Saturday, October 31, 2020

Tarekat Ghazaliyah dan Akhir Zaman (5) - Raja2 Bertarekat Ghazaliyah

 

Soalan :

Dalam siri kuliah2 khas Tarekat Ghazaliyah yang diadakan sebelum PKP tempoh hari (November 2019-Mac 2020), ada satu persoalan yang dikemukakan dan telah pun dijawab. Walaupun sudah lama berlalu, tetapi saya terfikir untuk selitkannya dalam siri tulisan tentang Tarekat Ghazaliyah dan Akhir Zaman ini. Soalannya lebih kurang, adakah raja-raja yang bertarekat Ghazaliyah?


Jawapannya :

Ada. Antara raja-raja besar ialah :


1. Raja Syria iaitu Sultan Imad ad-Din Zanki (1085-1146). Mursyidnya ialah Syeikh Marwan bin Ali ath-Thanzi, murid kepada Imam Al-Ghazali. Mursyidnya ini juga diangkat sebagai Perdana Menteri oleh Sultan Imad ad-Din.


2. Raja Syria iaitu Sultan Nur ad-Din Zanki (1118-1174). Baginda merupakan anak kepada Sultan Imad ad-Din Zanki. Mursyidnya ialah Syeikh Ibnu Asakir (1105-1176). Ibnu Asakir ialah murid kepada Syeikh Marwan bin Ali ath-Thanzi. Ibnu Asakir menjadi penasihat kerajaan Sultan Nur ad-Din Zanki. Seorang lagi ulama yang rapat dengan pemerintahan baginda sultan ialah Syeikh Quthub ad-Din an-Naisaburi, cucu murid kepada Imam Al-Ghazali.


3. Raja Mesir dan Pembebas Baitul Muqaddis iaitu Sultan Salah ad-Din Al-Ayyubi (1137-1193). Mursyidnya ialah Syeikh Ibnu Asakir, yang juga penasihat kerajaan. Ada dua orang lagi cucu murid kepada Imam Al-Ghazali yang rapat dengan pemerintahan Sultan Salah ad-Din al-Ayyubi iaitu Syeikh Najm ad-Din al-Khubusyani dan Syeikh Abu Tahir as-Silafi (1079-1180). Sultan Salah ad-Din ada mewujudkan satu lokasi khas sebagai mengenang Imam Al-Ghazali di Damsyik (Damascus).


Syeikh Ibnu Asakir telah memperkenalkan risalah ‘Aqidah Mursyidah iaitu ringkasan kepada Risalah Qudsiyyah yang terdapat dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. ‘Aqidah Mursyidah ini dilaungkan pada setiap hari di menara-menara masjid pada zaman Sultan Salah ad-Din al-Ayyubi sebagai usaha untuk menyelamatkan ‘aqidah rakyat daripada fahaman Rafidah, Batiniyyah, Mu’tazilah, Tajsim dan Falsafah yang banyak tersebar ketika itu di Mesir.


4. Raja Maghribi dan Sepanyol (Andalus) iaitu Sultan Abdul Mu’min bin Ali (1094-1163). Baginda menjadi raja pertama Daulah Muwahhiddun. Mursyidnya ialah Syeikh Ibnu Tumart (1080-1128/30) yang merupakan murid kepada Imam Ahmad Al-Ghazali (1061-1123/26), adik Imam Al-Ghazali. Ada yang mengatakan beliau sempat juga berguru dengan Imam Al-Ghazali.


Syeikh Ibnu Tumart juga memperkenalkan risalah ‘Aqidah Mursyidah yang akhirya menjadi pegangan rasmi Daulah Muwahhidun dalam menangani fahaman Tajsim dan Falsafah yang tersebar ketika itu di Maghribi dan Andalus.


Ada lagi raja-raja lain cuma tidaklah semasyhur nama-nama di atas.


(*Nama-nama di atas memang dikenali sebagai tokoh-tokoh dalam melawan tentera Salib)

Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

31 Oktober 2010


Persaudaraan Tarekat Ghazaliyah (3)

 PERSAUDARAAN TAREKAT GHAZALIYAH (3)


Persaudaraan dengan Tarekat Alawiyah :

1. Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali menyampaikan Tarekat Ghazaliyah kepada

2. muridnya Syeikh Abu Muhammad bin Soleh bin Hirzihim/Harzihim/Harazem (?-1112) yang menyampaikan kepada

3. muridnya yang juga anak saudaranya Syeikh Ali Hirzihim (?-1163), iaitu pemimpin zawiyah Tarekat Ghazaliyah di Fez, Maghribi yang menyampaikan kepada

4. muridnya Syeikh Abi Madyan (1126-1198) yang menyampaikan kepada

5. muridnya Syeikh Abdur Rahman bin Muhammad (?-?) yang menyampaikan kepada

6. muridnya Syeikh Abdullah al-Maghribi (?-?) yang menyampaikan kepada

7. muridnya Al-Faqih Al-Muqaddam – Muhammad bin Ali Ba’alawi (1178-1232)


Kemudiannya Al-Faqh Al-Muqaddam mengasaskan Tarekat Alaiyah/Alawiyyin/Ba’alawi.


Syeikh Abi Madyan ada mengutuskan karya-karya (kitab2 fiqh, ‘aqidah, tasawuf) Imam Al-Ghazali kepada Al-Faqih Muqaddam. Sejak itu karya2 Imam Al-Ghazali terutamanya kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin menjadi “pakaian”dasar bahkan wirid harian kepada tokoh2 Tarekat Alawiyah sehinggalah ke hari ini.

Persaudaraan Tarekat Ghazaliyah (2)

PERSAUDARAAN TAREKAT GHAZALIYAH (2)


Persaudaraan dengan Tarekat Syaziliah :

1. Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali menyampaikan Tarekat Ghazaliyah kepada

2. muridnya muridnya Syeikh Abu Muhammad bin Soleh bin Hirzihim/Harzihim/Harazem (?-1112) yang menyampaikan kepada

3. muridnya yang juga anak saudaranya Syeikh Ali Hirzihim (?-1163), iaitu pemimpin zawiyah Tarekat Ghazaliyah di Fez, Maghribi yang menyampaikan kepada

3. muridnya Syeikh Abi Madyan (1126-1198) yang menyampaikan kepada

4. muridnya Syeikh Abdus Salam bin Masyis (?-1227) yang menyampaikan kepada

5. muridnya Syeikh Abu Hasan asy-Syazili (1197-1258).


Kemudiannya Syeikh Abu Hasan asy-Syazili mengasaskan Tarekat Syaziliyah.


(*Masyhur dalam kalangan para pengamal Tarekat Syaziliyah bahawa Imam Asy-Syaizli ada berpesan (lebih kurang katanya) : “Sekiranya kalian berdoa, sertakan nama Imam Al-Ghazali.” Wallahua’alam)

Persaudaraan Tarekat Ghazaliyah (1)

PERSAUDARAAN TAREKAT GHAZALIYAH (1)


Persaudaraan dengan Tarekat Suhrawardiyah :

1. Hujjatul Islam Imam Muhamamad Al-Ghazali (1058-1111) menyampaikan Tarekat Ghazaliyah kepada

2. adiknya Imam Ahmad Al-Ghazali (1061- 1023/26), yang menyampaikan kepada

3. muridnya Syeikh Abu Najib as-Suhrawardi (1097-1168), yang menyampaikan kepada

4. muridnya yang juga anak saudaranya Syeikh Umar bin Abdullah as-Suhrawardi (1145-1234).


Kemudiannya Umar bin Abdulah as-Suhrawardi mengasaskan Tarekat Suhrawardiyyah.

Daripada Tarekat Suhrawardiyah ini pula kemudiannya menumbuhkan beberapa tarekat lain lagi.

Thursday, October 29, 2020

Akhlak dan Sujud

 

Al-khalqu = (kebagusan) diri yang zahir (anggota badan/fizikal).
Al-khuluqu – (kebagusan) diri yang batin (qalbu/hati).

Menurut Imam Al-Ghazali, apabila dikatakan seseorang itu bagus al-khalqu dan bagus al-khuluqu, maksudnya orang itu bagus bentuk ZAHIRNYA (angotanya) dan bagus juga bentuk BATINNYA (hatinya).

Qalbu (ruh – tempat asal lahirnya akhlak) kita ini sangat dimuliakan oleh Allah SWT kerana Dia menyandarkan urusan qalbu itu kepada DiriNya sendiri, sebagaimana firman-Nya :
“Sesungguhnya Aku menjadikan manusia (DIRI ZAHIR ,anggota badan) daripada tanah. Dan ketika ia telah Kubentuk dengan sempurna dan telah Kutiupkan kepadanya ruh-Ku, hendaklah kamu (para malaikat) SUJUD kepadanya.” (Sad : 71-72)

ZAHIR kita datang daripada tanah.
Tetapi BATIN KITA (ruh, qalbu, jiwa) kita datang daripada Dia.

* (Lanjutan daripada peristiwa di atas) Dan apabila kita manusia kemudiannya diperintahkan untuk SUJUD dalam solat, mestilah dengan kedua-dua aspek sekali iaitu aspek DIRI ZAHIR dan aspek DIRI BATIN, sebagaimana KEDUA-DUANYA DISEKALIKAN DALAM AYAT-AYAT tadi. Tidak cukup rukuk dan sujud dengan diri batin (hati) sahaja.



Tuesday, October 27, 2020

Nak Tahu Salasilah Tarekat Ghazaliyah

 

Albito Alburito https://www.facebook.com/albito.burito menulis :

Assalamualaikum... saya ada soalan... adakah tuan pengamal tarekat Ghazaliyyah... bagaimana saya ingin mengetahui lebih lanjut salasilah tarekat ini?


Jawapan :

Wlksm Tuan Albito Burito. Ya, saya pengamal Tariqah Al-Ghazaliyyah.

Penerangan tentang salasilah tarekat ini menuarut ADABnya biasa dibuat dalam MAJLIS PENERANGAN ringkas tentang Tariqah Al-Ghazaliyyah. Penerangan ringkas tentang tarekat ini biasanya dibuat jika ada permintaan daripada orang2 yang berminat untuk sekadar tahu atau untuk bertarekat Ghazaliyah. Majlis penerangan ringkas itu lebih kurang 2 jam, menurut kelapangan pihak Tariqah Al-Ghazaliyyah. Majlis penerangannya adalah secara PERCUMA, sama ada para pendengar berminat untuk bertarekat Ghazaliyyah ataupun sekadar untuk tahu sahaja, tiada masalah. Sekiranya tuan ada terbaca atau mendengar tentang salasilah tarekat ini di luar daripada majlis penerangan ringkas, hal itu adalah bonus untuk tuan.


Di sini ada sedikiiit maklumat tentang salasilah Tarekat Ghazaliyah :

https://web.facebook.com/abuzulfiqaralamsyari/posts/maulana-asri-bicara-tariqat-tasawufseorang-sahabat-meminta-sahaya-menonton-sebua/1064414553595844/?_rdc=1&_rdr


atau di sini :

http://alexanderwathern.blogspot.com/2016/09/maulana-asri-bicara-tariqat-tasawuf.html


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

26 Oktober 2020

Saturday, October 24, 2020

"Nampak" Allah atau Nampak Allah?

 

Jawapan saya tentang persoalan yang diajukan iaitu PANDANG KE MANA PUN "NAMPAK" TUHAN ada mendapat komen daripada seorang hamba Allah. Dalam pencerahan2 yang dibuat di bawah, ada pelajaran2 kesufian terutamanya yang berkait dengan istilah2 yang digunakan oleh ahli2 sufi. Semoga bermanfaat.


Berikut adalah tulisan awal saya tentang penjelasan saya terhadap persoalan tersebut :

(Tajuknya....)


PANDANG KE MANA PUN "NAMPAK" TUHAN


Persoalan (*yang dikemukakan kepada saya) : “Tentang kata-kata orang bahawa “Kita pandang ke mana pun kita “nampak” Tuhan.”


(*Jelas bahawa persoalan ini berkaitan dengan isu di dunia, bukan di akhirat).


Penjelasan saya : Ya, ini pelajaran dan pengamalan dalam hal hakikat. Kita “melihat” semuanya (daripada) Allah.


(*Pencerahan : Apabila disebut PELAJARAN dan PENGAMALAN, maka jelas lagilah bahawa tulisan ini berkaitan dengan isu di dunia, bukan isu di akhirat. Kita BELAJAR dan BERAMAL ringkasnya di dunialah, bukannya belajar dan beramal di akhirat. Di akhirat itu Hari Pembalasan.

Jangan dilupa juga di situ ada tertulis HAL HAKIKAT).


Orang di peringkat ini akan “terpandang” sifat dan af’al Allah di mana-mana pun pandangan mata kepala atau pandangan mata hatinya (mata qalbu) mengarah.


(*Pencerahan : Tetap berkisar tentang isu di dunia, bukan di akhirat. Yang disentuh hanya tentang “terpandang” (dalam koma) SIFAT dan AF’AL Allah sahaja. Tidak disentuh tentang ZAT Allah. ZAT Allah tidak dapat dinampak di dunia, sebab itulah langsung tidak disentuh dalam karangan saya itu.)


(*Pencerahan : Jangan dilupa juga kalimah HAL HAKIKAT di atas tadi. Ertinya, yang dimaksudkan di sini adalah “terpandang” dari SEGI HAKIKATNYA akan SIFAT dan AF’AL Allah. Dari segi HAKIKATNYA, bukan dari segi yang lain-lain.

Contoh : Kita nampak (dengan mata kepala) yang kawan kita melempar batu ke arah musuh. Namun kita juga “NAMPAK” (bukan dengan mata kepala) bahawa PADA HAKIKATNYA itu adalah pekerjaan Allah, af’al Allah PADA HAKIKATNYA).


(*Pencerahan : Ketika ahli2 sufi sedang berbicara tentang hal ehwal kesufian :

1. Apabila mereka sebut “NAMPAK”, hal itu tidak melibatkan nampak dengan mata di kepala. Biji mata tidak terlibat dengan “nampak” yang dimaksudkan.

2. Apabila mereka sebut “NAMPAK” Tuhan, hal itu tidak bermaksud nampak akan Zat Allah. Zat Allah tidak terlibat dengan “nampak” Tuhan yang dimaksudkan.

Jangan disamakan bahasa dan istilah2 dunia sufi dengan bahasa dan istilah2 kaum lain)


Kebanyakan orang Islam tidak sampai ke peringkat ini. Dan jika mahu dibawa ke peringkat ini, mestilah dengan jalan berhikmah lagi lemah-lembut, lambat-lambat dan tertib. Peringkat ini tidak boleh dikejan-kejan atau digesa-gesa kepada orang awwam untuk menguasainya. Dikhuatiri yang terburu-buru itu biasanya akan tersimpang dan apabila sudah tersimpang, untuk mengubati ad-diinnya kembali itu sangat sukar. Kena sangat berhati-hati kerana selalunya ketika tersimpang itu, kita tidak menyedarinya pun. (*Perenggan ini merupakan NASIHAT saya sahaja).


(*Pencerahan : Jelaslah bahawa penulisan ringkas di atas adalah untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan, dan kemudiannya berisi nasihat-nasihat. Itulah sahaja matlamat penulisan itu. Semua isinya berkisar dengan hal ehwal di dunia, bukan tentang hal ehwal di akhirat)


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

Oktober 2019

Blog Debunga Teratai Syurgawi


TAMAT.

.


KEMUDIAN DATANGLAH KOMEN YANG DIMAKSUDKAN :


Mustaffa Seman menulis :

Cuba kau rujuk kisah Nabi Musa a.s munajat bila hendak lihat Zat Tuhan dengan mata kepala. Ikutlah ajaran Quran, jangan merapu sakan.

Tuan Tanah Kedaung. Kitab mana yang kau pakai? Di dalam Alquran, hanya boleh nampak Tuhan di akhiratlah. Apa yang kau merapu nampak kat dunia pulak?


Abu Zulfiqar menulis :

(*Terus secara tiba2 saya dinyatakan sebagai tidak mengikut ajaran Al-Quran dan merapu sakan)

Pada bahagian mana dalam tulisan (saya) di atas ada tulis ZAT? Tolong tunjukkan.


(*Pencerahan : Sememangnya tulisan itu tidak berkait dengan ZAT ALLAH. Tidak ada sebarang perkataan ZAT di sana. Macam mana teman kita ini boleh tersalah entahlah)


(*Pencerahan : Yang ada hanyalah kata-kata yang berbunyi : “Kita “melihat” semuanya (daripada) Allah.”

Dan perkataan “MELIHAT” itu berada di dalam TANDA KOMA. Ertinya perkataan itu adalah satu ISTILAH SUFI yang tidak sama ertinya dengan perkataan yang kita gunakan sehari-hari dalam kehidupan biasa.

Ertinya lebih lanjut lagi, ‘MELIHAT” itu adalah “MENYAKSIKAN”, ‘BERSAKSI”, “NAIK SAKSI” dan seumpama dengannya.

Dan disertakan juga perkataan DARIPADA yang diletakkan DALAM KURUNGAN. Jadi, kalimah yang berbunyi “Kita “MELIHAT” semuanya (daripada) Allah.” itu tidak bermaksud kita melihat semuanya ZAT Allah.

Sememangnya tulisan itu tidak bercerita pun tentang ZAT Allah pada mana-mana bahagian.

Bukan saja-saja diletakkan KOMA dan TANDA KURUNGAN tersebut.)


(*Pencerahan : Tiada perkataan ZAT, yang ada hanyalah kata-kata yang berbunyi : “Orang di peringkat ini akan “terpandang” sifat dan af’al Allah”.

Yang ada hanyalah perkataan SIFAT dan AF’AL ALLAH sahaja.

Sangat penting untuk diperhatikan juga di situ bahawa perkataan ‘TERPANDANG” itu diletakkan di dalam TANDA KOMA. Maka, itu adalah ISTILAH SUFI yang tidak sama maksudnya dengan kata-kata yang biasa kita gunakan seharian)


(*Pencerahan : Dalam komennya, sahabat kita ini mengaitkan : “Cuba kau rujuk kisah Nabi Musa a.s munajat bila HENDAK LIHAT ZAT TUHAN dengan MATA KEPALA.”

Padahal tulisan saya itu berkisar tentang “MELIHAT” dengan MATA QALBU/ MATA RUH/MATA NUR, bukannya MELIHAT DENGAN BIJI MATA DI KEPALA. Jauh sangat bezanya. Lain yang kita tulis, lain pula yang difahamnya.

Tulisan saya itu juga adalah tentang “MELIHAT” (dalam tanda koma) dan bukannya MELIHAT (tanpa tanda koma). Kedua-duanya berbeza pengertian.

Hal ini berlaku kerana teman kita itu terburu-buru hendak mengkritik tanpa membaca betul-betul, tanpa mahu berusaha memaham betul-betul terlebih dahulu).


Sambung jawapan saya kepadanya : (*Saya menggunakan) Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.

Mula-mula, bezakan dulu antara “nampak” (ada koma) dengan nampak (tak ada koma), kemudian baru komen. Kedua, yang nampak di akhirat itu apa dan yang “nampak” di dunia itu apa?

Belajar bezanya terlebih dahulu, kemudian baru komen. Insya-Allah sejahtera.


(*Pencerahan : Orang bercakap dalam bahasa sufi yang menggunakan istilah2 sufi, tetapi teman kita ini cuba hendak memaham dan menyampuk tulisan kita dengan pemahaman bahasa sehari-hari. Memang bertentanganlah pemahamannya.

Bukan ahli-ahli sufi sahaja ada bahasa dan istilah2 tersendiri. Banyak lagi bidang2 lain pun sama.

Hendak mencelah perbincangan ahli2 sufi tapi menggunakan bahasa ilmu kalam/usuluddin/aqidah, memanglah akan bertentangan.

Hendak mencelah muzakarah ahli2 sufi tetapi menggunakan pemahaman dan istilah2 fekah, memanglah tak akan sehaluan.

Setelah ada pemahaman tentang bahasa dan istilah2 kaum sufi, barulah sesuai untuk mencelah dalam diskusi mereka )


(*Pencerahan : Contohnya dalam bidang persilatan.

1. Perkataan PASANG tidak bermaksud membuka/mengenakan/switch on, tetapi bermaksud berada dalam keadaan bersedia.

2. Perkataan MASUK tidak bermaksud bergerak dari luar ke dalam atau menyertai, tetapi bermaksud serang.

3. Perkataan KUNCI tidak bermaksud suatu alat atau menutup, tetapi bermaksud mengekang pergerakan lawan.

4. Perkataan BUAH tidak bermaksud hasil tumbuh-tumbuhan tetapi cara kita bergerak sebagai respon terhadap sesuatu gerak laku lawan.

5. Perkataan MAKAN tidak bermaksud memasukkan sesuatu melalui mulut terus ke perut, tetapi bermaksud pukul.

Umumnya begitulah.)


(*Pencerahan : Oleh itu, apabila ahli2 sufi ketika membicarakan hal2 kesufian menyebut perkataan nampak, pandang, saksikan, lalui, alami dan sebagainya, maksud perkataan2 itu tidak sama sebagaimana yang kita guna sehari-hari.

Dalam tulisan saya itu, untuk mengelakkan orang2 seperti teman kita ini tersalah faham, kita letakkan lagi TANDA KOMA bagi istilah2 sufi “nampak”, “melihat”, dan “terpandang”.

Bagi ahli2 sufi, tanpa tanda koma itu pun mereka sudah boleh faham. Bagi orang2 seperti teman kita ini, sengaja kita letakkan/tambahkan lagi tanda KOMA dan KURUNGAN agar tidak tersalah faham.)


(*Pencerahan : Jadi, dalam tulisan itu, tidak ada mana-mana bahagian yang mengatakan kita boleh nampak Allah di dunia, atau kita boleh nampak ZAT Allah di dunia, atau kita boleh nampak Allah di dunia dengan biji mata di kepala.

Yang ada dalam tulisan itu adalah kita boleh “NAMPAK” (dalam tanda koma, dan bukan nampak ZAT Allah, dan bukan juga nampak Allah di dunia dengan biji mata di kepala) Allah di dunia iaitu yang berkaitan dengan SIFAT dan AF’ALNYA sahaja. Kan jauh larinya?

.


Mustaffa Seman menulis :

Nampak dunia itu penglihatan kat dunialah.

Nampak di akhirat, itu penglihatan kat akhiratlah.

Lihat di dunia tapi buta di akhirat bermakna penglihatan kau tak balik ke akhirat la.


Abu Zulfiqar menulis :

Salah. “Nampak” di dunia (dalam tulisan saya) itu bukan penglihatan mata kepala di dunia, sebab itu ada KOMA BERPASANGAN di sana.

Semak semula tulisan saya, ada koma ke tak ada. Bezakan yang itu terlebih dahulu. (*Sampai ke sudah teman kita itu gagal membezakan antara “nampak” dengan nampak)


Nampak” di dunia itu tak berkait langsung dengan ZAT Allah. Tak ada perkataan ZAT dalam tulisan itu. Yang ada hanya perkataan SIFAT dan AF’AL.


Dan tertulis juga di sana : “Dikhuatiri yang terburu-buru itu biasanya akan tersimpang.”

Jadi, sebelum komen, fahamkan cerita terlebih dahulu, kemudian baru komen.

.


Mustaffa Seman menulis :

Yang kau nampak kat dunia itu cuma pandangan kat dunia. Akhirat mana ada sama dengan dunia?

Bila pandang dunia tu jaga2lah. Itu pandang dunia cuma ambil iktibar sahaja. Hal keadaan sifat tapi bukan sifatNya. Hal keadaan perbuatan tapi bukan perbuatanNya.


Abu Zulfiqar menulis :

(*Masa bila kita ada tulis bahawa akhirat sama dengan dunia? Pada bahagian mana dalam tulisan itu kita ada samakan pandangan akhirat dengan pandangan dunia?Tak ada langsung. Mengapa cuba dikait dengan hal2 yang tak berkait? Karangan itu bercerita tentang isu di dunia, bukan tentang isu di akhirat)


Jangan melompat ke sana ke mari. Selesaikan mana2 yang sudah diucapkan terlebih dahulu.

1. Dalam tulisan saya itu, pada bahagian mana ada ditulis tentang ZAT? Rasanya tak ada pun. Tolonglah tunjukkan. (*Sampai ke sudah dia gagal menunjukkan sebarang bukti)

2. “Nampak” itu sama ke dengan nampak (tanpa koma)? Sebab berdasarkan tulisan tuan, kedua2nya disamakan sesuka hati sahaja.

3. Ada ke dalam tulisan saya itu ditulis akhirat sama dengan dunia? Atau nampak di akhirat dan nampak di dunia itu sama? Rasanya tak ada pun. Tolonglah tunjukkan jika ada. Nampak macam hentam sesuka hati sahaja tuan menulis. (*Sampai ke sudah gagal ditunjukkannya)

.


(*Jawapan yang kita kehendaki mudah sahaja :

1. Tunjukkan sahaja di mana perkataan Zat ada tertulis dalam karangan tersebut (memang tak akan jumpa pun).

2. Cakap sahaja “nampak” (dengan koma dalam karangan itu) dengan nampak (tanpa koma). Sama atau tidak pengertiannya? (Kedua-duanya tidak sama maqsud, tetapi teman kita sudah tersilap dari awal kerana menyamakan maqsudnya)

3. Ada ke dalam karangan itu dinyatakan tentang akhirat dan dunia sama? Paling2 kurang pun, tunjukkan jika ada bahagian yang bertulis perkataan akhirat dalam karangan itu (memang tak akan jumpa pun).

.


Mustaffa Seman menulis :

Tulah sebabnya bila tak kenal nak bilang kenal.

Merapu dan merepak je ceritanya.

Koyal dengan angan2.


Abu Zulfiqar menulis :

Macam mana nak kenal (akan Allah), ISU DALAM TULISAN ORANG PUN TUAN TERSILAP KENAL.

(*Maka terpaksalah saya ulang semula bagi kali kedua kata-kata berikut....)

Jangan melompat ke sana ke mari. Selesaikan mana2 yang sudah diucapkan terlebih dahulu.

1. Dalam tulisan saya itu, pada bahagian mana ada ditulis tentang ZAT? Rasanya tak ada pun. Tolonglah tunjukkan.

2. “Nampak” itu sama ke dengan nampak (tanpa koma)? Sebab berdasarkan tulisan tuan, kedua2nya disamakan sesuka hati sahaja.

3. Ada ke dalam tulisan saya itu ditulis akhirat sama dengan dunia. Atau nampak di akhirat dan nampak di dunia itu sama? Rasanya tak ada pun. Tolonglah tunjukkan jika ada. Nampak macam hentam sesuka hati sahaja tuan menulis.

.


Mustaffa Seman menulis (*Masih tak menjawab persoalan pun) :

Tulisan tuan ni hendak ke mana?

Allah tu nama bagi siapa?

Penglihatan tuan tu datang dari mana dan hendak ke mana?

Bukankah tuan nampak dengan penglihatan?

Penglihatan tuan sekarang di mana?

Penglihatan tuan di dunia atau di akhirat?


Abu Zulfiqar menulis :

Masih tidak menjawab dan tidak mahu bertanggung jawab. Ada 3 soalan sahaja pun. Masih juga cuba lari ke sana ke mari. Jawab sahajalah 3 soalan itu, tak perlu cuba mengalih. Saya tak mudah terpengaruh dengan taktik sebegini.


(*Oleh kerana masih mengelak ke sana-sini, maka tak ada gunanyalah untuk memanjangkan diskusi lagi)

Dengan itu, saya beranggapan dialog kita tamat di sini sahaja. Koleksi yang bagus untuk diambil pengajaran. Terima kasih Tuan Mustaffa Seman. Aslkm.


PENUTUP


Setelah diberi peluang untuk menjawab tapi masih juga mengelak ke sana-sini, maka setakat itu sahajalah. Kita tidak akan melayan berpanjang-panjangan permainan sebegitu. Wallahu’alam.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

21 Oktober 2020

.


BONUS


Sebagai bonus, kita tanggaplah sedikit tulisan akhir (yang tidak menjawab soalan itu) oleh teman kita ini yang berbunyi :


1. Tulisan tuan ni hendak ke mana?

2. Allah tu nama bagi siapa?

3, Penglihatan tuan tu datang dari mana dan hendak ke mana?

4. Bukankah tuan nampak dengan penglihatan?

5. Penglihatan tuan sekarang di mana?

6. Penglihatan tuan di dunia atau di akhirat?


(*Pencerahan :

1. Tulisan saya itu tidak ke mana-mana sangat pun, sekadar menjawab persoalan yang dibangkitkan iaitu isu di dunia (bukan isu di akhirat sebagaimana yang disalahsangkanya), tentang nampak” pada hakikatnya akan Sifat dan Af’al Allah (bukan nampak Zat Allah sebagaimana yang disalahsangkanya) dan kemudiannya sedikit nasihat agar orang berhati2 jika mahu memahami pelajaran mukasyafah ini. Itu sahaja.

Tidak ada cerita tentang akhirat, tidak ada cerita tentang “nampak” Zat Allah, tidak ada cerita tentang nampak Zat Allah dengan mata di kepala.

2. Yang ini jawab sendiri pun boleh kot.

3. Dalam karangan saya itu tidak bercerita tentang penglihatan tetapi bercerita tentang “penglihatan” (salah satu istilah kaum sufi). Jauh bezanya tu.

4. Tidak. Dalam karangan itu, saya tidak nampak dari segi hakikatnya akan Sifat dan Af’al Allah dengan penglihatan, tetapi saya “nampak” dengan “penglihatan”. Jauh berbeza tu. Nampak dengan penglihatan, memang akan nampak makhluklah. Tapi bukan nampak jenis ini yang dimaqsudkan dalam tulisan saya itu. Yang dimaksudkan dengan tulisan saya itu ialah “nampak” dengan “penglihatan”. Jauh bezanya.

5 dan 6. Penglihatan saya sekarang pada mata kepala di dunia, manakala “penglhatan” saya pula sekarang pada mata qalbu/mata ruh/mata nur yang juga di dunia. Tidak dikaitkan dengan akhirat sedikit pun, sebagaimana dalam karangan itu. Jadi jawapannya, penglihatan saya adalah di dunia, DAN “penglihatan” saya juga adalah di dunia.


Kita terjatuh, ada orang datang menolong, kita “nampak” Allah (bukan nampak Zat Allah), kerana kita faham bahawa pada hakikatnya Allah yang gerakkan orang itu untuk menolong kita.

Kita tak sihat, kita makan ubat, kita “nampak” Allah (bukan nampak Zat Allah) kerana kita faham bahawa yang menyembuhkan kita pada hakikatnya hanyalah Allah, bukannya ubat atau tabib.

Suatu hari tiba-tiba orang hadiahkan kita sebiji kereta baharu, kita pun tengok yang beri hadiah dan tengok kereta, tapi kita “nampak” Allah (bukan nampak Zat Allah) kerana kita faham bahawa pada hakikatnya hadiah itu datangnya daripada Allah. Dia yang gerakkan hati orang itu untuk beri kita hadiah dan Dia yang menjadikan seluruh alam ini termasuklah kereta itu.

Kita lihat burung terbang, kita “nampak” Allah (bukan nampak Zat Allah) kerana kita faham bahawa pada hakikatnya si burung langsung tidak ada sebarang daya upaya untuk terbang, melainkan Allah sahaja yang berkuasa membuatkan ia terbang.

Kita hulurkan bantuan kepada orang miskin, kita tengok diri kita dan barang bantuan, kita “nampak” Allah (bukan nampak Zat Allah) kerana kita yakin bahawa pada hakikatnya perbuatan baik kita itu datangnya daripada Allah dan barang bantuan itu adalah pemberian daripada Allah, bukan pemberian kita. Maka terhapuslah rasa berjasa dan rasa sombong kita.

Kesemua contoh “nampak” di atas adalah “nampak” di dunia, bukan di akhirat.


TAMAT


Untuk menambahkan lagi pengetahuan tentang kesilapan2 padangan yang biasa berlaku terhadap TST (tasawuf, sufi, tarekat) agar kita tidak terjebak ke dalamnya tanpa disedari, bagus jika dapat membaca satu lagi pencerahan kepada seorang hamba Allah bertajuk SEMBANG2 TENTANG TAREKAT http://alexanderwathern.blogspot.com/2020/10/sembang2-tentang-tarekat.html


Semoga dapat menambah pengetahuan dan pemahaman.