Berdasarkan pengalaman dan pengamatan, ilmu
tasawuf, ilmu kesufian, ilmu haqiqat, ilmu ma’rifatullah, ilmu cinta Allah dan amal-amalnya
ini ADA KALANYA :
i.
Orang yang dekat jaraknya tidak
dipilih oleh Allah, orang yang jauh jaraknya pula yang dipilih.
ii.
Orang yang sudah banyak ilmu
agama tidak dipilih, orang yang kurang pula yang dipilih.
iii.
Orang yang berharta tidak
dipilih, orang yang tidak berharta pula yang dipilih.
iv.
Orang yang ada mempunyai
pelbagai kemudahan tidak dipilih, yang hidup serba kekurangan pula yang
dipilih.
v.
Orang yang rapat (keluarga,
saudara-mara dan sahabat) tidak dipilih, yang tidak ada kena-mengena pula yang
dipilih.
vi.
Orang yang berpelajaran
tinggi tidak dihadiahkan, yang biasa-biasa pula yang dihadiahkan.
vii.
Orang yang diharap-harapkan
untuk dapat tidak dipilih, yang tidak disangka-sangka dapat pula yang terpilih.
viii.
Orang yang sihat, kuat dan
cergas tidak dianugerahkan, yang sakit-sakit pula yang dianugerahkan.
ix.
Orang yang kacak, cantik, ada
rupa, ada gaya tidak dipilih, yang huduh, buruk, tiada rupa, tidak pandai
bergaya pula yang terpilih.
x.
Orang yang sudah lama Islam
dan yang sedia Islam tidak direzekikan, yang baru Islam pula yang direzekikan-Nya.
xi.
Anak sahabat tidak dipilih,
anak musuh pula yang terpilih.
xii.
Orang terhormat tidak
terpilih, orang yang dipandang hina pula yang terpilih.
xiii.
Orang yang dalam kelapangan
tidak terpilih, mereka yang dalam kesempitan pula yang terpilih.
Begitulah seterusnya dan begitulah sebaliknya. Apabila
Allah telah memilih atau tidak memilih, jika seluruh isi alam makhluk bersatu tenaga untuk
mengubahnya, tidak akan berubah segala ketetapannya pada azali walau
sekecil-kecil perubahan. Namun sebagai hamba Allah yang berfahaman Ahlus Sunnah
wal Jama’ah, kita mestilah berusaha. Berusaha pula mestilah dengan gigih. Tidak
boleh berserah kepada taqdir sahaja.
Abu Zulfiqar
21 Januari 2016
No comments:
Post a Comment