Thursday, January 23, 2020

Program2 Kita yang Diizinkan Allah


Orang minta pengajian kitab umum, Allah izinkan pelaksanaannya..
Orang minta pengajian2 kitab Ihya, Allah izinkan.
Orang minta majlis2 penerangan, ijazah dan bai'ah Tarekat Ghazaliyyah, Allah izinkan.
Orang minta buat daurah2, Allah izinkan.
Orang minta buka halaqah2 usrah, Allah izinkan.
Orang minta buat kuliah2 khusus Soal Hati (Pengurusan Qalbu), Allah izinkan.
Orang minta kuliah2 syarahan Kalam Sufiyyah, Allah belum izinkan nampaknya.

Orang minta rawatan Islam/Nabawi, sudah 8 tahun berhenti. 
Orang minta kuliah2 perbatan Islam/Nabawi, pun sudah 8 tahun berhenti. Buat sesekali untuk keluarga sendiri sahaja.

Jelas sungguh, banyak yang dizinkan-Nya jadi berbanding yang belum. Oleh itu, kita kenalah membanyakkan syukur, menambahkan harap dan menguatkan cinta kepada-Nya. Dengan 3 kualiti ini, tidak mustahil Dia akan tambah lagi dengan yang lain-lain pada masa akan datang.

Kalam Sufiyyah Abu Zulfiqar no. 1-10


1. Tauhid ahli2 kalam itu tauhidnya ahli2 aqidah.
Tauhid ahli2 kasyaf itu tauhidnya ahli2 tasawuf.

2. Tauhid ahli2 aqidah dan tauhid ahli2 tasawuf itu sejalan, cuma berbeza jarak.
Sebagaimana dari Yaman ke Hijaz, dan dari Yaman ke Syam.

3. Ahli & mazhab kalam itu dikenali juga sbg TAUHID, usuluddin, aqidah.
Ahli & mazhab tasawuf itu dikenali juga sbg TAUHID, sufi, mukasyafah.

4. Mazhab kalam itu wilayah aqal.
Mazhab sufi itu wilayah qalbu.

5. Wilayah aqal zahirnya pada otak di kepala.
Wilayah qalbu itu zahirnya pada jantung hati di dada.

6. Tauhid kalam lazatnya banyak pada aqal.
Tauhid sufi lazatnya banyak pada qalbu.

7. Tauhid aqal itu maju dgn berfikir.
Tauhid qalbu itu maju dgn merasa.
Fikir tentang kopi berbeza dgn merasa kopi.

8. Fahamilah beza rasa2 dan merasa.
Rasa-rasa itu mengagak-agak.
Merasa itu menikmati.

9. Biasanya, ramai orang2 wilayah kalam yang keras kasar,
ramai orang2 wilayah sufi yang lembut tenang. Biasanya.

10. Antara petanda si sufi sudah sampai,
ia tahu membeza ulama tauhid kalam dan ulama tauhid tasawuf.

Program Dakwah Sepanjang Februari 2020


program agama sepanjang Februari pula :


1 FEB     Halaqah Usrah (utama)
2              (urusan lain)
3              (urusan lain)
4              Tajdid Segar
5              ……….(rehat/free)
6              Tariqah Ghazaliyyah (keluarga)
7              Halaqah Usrah
8              Tajdid Segar
9              Tajdid Segar
10           ……….(rehat/free)
11           Halaqah Usrah
12           Kuliah Khas Soal Qalbu (Kumpulan 1)
13           (urusan lain)
14           Kuliah Khas Soal Qalbu (Kumpulan 2)
15           Tajdid Segar
16           Halaqah Usrah
17           Tariqah Ghazaliyyah (keluarga)
18           (urusan lain)
19           Kuliah Khas Soal Qalbu (Kumpulan 1)
20           (urusan lain)
21           Kuliah Khas Soal Qalbu (Kumpulan 2)
22           Halaqah Usrah (utama)
23           (urusan lain)
24           Tariqah Ghazaliyyah (keluarga)
25           (urusan lain)
26           Tajdid Segar
27           ………..(rehat/free)
28           Halaqah Usrah
29           Halaqah Usrah (utama)

Permintaan untuk buat satu lagi kuliah khusus bagi mensyarahkan Kalam-kalam Sufiyyah (yang dikongsikan di page Tarekat Ghazaliyah dan WhatsApp Kalam Sufiyyah) masih belum dapat dipenuhi memandangkan waktu malam dalam sebulan sudah hampir-hampir penuh. Insya-Allah panjang umur ada rezeki kita.