Monday, August 5, 2019

Mengimani Perkara2 Samiyyat dan Politik (Kepimpinan Umat)



a)  Kita mestilah yakin sepenuh hati (100%) bahawa kebangkitan semula dan berkumpul di Mahsyar itu memang ada.

b)            Kita mestilah yakin sepenuh hati bahawa pertanyaan oleh malaikat Munkar dan Nakir itu memang ada.

c)            Kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa kesenangan kubur dan azab kubur itu memang ada.

d)            Kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa timbangan amal itu memang ada.

e)            Kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa titian lintasan di atas neraka jahannam itu memang ada.

f)             Kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa jannah dan naar (syurga dan neraka) itu memang ada, dan kedua-duanya adalah makhluk Allah.

g)            Kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa imam agung kaum muslimin selepas Rasulullah saw ialah Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar, Saiyidina Uthman dan Saiyidina Ali.

h)            Kita mestilah yakin bahawa kelebihan (keafdhalan) para sahabat yang empat itu adalah mengikut turutan nama mereka dalam memegang jawatan khalifah.

i)             Kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa pada dasarnya syarat-syarat untuk menjadi imam kaum muslimin itu sekurang-kurangnya ada 5 perkara iaitu lelaki, wara’, berilmu, ada kemampuan dan berasal daripada suku Quraisy.

No comments: