Saturday, October 16, 2010

Awal Baqarah



AWAL BAQARAH


Kata-kata indah ini tidak ada keraguan padanya
Ia menjadi pedoman bagi orang-orang yang bertaqwa

Orang beriman penuh hal ghaib di mata
Yang mendirikan solat sempurna - tiang agama

Mereka yang menginfakkan sebahagian rezeki mereka
Beriman dengan Al-Quran yang diturunkan kepadamu (Muhammad)

Penuh percaya kitab semua yang terdahulu
Yang meyakini hari akhirat - alam di sana.

(chorus)
Yang beroleh hidayah - hidayah Tuhannya.
Merekalah orang yang berjaya.


Lagu : Abu Zulfiqar Amsyari @ Alexanderwathern
Lirik : Abu Zulfiqar Amsyari @ Alexanderwathern
2010



Lagu ini ialah lagu ciptaan saya yang ke-3 dimuatnaik ke internet selepas lagu "Munajatku" dan "Muallij". Lagu ini menceritakan maksud 5 ayat awal surah Al-Baqarah (Alif laam miim) iaitu:

1. Alif laam miim.
2. Kitab (kata-kata Allah) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk (pedoman) bagi mereka yang bertaqwa.
3. (Iaitu) mereka yang beriman kepada (hal-hal) yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan mereka yang beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelummu.
5. Merekalah yang mendapat petunjuk (hidayah) dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.

No comments: