Soalan :
Apakah pengisian2 khusus yang pernah dibuat?
Jawapan :
Antaranya (sekadar yang sempat diingat ketika ini) :
·
1. Kaedah Pengamalan dan Penghayatan Zikir Harian Imam Al-Ghazali/Tariqah
Ghazaliyyah (pada Ijtima’ Tariqah Ghazaliyyah kali pertama di Sg. Nyior, Trong)
·
2. Perihal ‘Arasy Allah (di Kampung Temin, Jerantut)
· 3.
Asal-usul Zikir “Allah’ dan Pengamalannya dalam Tariqah Ghazaliyah (di
Ulu Ceka, Jerantut)
· 4.
Sebenar-benar yang Dikatakan Wirid Harian Imam Al-Ghazali & Tariqah Al-Ghazaliyyah
(di Sg. Nyior, Trong)
·
5. 4 Maqam Besar Selepas Maqam Ma’rifatullah (yakni selepas ilmu mengenal
diri, mengenal Allah, awwaluddin ma’rifatullah, hakikat, ma’rifat dan yang
sepopular dengannya – di Sg Nyior, Trong)
·
6. Rahsia Terdalam di Sebalik Nama Kitab “Ihya’ ‘Ulumuddin” (di Sg. Nyior,
Trong)
Soalan : Bilakah
lagi akan dibuat pengisian2 di atas?
Jawapan :
Setakat ini belum pernah ada pengisian yang dapat diulang kembali, kecuali pengisian
no. 1 sahaja (atas keperluan khas ketika itu), iaitu di Kuala Lumpur, kepada
wakil Tariqah Ghazaliyyah wilayah Filipina. Jadi, mungkin dalam tahun-tahun
akan datang barulah kita berpeluang untuk mengulang falak pengisian2 di atas,
insya-Allah.
Soalan : Apakah
pengisian khusus pada ITG 3 (2019) ini?
Insya-Allah
ada dua pengisian :
1. Risalah Ath-Thayr Imamul Ghazali – seputar
perjalanan keruhanian dari tempat diri kita berada kini menuju ke Hadrat Ilahi.
2. Maqsidul Aqsa Imamul Ghazali – seputar matlamat terjauh atau matlamat tertinggi.
2. Maqsidul Aqsa Imamul Ghazali – seputar matlamat terjauh atau matlamat tertinggi.
Soalan : Di
mana lagi boleh didapati kandungan pengisian2 khusus di atas?
Jawapan : Sebahagiannya
terdapat dalam syarahan2 kitab Ihya’ ‘Ulumuddin tetapi kedudukannya
terpisah-pisah dan berselerak. Pihak
kami pun tidak ingat dalam kuliah kali ke berapa, kerana sehingga kini syarahan
utama kitab Ihya’ ini sudah pun 260 kali dan syarahan2 sampingannya pun lebih
kurang 100 kali. Sukar untuk dikesan semula.
Soalan :
Apakah pengisian2 khusus akan datang?
Jawapan :
Belum dirancang lagi.