Monday, October 25, 2010

Soal Jawab - Tak Pandai Baca Quran

SOALAN :
saya ingin bertanya dan meminta pendapat..
saya tak pandai membaca al quran
saya hanyalah boleh membaca juzuk pertama dan kedua tnpa tajwid yg betul..itupun kerana saya pernah belajar dan menghafalnya..
kalau nak membaca tak pandai
saya sangat malu dan insaf disebabkan perangai malas saya
jadi saya ingin memperbaikinya semula
bolehkah saya membacanya al quran dengan hanya membaca iqra 1-6?
saya ingin sangat membaca al quran lancar seperti orang lain..

JAWAPAN:
Hxxxxxx Xxxxxx,

Belajar melalui kaedah iqra' tu memang berkesan insyaallah. Berdasarkan pengalaman saya, belajar dari Iqra' 1 sampai Iqra' 4 sudah cukup, tak perlu sampai Iqra' 6. Dah boleh baca sampai Iqra' 4, terus saja baca Al-Quran sebenar. Insyaallah anda akan boleh membaca Al-Quran dengan agak baik.

Tahniah kerana mempunyai kesungguhan. Semoga Allah memudahkan semua usaha baik anda.

Abu Zulfiqar
25.10.2010

No comments: