Yang paling awal, paling banyak, paling zahir, paling jelas, paling dahulu, paling terkehadapan, paling dekat yang kita nampak ialah cahaya. Tetapi mengapa kebanyakan manusia tidak sedar akan hal ini sebaliknya mereka lebih nampak benda-benda sesudah cahaya?
i. Dari segi hakikatnya - Allah yang buatkan orang itu tidak nampak atau belum nampak. Allah yang tentukan sejak azali.
ii. Dari segi syariatnya -
a) Orang itu yang tidak tahu cara-cara (jalan) untuk nampak.
b) Orang itu tidak tahu kerana dia tidak belajar akan cara-cara (jalan) untuk nampak.
c) Orang itu tahu tetapi dia tidak berusaha betul-betul untuk nampak.
d) Orang itu memang fikirannya lemah untuk nampak. Pelajaran yang agak tinggi tidak dapat ditangkapnya.
Begitu jugalah halnya dengan Allah.
Yang paling awal, paling banyak, paling zahir, paling jelas, paling dahulu, paling terkehadapan, paling dekat yang kita ‘nampak’ ialah Allah. Tetapi mengapa kebanyakan manusia tidak sedar akan hal ini sebaliknya mereka lebih nampak yang selain Allah?
i. Dari segi hakikatnya - Allah yang buatkan orang itu tidak ‘nampak’ atau belum ‘nampak’. Allah yang tentukan sejak azali.
ii. Dari segi syariatnya -
e) Orang itu yang tidak tahu cara-cara (jalan) untuk ‘nampak’.
f) Orang itu tidak tahu kerana dia tidak belajar akan cara-cara (jalan) untuk ‘nampak.’
g) Orang itu tahu tetapi dia tidak berusaha betul-betul untuk ‘nampak’.
h) Orang itu memang fikirannya lemah untuk ‘nampak.’ Pelajaran yang agak tinggi tidak dapat ditangkapnya.
Inilah yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin pada Kitab Cinta : “Lalu jadilah terang-Nya itu sebab kepada tersembunyi-Nya. Maha Sucilah (Allah) Yang Terhijab dengan cemerlang Nur-Nya. Dan tersembunyi dari mata hati dan mata kepala dengan sebab terang-Nya.”
No comments:
Post a Comment