu Buat Banyak Posting di Facebook?

Soalan : Ustaz, camne nak buat banyak posting kat FB krna masa kita terhad?


Jawapan :

1. Buat team. Jika yang berbayar lagi bagus kerana biasanya akan banyak posting. 2-3 orang pun sudah sangat bagus. Jika mampu le . (*Sahaya tak mampu, ada team sukarela je. Itu yang kadang2 banyak posting dan kadang2 tak ada).


2. Guna khidmat orang2 yang dekat dengan kita (yang kita percaya). Contohnya isi rumah. Bangun pagi, buka telefon/laptop, login akaun kita, biar sampai ke tangah malam baru tutup. Leak di tempat terbuka. Contohnya - sesiapa sahaja anak isteri kita yang ada kelapangan, duduk sekejap dan buat posting (update, share, jawab soalan dsb). Begitulah silih-berganti sehari semalam.


Dengan cara begini, kelihatan seolah-olah tuan punya akaun FB (termasuklah WhatsApp, Telegram dll) punyalah rajin update. Padahal tuannya sedang shopping di mall, menjirus sayur di tepi rumah atau sedang tidur :)


Ini cara sahaya. Jika ada kesesuaian, bolehlah cuba.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

20 Mei 2021

Wednesday, May 19, 2021

Berapa Kali Melalui Isi Kuliah Kitab Ihya?

Hamba Allah : Saya ikuti kuliah2 ustaz terutamanya pengajian kitab Ihya'. Hampir semua. Tapi... saya rasa pengetahuan saya masih banyak tertinggal jika dibandingkan dengan ustaz. Mengapa ye? Mohon pencerahan.


Jawapan : Belum tentu lagi pengetahuan siapa sebenarnya yang lebih banyak. Boleh jadi pengetahuan tuan lebih lagi daripada saya. Hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui. Cuma dalam konteks persoalan tuan ini, untuk saya memberikan komen, maka kita anggaplah konon-kononnya saya lebih tahu sedikit berbanding tuan. Jika tidak, sukar untuk saya berikan pencerahan.


Jadi, saya dahulukan dengan pertanyaan - berapa kalikah tuan melalui setiap kuliah (audio/video rakaman) kitab Ihya' itu?


Hamba Allah : Biasanya sekali je. Kalau ada part2 yang saya kurang faham tu, saya ulang le bahagian tersebut.


Jawapan : Dari satu sudut, itulah faktornya. Tuan melaluinya sekali sahaja, sedangkan umumnya saya melalui setiap isi kuliah itu seakan-akan empat kali, iaitu "

1. ketika melaluinya dengan guru saya dulu.

2. sebelum pengajian. Saya akan study terlebih dahulu bahagian yang hendak disampaikan itu berjam-jam lamanya.

3. ketika berkuliah. Tentunya saya sendiri sedang melalui isi kandungan kuliah itu.

4. selepas kuliah. Saya akan mengulang dengar rakaman itu keseluruhannya sebelum dimuatnaik ke Youtube.


Ringkasnya, untuk setiap kuliah itu saya melaluinya sebanyak 4 kali. Tentulah tidak sama dengan melaluinya sekali sahaja.


Hamba Allah : Ouh... baik. Ok ustaz. Faham.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

17 Mei 2021


Majlis Ilmu untuk Anak2 le Pulak

Oleh kerana tak dapat nak ke mana2 sangat, maka sahaya pun buatlah program dengan keluarga. Selalu buat program untuk orang lain. Kali ini untuk keluarga sendirilah pula. Anak2 pun dah besar2.


Sudah 3 malam sahaya syarahkan lebih kurang Risalah Qudsiyyah Imam al-Ghazali khususnya Rukun 3 kepada isi keluarga. Rukun 3 ini (bukan Tauhid 3 Serangkai) merupakan sukatan pelajaran usuluddin yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali dan menjadi sukatan pelajaran usuluddin rasmi bagi Tarekat Ghazaliyah.


Satu malam satu rukun, 3 malam tamatlah 3 rukun. Malam keempat ini masuk syarahan buku sahaya Syariat & Hakikat Nur (Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah al-Ghazaliyyah, buku ke-4). Sebenarnya sangat berkait antara Risalah Qudsiyyah (khususnya Rukun 3) dengan Syariat dan Hakikat Nur.


Apabila buat program khusus sebegini, maka majlis ta'lim keluarga harian (menggunakan buku ABC - Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya - Petikan, Ringkasan & Rumusan kitab Ihya' 'Ulumuddin) itu kita hentikanlah buat sementara waktu. Kalau banyak sangat program harian keluarga, mungkin ahli-ahlinya akan ada yang cepat jemu.


