MAS : Nice.. (* MAS memuji lagu “Satu Umat” setelah mendengarnya).
ABU ZULFIQAR : ‘Thanx’ ya syeikh : )
MAS : Komersialkan la..boleh buat album ni.
ABU ZULFIQAR : Untuk ‘undergorund scene’ ni... ‘nasyid underground’ nama dia : ) Bukan untuk nama dan wang. Untuk perjuangan umat. Sayangnya gerak kerja dakwah saya dan jaringan-jaringan lain mengalami keruntuhan besar sejak Ogos 2009 dan kemuncaknya Mac 2010. Kalau tak memang rancang nak dikomersialkan (*tapi bukan untuk saya lagukan, kerana suara saya tak cukup baik untuk menyanyi), tapi bukan bermatlamatkan nama dan wang, untuk diseimbangkan dengan ruang lingkup dakwah yang besar. La (* sekarang) ni pangkat pun dah menjunam, buat dakwah kecil-kecilan je la.
MAS : Takpe..asalkan kesannya besar...
ABU ZULFIQAR : Salah sendiri pun ada juga sebab sudah diberi pandangan oleh pimpinan dan kawan-kawan tapi disebabkan keyakinan yang tinggi pada salah seorang orang kuat (* bukan teman-teman seperjuangan di internet, tapi yang hampir dengan saya di luar internet) , habis hancur.
Perkara yang kita pesan berkali-kali jangan dibuat, yang tu yang dia buat (*kalau benda itu kita tak pernah pesan ataupun hanya sekali pesan, lain ceritalah). Apa lagi... beban bertimpa-timpa kena kepala kita (* kerana ia tidak melibatkan satu individu atau satu rangkaian sahaja). Nak bina balik gerakkerja yang dah berjalan dan yang akan berjalan tu, rasanya tak boleh dapat dah. Tu pasal pangkat sudah turun jadi prebet balik (*nak buat kerja-kerja besar orang sudah tak yakin le kerana pernah gagal)
Sekarang ni (*saya) jadi sangat berhati-hati, dan sampai ke tahap sangat sukar untuk beri banyak kepercayaan kepada orang (dalam soal gerak kerja dakwah). Orang yang bertaraf 'orang kuat' kita (*yang ditarbiyyah sendiri dari asas) pun boleh tumbang sekelip mata, apatah lagi orang biasa. (*Maksudnya gerak kerja sekarang akan jadi sangat ‘slow’. Tapi hikmahnya… eloklah jadi sekarang, kalau jadi waktu dakwah dah besar, lagi banyak kerugian yang akan dialami oleh para pejuang. Maksudnya Tuhan tapis awal-awal dah).
MAS : Niat syeikh tu bagus..
ABU ZULFIQAR : Boleh la Ustaz Axxx oi... gerak kerja besar dah hancur, kita bergerak kecil-kecilan. Asalkan ada usaha yang boleh dibentangkan kepada Allah nanti.
Ps: Maka… inilah jawapan ringkas kepada yang tertanya-tanya mengapa Dakwah Tajdid Segar menurun kelajuannya daripada gear 5 ke gear 2 sahaja ( di alam nyata dan di alam maya internet), dan sekian banyak laman-laman jaringan Tajdid Segar yang sudah lama tidak ber’update’. Sebenarnya saya malas menjawab dan mahu lupakan sahaja, tapi kebetulan dilorongkan Allah untuk terlibat dalam dialog di atas baru-baru ini. Rasanya cukuplah dengan jawapan ringkas secara tidak langsung ini. Tutup tirai, serahkan pada Allah. Yang mesti difikirkan sekarang ialah memaksimakan kesan dakwah yang masih tersisa. WaAllahua’lam.
1 comment:
Assalamu'alaikum..
Apa khabar Ust Abu Zulfiqar Amsyari yang dihormati. Semoga Ust sihat hendaknya dan sentiasa dalam lembayung rahmat Ilahi.
Iya, saya juga turut terasa kehilangan Ust apabila turun dari gear 5 menjadi gear 3..
Tulisan-tulisan ust yang sesebelum ni banyak menjadi sandaran hujah kami untuk berhadapan dengan Wahabi. Bahkan sehingga kini, saya masih mengambil manfaat dari tulisan-tulisan ilmiah ust yang lama-lama. Dengan bahasa yang mudah dan mesra alam, serta hujah yang konkrit mengikut norma-norma ilmiah.
Sekadar mengingati beberapa tulisan Ust yang masih berlegar dan diputarkan di banyak laman laman yang meng-link atau meng-quote tulisan-tulisan ust:
-Kembara Ke Negeri terbid'ah.
-Diolog Klasik dengan salafi.
-Sembang santai di kebun buah-buahan ust.
-Salafi Wahabi Vs Ikhwan dll..
Saya sememangnya amat merindui buah-buah fikiran dan kedalaman ilmu ust untuk mengekang virus Wahabi yang semakin bermaharajalela di laman-laman sosial di internet.
Saya secara peribadi juga insyaAllah sentiasa di belakang ust untuk menolak dakyah Salafi Wahabi. Semampu yang saya dapat. Walaupun tak sama ikan bilis dengan ikan paus. Untuk mengekang Salafi di internet, ilmu saya belum cukup dalam. Hanya mampu memandam rasa dengan kebanjiran artikel wahabi yang licik memutarbelit umat. Moga Ust dianugerahkan kesihatan untuk terus berbakti kepada umat ini.
Jazakallahu khairan Jazak sudi membaca rintihan hati insan yang kerinduan dengan tulisan-tulisan ilmiah ust.
Post a Comment