SITUASI
Kita diserang hendap oleh satu angkatan tentera. Anak panah datang bagaikan hujan. Ramai yang cedera dan ada juga yang mati.
Kita sememangnya mampu membalas balik serangan itu, tetapi apakah tindakan utama yang sepatutnya kita ambil buat SEMENTARA WAKTU sebelum kita dapat menyusun gerakan tentera kita selanjutnya?
TINDAKAN
Kumpulan A - Sebahagian daripada tentera kita terus meluru dan menyerbu ke arah pihak musuh.
Kumpulan B - Sebahagian lagi sibuk mencari ubat, tonik, herba, tabib, penawar dan sebagainya untuk mengubati luka-luka di badan.
Kumpulan C - Sebahagian lagi berusaha mencari perisai, membina atau membuat perisai perlindungan dengan bahan-bahan yang ada.
Kumpulan D - Sebahagian lagi terus berundur lari untuk menyelamatkan diri.
AKIBAT
Kumpulan A berkemungkinan besar akan mati keseluruhannya. Hal ini kerana pihak musuh sudah menyusun serangan mereka dengan baik. Kita tidak tahu sepenuhnya kedudukan-kedudukan tentera musuh. Ada yang nampak, mungkin juga ada yang bersembunyi. Meluru menyerbu pihak musuh dalam hujan anak panah sedangkan kita dalam keadaan tidak bersedia, hanya menempah maut. Banyak lagi yang sedang menunggu kita selain hujan anak panah seperti pasukan berkuda, pasukan berjalan kaki, lontaran lembing dan batu, jerangkap samar, mata pedang dan sebagainya. Sebelum dapat mencapai pasukan musuh lagi, tidak mustahil tentera kita sudah habis jatuh kesemuanya.
Apalah gunanya menyerbu musuh dalam keadaan langsung tidak bersedia, tidak berperisai, tidak tersusun, tidak terpimpin, tidak terorganisasi...
Kumpulan B juga berkemungkinan besar akan mati keseluruhannya. Hal ini kerana mereka tidak ada sebarang penahan atau penepis daripada hujan anak panah yang sedang melanda. Sebaliknya mereka sibuk mencari doktor terbaik dan ubat terbaik untuk merawat kecederaan dan menguatkan tubuh. Dalam sibuk-sibuk itulah, sedar-sedar semua sudah mati kepanahan. Kalau bukan mati kepanahan pun, dalam keadaan pasukan kita tidak tersusun dan tidak berperisai seperti itu, mudah-mudah sahaja pasukan berkuda musuh menyerbu dan mencantas semua yang ada.
Apalah gunanya merawat luka,penyakit dan emosi dalam keadaan tidak berperisai, tidak berpelindung, terdedah sepenuhnya kepada serangan musuh...
Kumpulan C, inilah kumpulan yang masih berpeluang selamat walaupun mungkin peluang mereka 50-50. Hal ini kerana apabila mereka berusaha mendapatkan perisai atau benda-benda yang boleh dibuat perisai, mereka akan terselamat daripada hujan anak panah yang berterusan. Apabila semua orang sudah berada di belakang perisai, serangan anak panah boleh dikatakan sudah tidak efektif lagi. Sasaran-sasaran terbuka untuk anak-anak panah sudah tertutup. Maka serangan menggunakan panah akan jadi sia-sia lalu dihentikan oleh pihak musuh. Musuh akan memikirkan serangan seterusnya. Mungkin musuh akan buntu buat seketika kerana musuh tidak tahu apa strategi kita seterusnya, mungkin musuh menghantar pasukan berkuda, mungkin musuh menghantar pasukan pejalan kaki, mungkin juga musuh berhentikan serangan terus, mungkin juga musuh buka ruang rundingan, atau sebagainya. Namun semua itu tetap memakan masa walaupun sebentar.
Inilah pentingnya membina perisai, ketahanan, pelindung, benteng...
Di sinilah akan ada ruang untuk tentera kita menurunkan kekencangan degup jantung dan mengatur nafas yang berhambat-hambatan. Ketika ini jugalah wujudnya ruang untuk tentera kita mengatur kembali barisan, menyusun kedudukan, memperkuatkan benteng berperisai, mengatur strategi, merawat luka-luka yang dialami, menyelamatkan dokumen2 strategi perang, dan sebagainya. Maksudnya, harapan masih ada.
Kumpulan D pula, yang berundur lari dalam keadaan tidak terancang, dengan mudah juga akan jadi mangsa kepada tentera musuh. Musuh mungkin menghantar pasukan berkuda untuk mengejar dan mungkin juga sudah memasang pasukan penghendap yang akan membereskan sesiapa yang keluar dari medan. Ringkas cakap, mungkin semua yang lari itu akan mati.
Apalah gunanya berundur dalam keadaan tidak terancang, terbuka kepada serangan musuh....
CADANGAN
Tindakan yang bijak tentunya berusaha sedapat mungkin dalam keadaan yang sangat gawat itu mencari, mendapatkan, mencapai, memakai, membina, membuat atau menghasilkan perisai sepantas mungkin, dengan apa sahaja bahan atau benda yang ada di sekitar kita, walau sesukar mana pun untuk merealisasikannya.
Apabila sudah berperisai, berpelindung, berpenepis, dan hujan serangan anak panah sudah mereda, maka barulah sesuai untuk untuk kita mengambil tindakan seterusnya sama ada mahu mengubat dan merawat kecederaan atau kesakitan, mahu menyerbu musuh dengan perancangan, mahu terus bertahan sahaja dengan harapan, ataupun mahu berundur dari medan dengan gerakan yang penuh strategi lagi tersusun.
Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar
29 April 2016
Friday, April 29, 2016
Mimpi Bertemu Abu Zulfiqar
Suatu waktu saya menerima mesej daripada seorang hamba Allah, demikian bunyinya :
Salamun ‘alaik ustaz. Apa khabar?
Maaf ganggu ustaz, semalam saya bermimpi terjaga jam 4 pagi.
Merantau ke sana ke mari mencari sesuatu yang tidak pasti.
Akhirnya saya kebingungan......
bertanya sendiri apa yang aku cari......
dalam hati nak sangat tapi nak sebut tak terluah.
Hingga saya disapa oleh satu suara......
Carilah olehmu akan perihal Ihya’ ‘Ulumuddin.
Bukankah itu yang kamu mahukan?
Berpaling saya ke arah datangnya suaru itu dan....
Yang sedang berdiri meenung dan senyum di depan saya
ialah Ustaz Abu Zulfiqar Al-Amsyari.
Ustaz, kalau tak keberatan
bolehkah saya menjadi anak murid ustaz
dan belajar kitab Ihya’ dengan ustaz?

Mimpi Ulama Dibuai Air
Bercakap tentang mimpi, sudah banyak kali orang memberitahu yang mereka mimpikan saya. Bermacam-macamlah cerita mimpi mereka itu yang mereka kongsikan dengan saya. Kali ini, saya hendak kongsi cerita saya mimpikan orang pula.
Malam Khamis lalu, saya bermimpi berada di suatu kawasan yang ada baaanyak air. Banyak rumah dimasuki air, seimbas pandang seperti banjir lagaknya. Airnya cantik, bersih, beralun-alun damai macam air laut, sedap mata memandang, sedap hati mengenang, luas sungguh kawasan yang dipenuhi air itu, seluas mata memandang, dalamnya antara paras paha ke pinggang mengikut tinggi rendah alun airnya.
Ketika itu saya berada di dalam sebuah bangunan (mungkin sebuah rumah) yang tinggi lantainya dan tidak dimasuki air. Sedang saya menikmati pemandangan yang indah itu, saya ternampak ada seorang hamba Allah di tengah-tengah air itu. Berjubah putih dan berserban putih dengan gaya serbannya yang memang kita kenal. Saya tahu siapa hamba Allah ini tetapi belum pernah bertemu bertentang mata selama ini. Dia seperti sedang duduk di atas sebuah kerusi, tidak tenggelam tetapi terapung-apung dibuai air yang banyak itu, cuma bahagian pinggang dan ke bawah sahaja yang basah. Wajahnya cerah dan ceria, asyik tersenyum. Macam sedang sangat berpuas hati dan sangat gembira.
Di hadapannya ada pula sebuah meja empat segi yang turut diapungkan alun air tetapi bahagian muka mejanya tidak terkena air, tidak basah. Di atas meja itu ada dua bungkus tapai, yang berbungkus seperti nasi lemak.
Orang itu mempelawa saya untuk mengambil tapai. Kebetulan saya memang tidak minat makan tapai. Saya menolak sahaja sambil mengucapkan terima kasih. Dengan senyum yang tidak putus-putus di atas alunan air, dia berulang-ulang kali mempelawa saya ambil. Bersungguh-sungguh dia mempelawa.
Akhirnya saya pun turun ke dalam air. Basahlah separas paha ke pinggang. Oleh kerana meja itu teralun-alun ke sana ke mari, kedua-dua bungkus tapai itu pun sekejap ke tepi sekejap ke tengah, tetapi tidak jatuh. Ketika saya hendak mengambil bungkusan tapai, ketika itulah saya pun terjaga.
Oh ya, orang yang di tengah air itu ialah Syeikh Zainul Asri. Entahlah apa maksud mimpi ini, cuma berkongsi cerita.

Thursday, April 28, 2016
Kenikmatan Sebenar Hanya di Sana
Dengan kehendak dan izin Allah SWT, pada suatu hari saya berhadapan dengan satu white-board besar, sebagaimana yang terdapat di sekolah-sekolah. Saya pun melukis (sebenarnya menconteng-conteng sahaja) satu gambar menggunakan pena white-board, penuh dari atas ke bawahnya. Kiranya lukisan ini agak besar jugalah. Begitulah hasilnya sebagaimana yang para pembaca dapat lihat di atas.
ZAHIR GAMBAR
Sekarang saya cuba kongsikan terlebih dahulu tentang hal-hal yang zahir yakni yang tersurat pada gambar tersebut.
Ø Terdapat sebuah lukisan yang bergambarkan buah-buahan, yang didirikan di atas sebuah meja.
Ø Meja itu berada di suatu tempat di tepi jalan dan di tepi sawah padi.
Ø Gambar dalam lukisan itu sebenarnya sama dengan gambar di belakangnya. Maksudnya memang terdapat buah-buahannya, sawah padi, sebatang jalan raya, sebuah gerai kecil, pokok kelapa, sebuah rumah nun di kejauhan, belukar dan langit.
Itu cerita tersuratnya. Sekarang kita hendak pergi kepada cerita tersiratnya pula.
CUBA-CUBA MENGEMBARA
“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah.” (Sad : 27)
Sebelum saya ceritakan pemahaman saya, anda pun bolehlah menjelajah sendiri lukisan itu sambil cuba-cuba menghadamkan apa-apa yang mungkin bermanfaat, menurut pemahaman sendiri.
(*Sambil-sambil itu, anda bolehlah menikmati secawan kopi yang disediakan di atas meja itu).
MAKSUD GAMBAR (PERINGKAT AWAL)
Sebenarnya yang saya cuba kongsikan di sini ialah tentang sedikit petikan daripada kitab Ihya’ ‘Ulumuddin pada Kitab Mahabbah (Kitab Cinta), dengan tariq yang tersendiri.
Ø Di dalam lukisan itu terakam gambar hidup di belakangnya.
Ø Gambar pada lukisan hanyalah gambaran, sedangkan pemandangan yang sebenar adalah yang di belakang sana.
Ø Gambar lukisan dan pemandangan sebenar secara umumnya adalah sama. Umumnya, apa yang ada pada pemandangan itu, ada juga pada gambar lukisan.
Ø Sesiapa yang melihat lukisan itu walau di mana pun dia berada, sebenarnya dia telah melihat pemandangan di belakang.
Ø Walaupun kelihatan sama, tetapi sebenarnya gambar lukisan tidak setepat, tidak sejelas, tidak seterang, tidak sebetul, dan tidak senikmat pemandangan dan suasana aslinya.
Ø Pemandangan asal adalah yang sebenar, sedangkan gambar lukisan hanyalah gambaran yang masih punya ketidakjelasan, ketidaksamaan dan ketidaknikmatan setara dengan yang asal.
MAKSUD GAMBAR (PERINGKAT PERTENGAHAN)
Stevenson ialah seorang hamba Allah yang dilahirkan dan dibesarkan di negara Denmark. Sepanjang hidupnya, Stevenson belum pernah melihat pemandangan suasana kampung dan sawah padi. Pada suatu hari, seorang guru di sekolahnya bercerita tentang suasana dan pemandangan sebuah kampung di Malaysia. Stevenson sangat tertarik hati.
Sejak itu, Stevenson sering membayangkan, menggambarkan, dan mengagak-agak wajah sebenar pemandangan dan suasana desa di Malaysia. Dia tidak berpuas hati lalu pergi ‘bertemu lutut’ dengan gurunya untuk mendapatlkan lebih maklumat tentang suasana tersebut. Akhirnya Stenvenson berjaya membina satu gambaran suasana desa bersawah padi di Malaysia dengan mata hatinya. Semua yang digambarkan oleh Stevenson memang sesuai dengan suasana dan pemandangan sebenar tetapi tidaklah setepat, senikmat, secerah, seterang, sejelas suasana dan pemandangan sebenar. Berbekalkan kuasa hatinya, Stevenson dapat merasai sedikit-sebanyak nikmatnya pemandangan dan suasana sebuah kampung bersawah padi di Malaysia, sekalipun dia belum pernah melihat dan merasainya secara langsung. Berbanding rakan-rakannya, Stevensonlah yang paling ‘alim (tahu/ berilmu) dan paling ma’rifah (mengenal) akan pemandangan yang dimaksudkan.
Yang terdapat dalam minda Stevenson diumpamakan dengan lukisan berbingkai di atas meja itulah. Selalulah Stevenson terindu-rindu akan suasana dan pemandangan tersebut.
Kata Imam Al-Ghazali : “Setiap yang kita cintai sudah pasti dirindui ketika yang kita cintai itu tidak ada di depan mata kita. Apabila sudah ada dan sudah hadir di depan kita, maka tidak tidaklah dirindui lagi (hilanglah kerinduannya kerana sudah bertemu).”
Kata Imam Al-Ghazali : “Sesungguhnya setiap apa yang terang bagi orang yang berma’rifah akan urusan-urusan keTuhanan, walaupun ada pada penghabisan terang (walaupun sudah maksima), hal itu (masih) seakan-akan dari balik tirai yang tipis. Maka tidaklah ia terang dengan penghabisan terang (belum maksima lagi kejelasannya). Akan tetapi, masih lagi bercampur dengan campuran-campuran kekhayalan.”
Suatu ketika, Stevenson berpeluang datang ke Malaysia. Sudah tentu ada jalannya, ada tariqnya dna ada tuntutan-tuntutan yang pelru dipenuhi untuk dia sampai ke Malaysia. Bukan boleh tiba-tiba sahaja sampai. Dia pun pergi ke desa bersawah padi yang diceritakan oleh gurunya di Denmark dulu. Ternyata gambaran yang bermain-main di fikirannya memang sama dengan suasana dan pemandangan yang sebenar, tetapi jauh lebih indah, terang, jelas, tepat, dan nikmat berbanding berbanding ketika dia di Denmark dulu. Stevenson merasai sendiri embun sejuk dan terik mentarinya, aroma tumbuhan dan tanah kampung bersawah padi, bunyi-bunyian unggasnya, udara dan angin berhembus di kampung itu, dan pelbagai lagi termasuklah hal-hal yang belum pernah terlintas di mata hatinya. Alangkah jauh lebih nikmatnya berbanding ketika dia sekadar menyaksikan dengan mata hatinya ketika di Denmark dulu...
Kata Imam Al-Ghazali : “Ia (orang yang berma’rifah itu) tahu bahwa apa yang ghaib dari pengetahuannya (yang tidak dan yang belum tercapai oleh mata hatinya) dari yang dimaklumi itu lebih banyak daripada apa yang hadir.”
Pemandangan dan suasana sebenar itu kita umpamakan dengan latar belakang lukisan di atas. Apabila sudah melihat, merasai dan melalui sendiri, hilanglah kerinduan dan datanglah kepuasan hati. Hal ini kerana rupa-rupanya banyak lagi yang tidak ada dalam bayangan mata hati Stevenson ketika di Denmark dulu, kini dia dapat menikmatinya secara langsung.
Kata Imam Al-Ghazali : “Sesungguhnya kesempurnaan terang itu adalah dengan penyaksian (al-musyahadah) dan sempurnanya kecemerlangan at-tajalli (nyata dan terangnya sesuatu). Dan tidak adalah yang demikian (tidak akan dapat dicapai seperti) itu selain di akhirat.”
Stevenson sering merindui pemandangan dan suasana desa itu ketika dia di Denmark, walau sebanyak mana maklumat yang dia ada dan sekuat mana mata hatinya. Apabila dia sudah sampai ke kampung itu di Malaysia, maka ketika itu barulah hilang rindunya dan puaslah zahir dan batinnya. Hal ini kerana kerinduan itu hanya akan selesai apabila sudah ‘berhadap-hadapan’.
MAKSUD GAMBAR (PERINGKAT LANJUTAN)
Kita. Kitalah. Selama ini kita dapat tahu tentang Allah, lalu kita berusaha mencari maklumat tentang-Nya. Kita pun berusaha berfikir, kita berguru, kita membaca, kita mendengar, kita menonton, kita mengkaji dan sebagainya. Semakin lama semakin bertambah maklumat kita tentang Dia. Dari sehari ke sehari kita semakin ‘alim dan ma’rifah akan Allah. Lalu kita pun jatuh cinta. Sudah mencinta, merindulah pula. Mengapa datangnya rindu?
Kata Imam Al-Ghazali : “Setiap yang kita cintai sudah pasti dirindui ketika yang kita cintai itu tidak ada di depan mata kita. Apabila sudah ada dan sudah hadir di depan kita, maka tidak tidaklah dirindui lagi (hilanglah kerinduannya kerana sudah bertemu).”
Rindu itu wujud kerana kita masih belum bertemu dengan Allah dalam sebenar-benar pertemuan. Selagi belum bertemu, selagi itulah akan adanya rindu. Apabila sudah bertemu, barulah hilang rindu.
Kata Imam Al-Ghazali : “Sesungguhnya setiap apa yang terang bagi orang yang berma’rifah akan urusan-urusan keTuhanan, walaupun ada pada penghabisan terang (walaupun sudah maksima pencapaian ma’rifahnya), hal itu (masih) seakan-akan dari balik tirai yang tipis. Maka tidaklah ia terang dengan penghabisan terang (yakni belum maksima lagi kejelasannya). Akan tetapi, masih lagi bercampur dengan campuran-campuran kekhayalan.”
Sehebat mana ke’aliman, kema’rifatan dan kemahabbahan kita di dunia ini akan Allah, masih tetap ada hijab atau tirai antara kita dengan Allah. Kita belum dapat ‘memandang’ Dia sepenuhnya. Mengapa?
Kata Imam Al-Ghazali : “Sesungguhnya kesempurnaan terang itu adalah dengan penyaksian (al-musyahadah) dan sempurnanya kecemerlangan at-tajalli (nyata dan terangnya sesuatu). Dan tidak adalah yang demikian (tidak akan dapat dicapai seperti) itu selain di akhirat.”
Kerana kenikmatan ‘memandang’ Allah dengan sebenar-benar pandangan hanyalah di akhirat nanti. Itulah satu nikmat yang tidak terhingga lazatnya sampaikan segala nikmat di dalam syurga pun tidak akan kita hiraukan lagi apabila mengecap nikmat yang ini.
“Adakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (jika dibandingkan dengan kenikmatan) akhirat, hanyalah sedikit.” (At-Taubah : 38)
Inilah matlamat para sufi.
Ahli-ahli tasawuf merindui Allah semasa masih di dunia lagi walau sebanyak mana maklumat yang mereka ada dan sekuat mana mata hati mereka. Apabila mereka sudah sampai ke jannah dan bertemu dengan Allah, maka ketika itu barulah hilang rindunya dan puaslah zahir dan batinnya. Hal ini kerana kerinduan itu hanya akan selesai apabila sudah ‘berhadap-hadapan’.
“Sesiapa yang yakin akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba, dan Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Ankabut : 5)
PENUTUP
Semoga kita faham tamsilan yang dibuat. Yang lebih penting, kita mestilah sedar bahawa jalan, tariq dan tuntutan-tuntutan ke arah mencapai semua ini hanya ada dalam sukatan pelajaran tasawuf.
Wallahua’alam.
Abu Zulfiqar
24 April 2016
Friday, April 22, 2016
Koleksi Penuh Kuliah Kitab Ihya Ulumuddin di Sungai Kerang
Rakaman pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin di Surau Al-Akhbar, Sungai Kerang, Trong, Perak sejak Februari 2014.
KITAB PERTAMA : KITAB ILMU
KITAB KEDUA : KITAB AQIDAH/ TAUHID
KITAB PERTAMA : KITAB ILMU
- Imam Al-Ghazali - Sejarah Hidup dan Karya2nya
- Abu Zulfiqar - Pengenalan Ilmu Mukasyafah & Ilmu Mu'amalah
- Mengapa Ilmu2 Agama Sangat Penting?
- Apa Untungnya Belajar dan Mengajar Agama?
- Tahukah Anda Ilmu2 yang Fardhu Ain?
- Ilmu2 Fardhu Kifayah Menurut Imam Al-Ghazali
- Matlamat Ilmu Fiqh dan Tasawuf
- Fiqh, Tasawuf, Mukasyafah, Falsafah
- Ciri-ciri 5 Imam Mazhab Fiqh (kita ada?)
- SK10 - Mengapa Ada Ilmu2 Tercela? Ilmu Apa?
- SK11 - Zikrullah & 5 Kalimah yang Terubah
- SK12 - Kadar Ilmu Yang Terpuji
- SK13 Ilmu Paling Mulia & Debat Agama
- SK14 - Adab2 Murid & Mursyid
- SK15 - Mengenal Ulama Akhirat & Ulama Jahat
- SK16 - Hakikat Akal & Pembahagiannya
- SK17 - Khatam Kitab Ilmu drpd Kitab Ihya' 'Ulumuddin
KITAB KEDUA : KITAB AQIDAH/ TAUHID
Thursday, April 21, 2016
Mengapa Ilmu Ma'rifatullah Kelihatan Kurang Berkembang?
Kerana pelajarannya ada yang agak tinggi, ada yang tinggi-tinggi, dan ada yang sangat tinggi. Ada pelajarannya yang agak dalam, ada yang mendalam, dan ada yang sangat dalam. Orang yang diberi kemampuan oleh Allah untuk memahami ilmu yang biasa-biasa itu bolehlah dikatakan sangat ramai iaitu semua orang, untuk ilmu yang agak tinggi itu mula sedikit, untuk ilmu yang tinggi-tinggi itu lagi sedikit, dan untuk ilmu yang sangat tinggi itu amatlah sedikit. Kedudukannya seumpama piramid. Jadi sebenarnya ilmu makrifatullah ini masih terus berkembang, cuma dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang dipilih-Nya, yang tidaklah seramai dalam ilmu-ilmu agama yang lain.
Kerana majlis-majlis pengajian ilmu ma’rifatullah ini tidak ramai guru yang menguasainya. Dalam kalangan yang menguasainya pula, bukan semua yang berkebolehan untuk menyampaikan kepada orang lain. Dalam kalangan yang mampu menyampaikan pula, bukan semua yang berpeluang menyampaikannya.
Kerana biasanya majlis-majlis tarbiyyah yang menyentuh ilmu ma’rifatullah ini tidak diajarkan dalam kuliah yang umum, tetapi dalam kuliah-kuliah yang khas. Dalam kalangan guru-guru yang menyampaikan ilmu ini, bukan semua yang berkebolehan untuk memahamkan orang-orang awam.
Kerana ilmu ma’rifatullah ini ditolak dan dimusuhi oleh orang-orang yang tidak belajar tentangnya, yang belajar tetapi separuh jalan, yang belajar tetapi tidak berbakat memahaminya, yang cuba belajar sendiri-sendiri tetapi gagal memaham, yang pernah belajar daripada pihak yang tidak layak mengajar (oleh guru-guru yang tersalah ilmu, atau yang kurang ilmu), yang belajar tetapi tersalah faham, yang bertaqlid buta kepada kata-kata orang lain, dan seumpamanya.
Abu Zulfiqar
April 2016

Hakikat Kenal dan Cinta
Bicara Kuasa
Dari segi syariatnya,
yang menggerakkan akal fikiran dan hati kita ialah... diri kitalah.
yang membuatkan kita tahu, diri kitalah.
yang memahamkan kita, diri kitalah.
yang membuatkan kita mampu mengenal Allah, diri kitalah.
Kita yang rancang, kita yang usaha.
Namun pada hakikatnya,
Yang menggerakkan akal fikiran dan hati kita tidak lain ialah Allah.
Yang membuatkan kita tahu ialah Allah.
Yang memahamkan kita ialah Allah.
Yang membuatkan kita mampu mengenal, ialah Allah.
Dia yang rancang, Dia yang tentukan, sejak/pada azali.
Dan sekarang,
Dia cuma menjalankan segala perancangan-Nya.
Segala perancangan-Nya tepat berlaku.
Perancangan-Nya sempurna.
Tidka pernah tersilap, tidak pernah kurang tepat.
Tidak pernah terawal, tidak pernah terlambat.
Allah Maha Mengetahui.
Tidak ada yang mampu menggerakkan akal dan hati selain Allah.
Tidak ada yang berkuasa membuatkan tahu selain Allah.
Tidak ada yang dapat memberi faham selain Allah.
Tidak ada yang ada kuasa untuk mengenal selain Allah.
Tidak ada yang mampu merancang dan menentukan selain Allah.
Hanya Allah satu-satunya yang ada kuasa.
Selain daripada Dia langsung tidak punya sebarang kuasa.
Allah Maha Berkuasa.
Bicara Kenal (Ma’rifah)
Pada syariatnya,
yang mengenal bukan Yang Dikenal,
Yang Dikenal bukan yang mengenal,
yang mengenal dan Yang Dikenal adalah tidak sama,
yang mengenal dan Yang Dikenal berbeza,
yang mengenal itu ialah kita,
dan Yang Dikenal itu ialah Allah.
Namun pada hakikatnya,
Yang Mengenal itulah Yang Dikenal,
Yang Dikenal itulah Yang Mengenal,
Yang Mengenal dan Yang Dikenal adalah sama,
Yang Mengenal dan Yang Dikenal adalah satu,
Yang Mengenal itu ialah Allah,
dan Yang Dikenal itu tidak lain ialah Dia juga.
Tidak ada Yang Mengenal selain Allah.
Tidak ada Yang Dikenal selain Dia.
Hanya Allah yang ada kuasa untuk mengenal.
Hanya Allah yang ada kuasa untuk membuatkan kenal.
Tanpa izin, tanpa kehendak, tanpa kuasa dan tanpa ketentuan Dia,
tidak ada sesiapa pun yang dapat mengenal.
Jadi, siapa yang sebenar-benarnya Yang Mengenal?
Hanya Allah sahaja.
Bicara Cinta (Mahabbah)
Dari pandangan syariatnya,
yang mencinta itu bukan Yang Dicinta,
Yang Dicinta itu bukan yang mencinta,
yang menyembah itu bukan Yang Disembah,
Yang Disembah itu bukan yang menyembah.
Walhal dari sudut hakikatnya,
Yang Mencinta itulah Yang Dicinta,
Yang Dicinta itulah Yang Mencinta,
Yang Mencinta dan Yang Dicinta adalah satu,
Yang Mencinta itu ialah Allah,
dan Yang Dicinta itu tidak lain ialah Dia juga.
Tidak ada Yang Mencinta selain Allah.
Tidak ada Yang Dicinta selain Dia.
Hanya Allah yang ada kuasa untuk mencinta.
Hanya Allah yang ada kuasa untuk membuatkan selain Dia mencinta.
Tanpa izin, tanpa kehendak, tanpa kuasa dan tanpa ketentuan Dia,
tidak ada sesiapa pun yang dapat mencinta.
Jadi, siapa yang sebenar-benarnya Yang Mencinta?
Hanya Allah sahaja.
Bicara Hakikat Kenal dan Cinta
Tiada Yang Mengenal selain Allah,
dan tiada Yang Dikenal selain Allah.
Tiada Yang Mencinta selain Allah,
Dan tiada Yang Mencinta selain Dia juga.
Inilah antara maksud “semuanya Allah”.
Bukannya bermaksud semua makhluk itu Allah,
dan bukan juga bermaksud Allah itu semua makhluk.
Semua atau mana-mana zat makhluk bukan Allah,
dan Allah bukan semua atau mana-mana zat makhluk.
Tiada Yang Sebenar-benar Berkuasa selain Allah.
Tiada Yang Sebenar-benar Hidup melainkan Allah.
Tiada Yang Sebenar-benar Ada selain Allah.
Tiada Yang Sebenar-benar Wujud melainkan Allah.
Yang Mengenal hanya Allah.
Yang Mencinta hanya Allah.
Yang Berkuasa hanya Allah.
Yang Hidup hanya Allah.
Yang Ada Hanya Allah.
Yang Wujud hanya Allah.
Berguru jangan sekadar kepada yang muslim,
juga jangan berpada dengan yang mukmin,
tetapi mestilah sampai kepada yang muhsin.
Dan hendaklah tembus kepada Yang Muhsin.
Hakikat dan syariat tiada terpisah.
Abu Zulfiqar
16 April 2016
Kekuatan Penglihatan Mata Hati
Orang yang penglihatan mata hatinya (mata batinnya) kuat, dia boleh sampai ke peringkat (yang dalam bahasa sufinya disebut sebagai) :
- dia tidak ‘melihat’ selain Allah.
- dia tidak ‘nampak’ selain Allah.
- dia buta selain Allah.
(*perkataan ‘melihat’, ‘nampak’ dan sebagainya yang berada dalam tanda ‘.......’ ialah daripada bahasa dalam atau bahasa sufi yang tidak boleh disamakan maksudnya dengan perkataan yang sama yang kita gunakan sehari-hari)
Hal ini kerana segala perbuatan dan pergerakan (af’al) di seluruh alam makhluk ini pada hakikatnya tidak lain ialah perbuatan dan perlakuan Allah semata-mata. Seluruh makhluk hanyalah tempat laluan kepada pekerjaan (af’al) Allah SWT. Selain Allah, semuanya langsung tidak punya kebolehan dan kemampuan untuk berbuat, bergerak dan bekerja melainkan dengan kehendak dan izin Allah. Segala perbuatan, pergerakan dan pekerjaan makhluk terfana (binasa) dan yang tinggal hanyalah perbuatan, pergerakan dan pekerjaan Allah semata-mata.
Hal ini juga kerana semua sifat yang ada di alam makhluk ini dari segi hakikatnya tidak lain ialah sifat Allah semata-mata. Pada hakikatnya, hanya Allah yang ada kuasa untuk melihat, mendengar, mengetahui dan memaham (berilmu) dan sebagainya. Selain Allah langsung tidak ada kuasa untuk melihat, mendengar, mengetahui dan lain-lain melainkan dengan kehendak dan izin Allah. Segala sifat melihat, mendengar dan mengetahui makhluk akan terfana dan yang sebenar-benar ada hanyalah melihat-Nya Allah, mendengar-Nya Allah dan tahu-Nya Allah.
Oleh itu, orang yang kuat mata hatinya, ke mana sahaja pun mata kepala dan mata hatinya menghadap, dia akan ‘nampak’ Allah (*bukannya nampak zat Allah).
Orang seperti ini boleh mencapai satu keadaan yang :
v Dia tidak ‘memandang’ selain Allah.
v Dia tidak mengenal selain Allah.
v Dia tidak berterima kasih selain kepada Allah.
v Dia tidak mencintai selain Allah.
v Dia tidak ‘mendengar’ selain Allah.
v Dia tidak ‘memandang’ ada Yang Berjasa selain Allah.

Friday, April 15, 2016
Isu Wahabi V64 - Zikir Berlari
Tersebutlah al-kisah, kisah lama adanya, sebermula pada zaman-zaman awal Al-Youtube dimasyhurkan ke seantero pelusuk negeri.......
Terteralah pada salah satu daripada video-video di Youtube itu akan perilaku sekumpulan hamba Allah beramai-ramai sedang berlari-lari anak pada suatu lapangan. Adapun kelakuan kaum itu seakan-akan ibadah tawaf pada Baitullahlah adanya. Sambil berlari-lari anak beramai-ramai itu, mulut sahaya-sahaya itu tidak berhenti-henti melafazkan zikir mulia “Laa IlaahaillAllah”.
Maka terbacalah akan hamba yang faqir beberapa tanggapan atau disebut oleh negeri-negeri di atas angin sebagai “comment” adanya. Sukalah hati sahaya meneliti akan komen-komen itu sampailah pada suatu komen yang membuatkan sahaya berasa gundah lagi masyghul di hati.
Berkomenlah akan hamba Allah itu demikian bunyinya sekadar yang berada dalam ingatan al-faqir dengan berlebih kurang ehwalnya :
“Ini semua sesat. Syiah sesat bertopengkan ajaran agama. Sufi ahlul bid’ah. Setiap yang bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat itu ke neraka.”
Berbetulan hamba yang faqir tahu juga akan kaum yang di dalam kitab Al-Youtube itu. Maka al-faqir dan hamba Allah itu berbalas-balas bicaralah di dalam sebuah gelanggang muzakarah yang amat masyhur pada zaman itu yang dinamakan oleh orang-orang di bawah angin sebagai “forum”.
Sekadar ingatan hamba yang faqir, sedemikian inilah berlebih kurangnya bertukar-tukar bicaranya kami berdua, atau disebut juga oleh orang-orang yang di tengah angin sebagai “dialog”:
SI POLAN MENULIS :
Ini semua sesat. Syiah sesat bertopengkan ajaran agama. Sufi ahlul bid’ah. Setiap yang bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat itu ke neraka.
AL-FAQIR MENULIS : Mohon maaf tuan. Kebetulan saya tahu kumpulan yang ini. Mengapa tuan menghukum mereka begini begini.....?
SI POLAN MENULIS :
Berzikir kuat-kuat sambil berlari beramai-ramai bertawaf entah di mana ini tidak pernah dibuat oleh Nabi saw, para sahabat dan para salafussoleh. Zikir menari terlompat-lompat beramai-ramai bukan daripada ajaran Islam. Bertentangan dengan sunnah.
AL-FAQIR MENULIS :
Saya lihat dalam video itu tidak ada pun zikir menari terlompat-lompat beramai-ramai. Yang ada hanyalah sekumpulan manusia yang berlari-lari anak mengelilingi satu kawasan kecil sambil berzikir bersama-sama dengan suara yang jelas kedengaran. Oleh kerana kumpulan itu saya tahu juga sedikit-sebanyak tentang mereka, saya ingin mohon sedikit penjelasan daripada pihak tuan atas hukuman tuan ke atas mereka. Tentang kumpulan-kumpulan lain sama ada yang turut buat aktiviti seperti itu atau tidak, ada video mereka di Youtube atau tidak, tidaklah saya mahu pertahankan, kerana saya tidak tahu latar belakang mereka. Skop saya hanya pada satu kumpulan sahaja iaitu mereka yang ada dalam video itu sahaja. Sekiranya tuan bersetuju dan bersedia, saya boleh jelaskan hal ehwal perlakuan mereka dari awal hingga akhir, dan tuan maklumkan kepada saya bahagian manakah yang bid’ah sesat ke neraka itu.
SI POLAN MENULIS :
Teruskan.
AL-FAQIR :
Saya ceritakan dari asal-usulnya pada zaman dahulu. Sebenarnya mereka ialah orang-orang Islam yang sering berkumpul bersama-sama untuk belajar ilmu-ilmu dan amal-amal agama daripada guru mereka. Mungkin secara mingguan, dwi mingguan, bulanan atau sebagainya, wallahua’lam.
Jadi, berkumpul dengan cara sebegini ada tak berkait dengan bid’aah sesat ke neraka?
SI POLAN MENULIS :
Tak.
AL-FAQIR MENULIS :
Ok. Disebabkan mereka tinggal di kawasan yang sejuk, berais, bersalji, maka sebelum kelas bermula, tuan guru mereka meminta agar anak-anak murid dan para tetamu yang mampu agar memanaskan badan terlebih dahulu. Dia menggalakkan mereka berlari-lari anak. Jadi mereka pun berjoginglah sekitar 10-20 minit ke serata arah di sekeliling kampung itu untuk memanaskan badan.
Setakat ini ada apa-apa yang bid’ah sesat ke neraka tak?
SI POLAN MENULIS :
Tak.
AL-FAQIR MENULIS :
Baik, saya sambung. Apabila para hadirin berjoging ikut suka hati ke mana-mana arah, maka adalah yang kembali awal, ada yang kembali lewat, dan ada juga yang tak kembali-kembali (ponteng atau melepak). Berulang kali berlaku hal yang sama. Tuan guru dan para petinggi mereka pun mencari jalan untuk mengatasi masalah ini. Timbullah idea agar para hadirin diminta berjoging di sekitar rumah tok guru sahaja, tak boleh di luar kawasan. Maka para hadirin yang mampu pun pakat berlari-lari anak di halaman dan sekeliling rumah tok guru itulah.
Setakat ini, ada tak mana-mana bahagian perlakuan mereka yang bertentangan dengan sunnah, atau yang bid’ah sesat ke neraka?
SI POLAN MENULIS :
Tak ada.
AL-FAQIR MENULIS :
Jadi para hadirin yang mampu pun berjoginglah ikut suka hati. Halaman rumah tok guru bukanlah sebesar mana sedangkan hadirin ramai. Bersesak-sesak bertolak-tolak berlanggar-langgar. Masalah le pulak. Tok guru pun pening lagi. Fikir-punya fikir, tercetus ilham agar semua hadirin itu berlari hanya di halaman rumah tok guru, tetapi dalam bentuk bulatan. Macamlah larian di trek perlumbaan 400 meter, cuma bulatan mereka kecil sahajalah. Sekali imbas tengok, memang nampak macam sekumpulan orang sedang tawaf sesuatu sambil berlari-lai anak serentak. Dengan cara ini, semua dapat berjoging dengan selesa dan selamat.
Baiklah tuan. Setakat ini, adakah bid’ah sesat ke neraka pada mana-mana aktiviti mereka?
SI POLAN MENULIS.
Tak ada.
AL-FAQIR MENULIS :
Beres tuan. Mereka pun berlarilah dalam bentuk bulatan itu. Oleh kerana larian mereka terbiar kosong begitu sahaja, tok guru pun menyarankan agar para hadirin berzikirlah sambil berlari-lari anak itu. Macamlah kita berjoging di taman-taman rekreasi. Daripada berjoging kosong, ada baiknya kita selitkan lafaz zikir di mulut. Contohnya sambil berjoging itu sesekali kita sebut “Laa IlahaillAllah”, atau “Ya Allah”, atau “Allahu Akbar”, atau seumpamanya.
Jadi tuan, setakat ini, adakah pada mana-mana bahagian yang bid’ah sesat ke neraka? (*Seingat saya, lama juga saya tunggu respon teman saya ini, baru dijawabnya. Respons daripada dia sangat penting kerana pada semua bahagian dari awal hingga akhir dalam perlakuan orang-orang dalam video itu, kita nak tahu yang mana satu kalau-kalau ada yang boleh kita kaitkan dengan bid’ah sesat ke neraka)
SI POLAN
Tak ada. Belum lagi. Apabila sampai tempatnya, nanti ana akan bagi tahu. Anta tak perlu tanya. Teruskan je cerita anta.
SAYA MENULIS :
Alhamdulillah, syukur. Cantik tuan. Baiklah. Para hadirin pun, sambil berjoging itu berzikirlah masing-masing dengan lafaz sendiri-sendiri. Ada yang bunyikan “Laa IlaahaillAllah”, ada yang “Ya Allah”, ada yang “Ya Hayyu” dan sebagainya. Dah bergema macam lalat langau pulak dah. Bayangkan puluhan/ratusan orang melafazkan zikir sendiri-sendiri. Macam-macam bunyi. Apabila tergabung bunyi-bunyi itu, tak tentu halalah biji butirnya. Mengaum berdengung macam lebah bunyinya.
Tok guru pun berfikir lagi. Apa penyelesaiannya untuk bagi nampak cantik dan kemas. Datang idea! Apa kata semua orang sebut zikir yang sama sahaja iaitu “Laa IlahaillAllah”?
Maka semua hadirin pun memanaskan badan dengan cara berlari-lari anak beramai-ramai beberapa minit di halaman rumah tok guru mereka sebelum majlis ilmu dan amal bermula dalam bentuk bulatan dan sambil itu mereka isi kekosongan larian sambil berzikir beramai-ramai dengan lafaz yang sama iaitu “Laa IalaahaillAllah”.
Itulah yang kita sama-sama tonton dalam video tersebut.
Jadi tuan, setakat ini (sudah habis semua dah pun), ada tak pada mana-mana bahagian dalam perlakuan mereka itu yang bid’ah sesat ke neraka?
SI POLAN :
(*Tak berjawab. Setelah dua tiga hari menunggu, saya pun cuba buat posting lagi sebagaimana di bawah untuk tarik perhatiannya agar menjawab)
SAYA AL-FAQIR MENULIS :
Yang tuan hukumkan setelah menonton video yang kita diskusikan tu, pada bahagian mana yang ada : ““Ini semua sesat. Syiah sesat bertopengkan ajaran agama. Sufi ahlul bid’ah. Setiap yang bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat itu ke neraka.” untuk sama-sama kita nilaikan dengan nas dan dalil?
SI POLAN :
(*Langsung tidak berjawab. Daripada zaman forum sampai forum itu pun dah tutup. Mungkin dah 10 tahun atau lebih. Padahal pada thread-thread lain di forum itu, si polan aktif berforum membawa fahaman Salafi Wahhabinya. Tapi dalam thread dialog antara kami ini, dia membisu 1001 bahasa).
PENUTUP
Biasa kita lihat pasukan bola sepak, unit-unit beruniform, tentera, polis, pelajar--pelajar sekolah dan sebagainya yang berjoging beramai-ramai. Salah seorang contohnya menyebut : “Laaari, laari!” lalu ahli-ahli yang lain pun menyahut :“Laari, laari!” Berirama bunyi suara mereka. Ketuanya sebut pula : “Kiitaa laarii!” lalu disahut oleh anak-anak buahnya : “Kiitaa laarii!”. Rasanya para pembaca sudah biasa melihat keadaan sebegini sama ada secara live mahupun di televisyen. Tak akan ada siapa kata bid’ah sesat ke neraka.
Tapi cuba kita bawa kumpulan-kumpulan itu berjoging, lebih-lebih lagi kalau berkopiah putih, atau jemaah masjid, atau pelajar-pelajar sekolah agama berjoging keliling padang dalam keadaan ditukar laungan mereka kepada : “Laa IlaahaillAllah” atau zikir-zikir lain. Tak mustahil sekejap sahaja akan sampailah hukuman “bid’ah sesat ke neraka” atau label-label Islam versi Nusantara, ahli bid’ah, sufi sesat, dan sebagainyalah yang kita semua sudah maklum. Jadi, lebih baiklah berjoging sambil menyanyi lagu pop daripada berjoging sambil lidah basah menyebut zikrullah.
Jelaslah kepada kita betapa mudahnya orang-orang seperti ini menghukum bid’ah sesat ke neraka dan sebagainya hanya dengan penglihatan mata kepala dan bukannya dengan penilaian mata hati. Apabila terlihat sahaja sesuatu amalan yang tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah saw, maka biasanya akal mereka dengan mudah hendak melabel dan menghukum dengan pelbagai label dan hukum seperti contohnya bid’ah sesat ke neraka, atau syi’ah, ahlul bid’ah, bukan ahlus sunnah wal jamaah, syirik, ahbash, khurafat, kafir, sufi sesat, ajaran sesat, penyembah kubur, Islam Nusantara, falsafah Yunani, engkar sunnah, atau yang lain-lain. Semoga Allah selamatkan kita daripada terjebak ke dalam fahaman-fahaman yang seperti ini.
Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar
15 April 2015

Wednesday, April 13, 2016
Tentang Cahaya
Yang paling awal, paling banyak, paling zahir, paling jelas, paling dahulu, paling terkehadapan, paling dekat yang kita nampak ialah cahaya. Tetapi mengapa kebanyakan manusia tidak sedar akan hal ini sebaliknya mereka lebih nampak benda-benda sesudah cahaya?
i. Dari segi hakikatnya - Allah yang buatkan orang itu tidak nampak atau belum nampak. Allah yang tentukan sejak azali.
ii. Dari segi syariatnya -
a) Orang itu yang tidak tahu cara-cara (jalan) untuk nampak.
b) Orang itu tidak tahu kerana dia tidak belajar akan cara-cara (jalan) untuk nampak.
c) Orang itu tahu tetapi dia tidak berusaha betul-betul untuk nampak.
d) Orang itu memang fikirannya lemah untuk nampak. Pelajaran yang agak tinggi tidak dapat ditangkapnya.
Begitu jugalah halnya dengan Allah.
Yang paling awal, paling banyak, paling zahir, paling jelas, paling dahulu, paling terkehadapan, paling dekat yang kita ‘nampak’ ialah Allah. Tetapi mengapa kebanyakan manusia tidak sedar akan hal ini sebaliknya mereka lebih nampak yang selain Allah?
i. Dari segi hakikatnya - Allah yang buatkan orang itu tidak ‘nampak’ atau belum ‘nampak’. Allah yang tentukan sejak azali.
ii. Dari segi syariatnya -
e) Orang itu yang tidak tahu cara-cara (jalan) untuk ‘nampak’.
f) Orang itu tidak tahu kerana dia tidak belajar akan cara-cara (jalan) untuk ‘nampak.’
g) Orang itu tahu tetapi dia tidak berusaha betul-betul untuk ‘nampak’.
h) Orang itu memang fikirannya lemah untuk ‘nampak.’ Pelajaran yang agak tinggi tidak dapat ditangkapnya.
Inilah yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin pada Kitab Cinta : “Lalu jadilah terang-Nya itu sebab kepada tersembunyi-Nya. Maha Sucilah (Allah) Yang Terhijab dengan cemerlang Nur-Nya. Dan tersembunyi dari mata hati dan mata kepala dengan sebab terang-Nya.”

Saturday, April 2, 2016
Penerangan Tentang Tariqat Ghazaliyyah
Audio kuliah PENERANGAN RINGKAS tentang Tariqah Al-Ghazaliyyah iaitu tariqatnya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.
BAHAGIAN PERTAMA
BAHAGIAN KEDUA (bahagian terakhir)
BAHAGIAN PERTAMA
BAHAGIAN KEDUA (bahagian terakhir)
Subscribe to:
Posts (Atom)