Bagi yang sudah biasa dengan sahaya, sekurang2nya buatlah majlis ta'lim harian keluarga. Sekali sehari, dua tiga minit sahaja pun. Bagi yang pernah datang kursus 3 jam dengan sahaya, tambahlah dengan majlis halaqah usrah keluarga mingguan atau bulanan. Insya-Allah masa kita di rumah (zaman Covid ) ini akan lebih terisi lagi bererti. 

 

*Sebarang aktiviti dan kaedah yang bersesuaian, buat sahajalah asalkan ada berjalan.  Perkongsian di atas sekadar contoh sahaja. Tidak minta diikut.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

19 Mei 2021

Saturday, May 8, 2021

Apabila Ikhwan Muda Ghazaliyah Menulis

Dalam sebulan dua ini ada anak muda yang turut membantu kemaskini laman FB Tarekat Ghazaliyah. Makin bertambahlah tenaga kerja kami. Tetapi biasalah, tulisan orang2 muda ni kira nak cepat, sangat ringkas, guna bahasa SMS, dan kurang menjaga tanda-tanda bacaan termasuklah huruf besar huruf kecil, titik, koma dan sebagainya. Tambah2 lelaki. Lagilah. Risau juga kalau2 ada segelintir orang yang akan tersalah faham. Tetapi sepanjang tempoh ini segala perkongsiannya itu adalah benar dan mengikut tariq pegangannya iaitu Tarekat Ghazaliyah.


Jadi sahaya telah meminta ukhti Khaulah untuk mengumpulkan beberapa perkongsian ikhwah muda kita lalu sahaya betulkan penulisannya. Nampaklah agak "standard" sikit penulisannya.


ANTARA PERKONGSIANNYA (YANG SUDAH DIPERBAIKI PENULISANNYA) :


1. Kawan2 semua sudah banyak mana baca Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini? Dan banyak mana pula sudah membaca juga terjemahannya? Teruskan dengan jalan Ghazaliyah.


2. Berkat kerja keras ikhwan semua, Tarekat Ghazaliyah sudah kembali tersebar di seluruh negara, selatan Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina. Istiqamah terus dalam dakwah.


3. Kadang2 orang lari apabila nampak kita ikhwan Ghazaliyah. Yang lari itu pula geng2 dakwah juga. Walhal kita nak bawa manusia ke maqam muhsin untuk lebih dekat dengan Allah je pun.


4. Orang2 yang berilmu itu tidak selalu ada. Mereka semakin hari semakin tua an akan pergi meninggalkan kita. Sementara masih ada hayat, mari kita menuntut ilmu.


5. Istiqamah segala amal2 tarekat yang pak long dah turunkan kepada kita, nanti akan terasa penuhhhh je hari2 kita (*kerana segala amalannya sudha tersusun cantik sepanjang 24 jam).


6. Dah baca buku2 Tarekat Ghazaliyah, barulah tahu ramai para mujahid zaman dahulu sebenarnya istiqamah atas jalan Imam Ghazali.


7. Buku Tarekat Ghazaliyah yang nombor 4 itu yang paling laju orang beli....sebab isinya.


8. Ada jenis (*orang yang sekadar bertaraf) peminat Tarekat Ghazaliyah, ada jenis pengamal Tarekat Ghazaliyah, dan ada jenis pejuang Tarekat Ghazaliyah.


9. Imam al-Ghazali kata hijab antara kita dengan Lailatul Qadar ni ialah perut yang penuh....kenyang. Dah tahu macam tu.. malam2 terakhir ini kurang2kan le layan makan-minum tu.


10. Pak long Abu selalu bagitau.. Tarekat Ghazaliyah ini untuk semua orang, bukan untuk kita seorang sahaja. Ambil maklumlah kata-katanya.


11. Orang sufi banyak bersabar, kurang mengeluh.


12. Guru2 tarekat ini tahu "usia" murid2nya dalam kesufi.an. Bukan usia umur dalam kad pengenalan tu. Sebab itulah mereka suap makanan cair untuk "bayi" (*pengamal2 tarekat yang masih baru), makanan lembut untuk "kanak2", makanan keras2 untuk "dewasa". Kita faham2lah. Yang masih bayi janganlah merengek minta hendak kunyah batang tebu. Tercabut gusi tu.


13. Risalah Qudsiyah Imam Ghazali itu adalah benteng agama dan umat Islam daripada bidaah2 dalam 'aqidah.


14. Imam Ghazali ni berjaya sampai satu maqam yang sangat tinggi iaitu 'hakikat kenabian'. Tapi janganlah terjahil pula dengan sangkakan Imam Ghazali sudah mencapai taraf seorang nabi. Rajin2lah selak kitab Al Munqiz min adh-Dhalal (*dan bergurulah kepada yang ahli tentangnya).


15. Pak long abu ada buat logo Tarekat Ghazaliyah. Dia conteng2 n bincang2 dengan bebrapa ikhwah Ghazaliyah. Unik. Wil be released soon.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

8 Mei 2021